Apakah kitaran air?
Apakah kitaran air? Saya boleh jawab soalan itu dengan mudah - ia adalah "saya" seluruhnya. Kitaran air menghuraikan kewujudan and pergerakan air di permukaan bumi, di dalam bumi dan di atmosfera atas bumi. Air bumi sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, dari cecair ke wap ke ais dan kembali semula. Kitaran air telah bertindak berbilion-bilion tahun dan semua hidupan di bumi bergantung kepadanya; Bumi akan menjadi sebuah tempat tanpa hidupan jika tiadanya.
Kitaran air secara ringkas
Kitaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang agak baik ialah lautan. Matahari, yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara. Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan. Sebahagian kerpasan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan glasier.
Salji di iklim lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi. Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai 'luahan'air tanah.
Terdapat juga air yang akan dipancut keluar sebagai 'matair'daripada celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang cetek pula diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa yang lama. Tetapi melalui tindakkan masa,air ini akan sentiasa bergerak untuk kembali semula ke dalam lautan,dan di sinilah kitaran air akan "tamat" ...dan juga "bermula".
Sumber : Sumber bagi air dalam Ensiklopedia bagi Iklim dan Cuaca ,disunting oleh S.H Schneider, Oxford University Press,New York, vol 2,pp 817-823
0 comments:
Post a Comment