AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

PENYAKIT BAWAAN AIR

424 Waterbourne Disease

Penyakit bawaan air adalah cabaran utama kepada populasi dunia, terutama sekali di dalam negara membangun. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan UNICEF menganggarkan bahawa ia merupakan punca kepada 80% penyakit dan satu pertiga kematian di negara membangun. Di dalam laporan yang berasingan, WHO menganggarkan   bahawa 88% penyakit bawaan air adalah disebabkan kebersihan yang diabaikan, masalah sanitasi dan bekalan air yang tidak selamat.
Air adalah keperluan asas manusia, 70% daripada tubuh badan manusia adalah dibentuk daripada air. Orang biasa perlu meminum enam hingga lapan gelas air setiap hari.
Penyakit bawaan air adalah disebabkan dua perkara:
  • Pencemaran bahagian kimia dan industri. Contohnya bahan kimia yang merbahaya, nitrat atau besi di dalam bekalan air disebabkan pencemaran industri terhadap bahan kimia agrikultur yang berlebihan. 
  • Bahaya mikrob yang mencemar air dengan bakteria, virus dan organisma parasite yang menyebabkan penyakit. Kebanyakan pencemaran ini adalah disebabkan air yang bersentuhan dengan haiwan dan najis manusia. Satu gram najis mengandungi hampir 100 bilion mikrob.
Terdapat banyak jenis penyakit bawaan air, daripada cirit-birit dan kolera kepada polio dan meningitis. Ia mungkin menjadi penyakit yang merbahaya, mengubah kehidupan malah mengancam nyawa mereka yang dijangkiti. Namun, terdapat langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk melindungi diri daripada penyakit bawaan air.
  • Cirit-birit dan Gastroenteritis
  • Sakit dan kejang abdomen 
  • Demam kepialu
  • Disentri
  • Kolera
  • Meningitis
  • Penyakit cacing Guinea 
  • Hepatitis 
  • Polio
  • Pastikan air itu kelihatan bersih dan bebas daripada kelodak dan pasir. Air boleh ditapis untuk membuang bahan yang mencemarinya.
  • Sentiasa minum air yang bersih. Gunakan air yang boleh diminum atau air bersih yang telah diperoleh melalui tablet atau cecair pembersihan air untuk membunuh mikroorganisma yang bahaya di dalamnya. Jangan minum air yang tidak dirawat.
  • Pastikan mana-mana air yang disimpan mempunyai kualiti mikrob yang sesuai untuk kegunaan kerap.
  • Jika air disimpan untuk mandian, tambahkan Cecair Antiseptik Dettol seperti dalam panduannya ke dalam air mandian untuk membunuh bakteria merbahaya.
  • Amalkan kebersihan tangan yang baik, basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.
  • Pastikan semua makanan telah dibasuh, dibersihkan dan dimasak sepenuhnya untuk membunuh bakteria dan kuman merbahaya yang mungkin ada di dalamnya.
  • Dapatkan imunisasi untuk melindungi diri dengan vaksin yang menentang penyakit.
Sumber : http://www.dettol.com.my/my/illnesses/waterborne-diseases/


0 comments:

Post a Comment

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR