1. Wudhu’ lengkap dengan jumlah air satu biduk.
Daripada menggunakan air terus daripada paip, apa kata kita menggunakan teknik ini. Ambil sebiduk air. Cedok air dari biduk itu menggunakan tapak tangan yang dilengkungkan membentuk sebuah mangkuk kecil dan jiruskan air cedokan itu pada anggota-anggota wudhu’. Pada mulanya penulis juga seakan-akan tidak percaya ia mencukupi, tetapi sebenarnya boleh, malah masih ada baki air lebihan dalam biduk.Rupanya kita tidak memerlukan air yang banyak untuk berwudhu’.
2. Mengemas rumah dengan kaedah kering lebih kerap.
Ada sesetengah mengamalkan melakukan pengemasan serta cucian kawasan rumah sekali seminggu. Untuk mengurangkan beban cucian hingga menggunakan air banyak, kita boleh mengemas rumah secara sedikit setiap hari. Luangkan sekurang-kurangnya lima belas minit atau setengah jam sehari mengemas rumah dengan kaedah kering seperti menyapu, mengelap dengan kain kering, serta mengutip sampah. Dengan itu kotoran tidak akan melekat ( disebabkan dibiarkan lama ), juteru tidak memerlukan terlalu banyak air untuk mengemop.
3. Siram pokok pada awal pagi atau lewat petang
Pasti ada di antara anda gemar berkebun. Keadaan kekurangan air akan mengundang kerisauan. Pokok-pokok yang tidak dapat bergerak sendiri serta memerlukan penjagaan rapi pasti terancam jika kekurangan air, antara faktor penting dalam melakukan proses fotosintesis.
Hal ini elok diamalkan bukan sahaja sewaktu kita sedang menghadapi kekangan air. Elakkan menyiram awal petang atau tengahari. hala ini kerana cuaca pada waktu tersebut yang panas boleh menyebabkan air tersejat, menjadikan air yang benar-benar diserap oleh pokok-pokok adalah sedikit berbanding yang diagak. Selain itu, air pada waktu tengahri kebiasaannya amat panas, dan ini boleh menyebabkan dedaun melecur apabila disiramkan, justeru merosakkan keberkesanan melakukan proses fotosintesis.
Sumber : http://hafizamri.com/tips-mengurangkan-penggunaan-air/
0 comments:
Post a Comment