Projek Empangan Timah Tasoh adalah salah satu skim takungan storan air yang dicadangkan di Negeri Perlis, terletak di Sungai Korok kira-kira 2.5km di bawah pertemuan Sungai Timah dengan Sungai Tasoh. Kedudukannya adalah kira-kira 17km di utara Kangar di Jalan Kangar-Padang Besar.
Takungan ini mengawal atur aliran Sungai Korok untuk menyediakan bekalan air domestik/perindustrian yang andal and mencukupi di samping memenuhi keperluan pengairan.Ia direka bentuk untuk mengairi 2466Ha tanah sawah untuk penanaman dua kali setahun dan untuk menyediakan 7.8Mgd (0.41cumecs) untuk kegunaan domestik dan perindustrian. Pada tahun 1992 permintaan D&I telah meningkat kepada 8 Mgd sedangkan permintaan pengairan menurun kepada 2372 ha.
Pembinaan empangan ini bermula pada tahun 1987 dan sebahagian besarnya disiapkan pada bulan Jun 1992. Tasik yang diwujudkan oleh empangan ini adalah kira-kira 1300Ha pada aras kolam biasa RL29.10m.Empangan Timah-Tasoh terdiri daripada satu empangan utama, satu empangan pelana, satu alur limpah servis, satu alur limpah kecemasan dan kerja alur keluar. Di samping yang di atas, terdapat daik kecil yang panjangnya kira-kira 500m dengan ketinggian maksimum 4m di atas tanah semula jadi di persisian timur bersebelahan dengan tebing jalan baru Kangar-Padang Besar.
Pautan ke JPSPerlis
Latarbelakang Projek | |||
Lokasi | Tahun Siap | Tahun Pembinaan | Kos Projek |
Kangar, Perlis | 1992 | 1987 | RM 24,521,665.60 |
Maklumat Struktur | |||
Luas Empangan | Kapasiti | Kawasan Tadahan | Tinggi |
13.33 Km2 | 40.0 Mm3 | 191.0 Km2 | 17.3 m |
Panjang Puncak | Bahan Struktur | Aras Puncak | Jenis Alur Limpah |
3455 | Tanah | 32.0 m | 'Gated Ogee Crested' |
0 comments:
Post a Comment