Air sumber utama dalam kehidupan manusia

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

Minum air secukupnya setiap hari

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

Gunakan air dengan bijak elakkan pembaziran

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

Air adalah hak manusia sejagat

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

Cintailah sungai kita...jauhi pencemaran

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

Showing posts with label RAWATAN AIR. Show all posts
Showing posts with label RAWATAN AIR. Show all posts

PROSES RAWATAN DAN BEKALAN AIR KE RUMAH

Kira-kira 97% daripada air di bumi adalah air masin, manakala hanya 3% sahaja merupakan air tawar. Air tawar digunakan oleh manusia untuk pelbagai kegunaan. Terdapat empat sumber air untuk kegunaan manusia iaitu air hujan, air larian di permukaan (sungai, parit, laut), air dalam tanah dan air dari proses perwapan. Di Semenanjung Malaysia, 50% dari sumber air datangnya dari air hujan daripada sejumlah 640 billion meter padu air yang dihasilkan di dalam satu tahun.
Daripada 3% air tawar yang terdapat di bumi, dua pertiga daripadanya adalah di dalam bentuk ais, manakala bakinya adalah air dalam tanah dan hanya sebahagian kecil sahaja air permukaan.Terdapat banyak kegunaan air dan di antaranya adalah untuk penggunaan di rumah, pertanian, perindustrian dan ada juga air digunakan untuk tujuan rekreasi. Hanya 1% sahaja air yang terdapat di bumi ini boleh diminum.

Terdapat dua jenis air yang boleh digunakan untuk minum iaitu air mentah dan air yang dirawat. Air mentah adalah air tawar yang terdapat secara semulajadi seperti air hujan, air sungai, air tasik dan air di dalam tanah. Manakala air yang dirawat adalah air yang diperolehi dari sumber air mentah tetapi menjalani rawatan tertentu untuk menjadikannya selamat digunakan oleh manusia samada untuk kegunaan di bilik air, ditandas, untuk tujuan memasak makanan ataupun untuk tujuan diminum.

AIR MENTAH

Air mentah merupakan sumber air yang paling besar digunakan oleh manusia untuk tujuan memenuhi keperluan hidup mereka terutamanya di negara-negara mundur dan membangun. Untuk tujuan minum, air mentah ini akan dididihkan bagi membunuh organisme yang terdapat di dalamnya. Air mentah juga digunakan di dalam industry pembinaan, penternakan dan juga untuk tujuan pembersihan. Komposisi air mentah berbeza-beza bergantung kepada sumber daripada mana ianya diperolehi. Di antara bahan-bahan yang terdapat di dalam air mentah adalah :
1.   Asid humik, iaitu asid komplek yang dihasilkan dari penguraian tumbuh-tumbuhan, asid ini menyebabkan air menjadi berwarna.
2.   Bahan mineral seperti karbonat, kalsium dan magnesium. Air yang mengandungi tinggi bahan-bahan mineral ini dikenali sebagai air keras (hard water), air keras boleh diminum tetapi kurang sesuai digunakan di dalam alat industry disebabkan oleh pemendapan kapur yang dihasilkan oleh mineral kalsium dan karbonat. Air mentah yang mengandungi kurang mineral pula dikenali sebagai “soft water”.
3.   Bahan dari tanah liat dan pasir
4.   Mikroorganisme seperti bakteria, virus dan protozoa
5.   Molekul oksigen yang terlarut
6.   Garam di dalam air mentah boleh diperolehi apabila berlaku pertemuan di antara air laut dan air sungai. Kandungan garamnya tidak sebanyak air laut.

AIR YANG DIRAWAT

Air yang dirawat adalah air yang telah menjalani proses pembersihan dari bahan-bahan pencemar untuk tujuan digunakan oleh manusia termasuk minum. Sumber air yang dirawat ini mungkin dari air mentah ataupun air yang telah digunakan oleh manusia. Air yang telah digunakan oleh manusia dikenali sebagai air sisa atau kumbahan. Di setengah negara seperti Singapura, air kumbahan dirawat dan dikitar semula supaya boleh digunakan untuk minum, melalui program yang dikenali sebagai NEWater. Di Malaysia, disebabkan oleh sumber air yang mencukupi, mungkin belum sampai ke tahap seperti di Singapura. Bahan-bahan yang dikeluarkan semasa proses rawatan ini adalah seperti bahan pepejal, bakteria, algae, virus, kulat, bahan-bahan mineral tertentu seperti besi dan manganese. Proses merawat air boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan ianya terbahagi kepada kaedah mekanikal, kaedah fizikal, kaedah biological dan juga kaedah kimia.

PROSES RAWATAN AIR

Untuk tujuan penggunaan air di rumah, proses rawatan air ini dilakukan di loji rawatan air. Proses rawatan air ini terdiri dari beberapa peringkat:
1.   Penyaringan
Serpihan kayu, daun, tumbuhan akuatik dan bendasing yang terapung akan diasingkan melalui proses penyaringan. Selepas melalui proses penyaringan ini, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang akan memendapkan bahan ini di dasar.
2.   Proses Pengudaraan
Air mentah yang dipam akan dicampurkan dengan udara di ruang pengudaraan. Proses ini menghasilkan oksigen dari atmosfera untuk melakukan pengoksidan ke atas besi dan manganese. Besi dan manganese yang asalnya larut di dalam air akan menjadi tidak larut akibat dari pengoksidan ini dan ianya akan dapat disingkirkan. Proses pengudaraan ini juga dapat membuang rasa dan bau air yang tidak menyenangkan.

3.   Proses koagulasi dan flokulasi
Koagulasi bermaksud pengetulan, manakala flokulasi pula bermaksud pengumpalan. Proses ini seringkali menggunakan tawas. Hasilnya adalah pembentukan kentalan (ekstrak) yang boleh mendap.

4.   Sedimentasi
Sedimentasi bermaksud pemendapan. Kentalan yang mendap tadi akan dibenarkan mengalir melalui tangki sedimentasi untuk  tempoh yang panjang supaya pemendapan berlaku dengan sempurna. Air yang jernih akan berkumpul di bahagian atas. Terdapat juga kentalan yang ringan dan tidak mendap sebaliknya terapung. Kentalan ini akan melalui proses yang berbeza iaitu menggunakan gelembung udara untuk mengapungkannya dan air di bahagian bawah menjadi jernih.

5.   Proses Penapisan
Proses ini akan memisahkan mendapan dari air bersih. Air yang bersih kemudiannya akan memasuki tangka air jernih. Penapis akan dicuci menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui kombinasi adunan udara dan air bagi memastikan kelancaran proses.

6.   Proses Disinfeksi dan Pelarasan pH
Air di dalam tangka jernih akan disinfeksi bagi menghapuskan mikroorganisma yang masih tertinggal di dalam air selepas proses penapisan. Klorin bergas ataupun kompoun klorin lazimnya digunakan untuk tujuan pembasmian kuman. Paras pH diselaraskan menggunakan kapur ataupun bikarbonat.

7.   Proses fluoridasi
Proses ini adalah mencampurkan air bersih dengan bahan kimia sodium fluoride untuk tujuan membekalkan air dengan kandungan fluorida. Fluorida adalah untuk membantu menjaga kebersihan gigi dan mencegah kaviti pada gigi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kandungan fluorida di dalam air perlu dipantau agar tidak melebihi paras yang telah ditetapkan oleh Drinking Water Quality Standard for Malaysia bagi mengelakkan risiko fluorosis dikalangan kanak-kanak. Paras kandungan fluorida yang dibenarkan di dalam air minum adalah 0.4 – 0.6 mg/l

8.   Tangki Air Jernih
Proses Disinfeksi dan penyelarasan pH merupakan proses terakhir hingga menghasilkan air yang dirawat. Air ini kemudiannya akan disimpan di dalam tangka air jernih bagi tujuan pengagihan.

9.   Pengagihan Air
Pengagihan air akan bermula dari tangka air jernih di loji rawatan air. Air dari tangki air jernih ini akan dipam melalui sistem saluran yang panjang bagi mengimbangi takungan dengan ketinggian yang mencukupi untuk tujuan pengagihan menggunakan tekanan gravity. Melalui kaedah ini, air akan disalurkan kepada tangka-tangki air pengguna. 


PEMANTAUAN AIR YANG DIRAWAT

Proses pemantauan air yang dirawat dilakukan di bawah Program Pemantauan Kualiti Air minum. Garispanduan pemantauan ini dikeluarkan oleh Unit Kawalan Mutu Air Minum Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Garispanduan ini berdasarkan kepada piawaian yang dikeluarkan oleh WHO dan merupakan standard kualiti air yang selamat diminum, dirumus melalui perbincangan ahli panel dari Jabatan kerjaraya, Jabatan Kimia dan Jabatan Alam Sekitar. Standard kualiti air (Drinking Water Quality Standard for Malaysia) untuk tujuan diminum telah ditetapkan dan ianya meliputi ujian pH, suhu, warna, kandungan bahan organik, organisma, logam, bahan kimia, racun serangga dan lain-lain. Untuk melihat jadual Piawaian ini sila ke laman web http://kmam.moh.gov.my/public-user/drinking-water-quality-standard.html. Manakala kaedah dan kekerapan pemantauan boleh diketahui di laman web ini http://kmam.moh.gov.my/faq.html. Secara amnya ada 4 kumpulan pemantauan iaitu kumpulan 1 hingga 4. Contohnya kumpulan 1 adalah pemantauan parameter fizikal dan mikrobiologi yang dijalankan sekali setiap minggu di Basic Station dan setiap bulan di sistem agihan. Pemantauan untuk kumpulan 1 ini dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kumpulan 2 adalah parameter kimia inorganic, Kumpulan 3 : Parameter logam berat dan kimia organic dan Kumpulan 4 parameter pestisid. Kumpulan 2-4 dipantau oleh Jabatan Kimia. Sampel air untuk mengukur bahan radioaktif juga dilakukan oleh Agensi Nuklear Malaysia.

KUALITI BEKALAN AIR PAIP

Air yang telah menjalani proses rawatan akan sampai ke dalam rumah pengguna melalui saluran paip. Ramai yang bertanya adakah air dari bekalan paip awam ini selamat untuk diminum tanpa perlu melalui proses rawatan tambahan seperti menggunakan alat penapis air. Berikut adalah petikan jawapan yang diberikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM:
Bekalan air awam telah melalui suatu proses rawatan yang ketat mengikut fasa-fasa rawatan yang ditetapkan hingga dapat mencapai piawaian yang dikehendaki. Fasa-fasa proses rawatan yang asas adalah bermula dengan rawatan Pengudaraan, Flokulasi dan Kogulasi, Pemendapan, Penapisan, Pembetulan pH (jika perlu), Flouridasi dan Pengklorinan. Proses rawatan tersebut terbukti dapat menyah-lupus semua unsur-unsur yang tidak dikehendaki pada air minum. Kawalan kualiti pula dijalankan pada peringkat akhir proses rawatan sebelum pengagihan bekalan air dilakukan manakala pemantauan secara rutin dan berkala dilaksanakan disepanjang rangkaian sistem bekalan air sebelum diterima oleh pengguna. Dengan itu bekalan air yang dibekalkan daripada bekalan paip air awam adalah selamat untuk diminum tanpa perlu melalui apa-apa proses selanjutnya”.

KLORIN DAN FLORIDA DI DALAM AIR YANG DIRAWAT
  
Klorin adalah bahan kimia yang sering digunakan untuk membunuh banyak mikroorganisma. Kandungan klorin di dalam air sentiasa dipantau supaya tidak melebihi had yang dibenarkan. Klorin sangat berkesan membunuh bakteria tetapi tidak berkesan membunuh protozoa. Klorin larut di dalam air dan membentuk asid hipoklorus yang akan dipecahkan pula kepada ion hipoklorit, kedua-dua kompoun ini akan membunuh mikroorganisma dan hasilnya, air akan bebas dari tercemar. Klorin pada kuantiti yang tinggi boleh bertindakbalas dengan kompoun organik semulajadi untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan iaitu trihalomethanes dan haloacetic acids. Kesan kedua-dua bahan kimia ini ke atas badan manusia khususnya sebagai penyebab penyakit kanser (kanser pundi kencing dan usus) masih tidak disahkan. Malah banyak kajian menunjukkan bahawa meminum air berklorin tidak memudaratkan kesihatan seperti yang diwar-warkan oleh syarikat pengedar penapis. IARC (International Agency for Research of Cancer) sendiri telah membuat analisa berkenaan dengan keselamatan penggunaan klorin di dalam air dan mereka merumuskan bahasa tidak ada cukup bukti yang boleh mengesahkan kaitan di antara klorin di dalam air dengan kanser samada kepada manusia ataupun haiwan (rujuk di sini). Banyak ujian yang dijalankan adalah menggunakan model haiwan. WHO menetapkan had kandungan klorin di dalam air minum tidak lebih dari 5 mg per liter. Kandungan klorin di dalam air yang dirawat di Malaysia juga mengikut garispanduan dari WHO ini iaitu dari 0.2 – 5.0 mg/liter.

Florida pula digunakan untuk tujuan kesihatan gigi. Proses merawat air dengan florida dinamakan “water fluoridation” (WF). Sebenarnya florida ini boleh diperolehi dari alam semulajadi, malah di dalam air mentah, udara dan tanah mengandungi florida. Sebenarnya hampir semua jenis air mengandungi florida secara semulajadi. Di Amerika Syarikat, proses WF ini mula diperkenalkan semenjak tahun 1945 lagi apabila pakar sains mendapati penduduk yang tinggal di kawasan yang tinggi kandungan florida di dalam air minuman mereka jarang mendapat kerosakan gigi. Kandungan maksimum florida yang dibenarkan untuk tujuan minum di Amerika adalah 4.0 mg/L.  Ada yang menetapkan tahap maksimum yang lebih rendah. Di Malaysia, KKM telah menetapkan had kandungan florida di dalam air mentah kepada 1.5 mg/L dan air minum 0.4-0.6 mg/L (rujuk di sini). Pendedahan air yang tinggi kandungan florida untuk jangkamasa panjang boleh menyebabkan masalah tulang dan sendi dinamakan skeletal fluorosis (tulang menjadi lemah). Kaitan di antara florida dan kanser tulang belum dapat disahkan kerana hasil kajian masih belum meyakinkan walaupun ada sedikit bukti melalui kajian ke atas tikus. Lebih 50 kajian populasi telah dijalankan untuk melihat kaitan di antara florida dan kanser, tetapi kajian-kajian ini tidak menunjukkan sebarang bukti kukuh bahawa florida boleh menyebabkan kanser tulang.Kanser tulang sangat jarang berlaku dan tidak mungkin untuk dapat dibuktikan bahawa penggunaan florida boleh menyebabkan kanser tulang kerana memerlukan sampel kajian yang sangat besar dan perlu menolak faktor-faktor lain yang juga mungkin bertanggungjawab. Malah banyak badan-badan antarabangsa seperti National Research Council, National Health Service UK,  IARC, US Public Health Service dan European Scientific Committee on Health and Environmental Risks telah membuat kenyataan bahawa setakat ini tidak ada kaitan di antara pengambilan florida dengan kadar kejadian kanser tulang, kanser tiroid dan lain-lain kanser.


BAGAIMANA MENGUJI KEBERSIHAN AIR

Mengambil air yang bersih adalah salah satu amalan yang sangat baik untuk menjaga kesihatan badan anda. Seperti yang anda ketahui, air yang sampai ke dalam rumah anda sudah melalui proses rawatan dan kerajaan menjamin bahawa air itu selamat digunakan termasuk untuk tujuan meminum. Walaupun jaminan diberi dan anda mengetahui bagaimana air dirawat, ramai dalam kalangan anda tentu masih merasa ragu-ragu. Berikut adalah beberapa kaedah bagaimana anda dapat menguji kebersihan air di rumah anda (baca di sini mengenai jenis pencemaran air):

1. Rupa fizikal air. Air yang jernih selalunya bermaksud air yang bersih, manakala air yang keruh ataupun berwarna mungkin disebabkan oleh pencemaran akibat benda-asing ataupun organisma. Kaedah ini tidaklah begitu tepat tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit maklumat mengenai kebersihan air. Ambil satu gelas air dan lihat air itu pada arah cahaya lampu ataupun matahari, perhatikan jika ada partikel yang mendap ataupun kekeruhan.

2.  Bau dan rasa air. Air yang berbau busuk ataupun tidak menyenangkan mungkin disebabkan oleh pencemaran terutamanya pencemaran bahan organik disebabkan oleh penguraian organisma ataupun tumbuhan yang mati. Bau busuk juga boleh disebabkkan oleh kandungan sulfur di dalam air yang wujuk secara semulajadi. Air yang berbau klorin adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan melainkan jika ianya terlalu kuat.  Air yang tercemar boleh menyebabkan rasa air tidak menyenangkan seperti rasa sabun, terlalu payau dan lain-lain. Rasa sabun mungkin disebabkan oleh air terlalu beralkali dan terlalu payau mungkin disebabkan kandungan mineral garam yang tinggi.

3.   Kaedah objektif mengukur kebersihan air adalah dengan kaedah ujian makmal. Ujian makmal yang dilakukan oleh badan yang bertanggungjawab merawat air yang sampai ke rumah kita adalah yang paling ideal sebab mereka memeriksa berpuluh-puluh jenis bahan pencemaran yang mungkin ada di dalam air termasuk kandungan organisma, racun serangga, bahan mineral, logam dan lain-lain.Walau bagaimanapun bagi orang awam, terdapat alat pengukur yang lebih ringkas boleh digunakan dirumah. Alat pengukur ini dapat mengukur pH, kandungan klorin, nitrat, mineral dan logam seperti besi, tembaga dan pelumbum. Ianya juga dapat menguji kekerasan air (hardness of water). Air yang keras (hard water) mengandungi kandungan mineral dan logam yang tinggi. Contoh kit ujian yang boleh digunakan untuk menguji air di rumah adalah Watersafe kit yang boleh menguji 4 pencemar iaitu kehadiran bakteria, racun serangga (pesticide), Nirat dan jumlah klorin. Untuk mengetahui bagaimana menggunakan kit ini, boleh layari video youtube ini (https://youtu.be/HEhXsaL0Vh0)

4.   Menghubungi pembekal air setempat dan dapatkan maklumat kebersihan air di rumah anda. Mereka tentu menyimpan bacaan ataupun keputusan proses pemantauan air yang mereka lakukan secara berkala. Ini adalah tanggungjawab mereka. Ujian kebersihan dan pencemaran air adalah terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

5. Mendapatkan ujian air dari Makmal Profesional.  Kaedah ini memerlukan perbelanjaan sendiri dan saya tidak pasti samada ada makmal yang menyediakan perkhidmatan ini di Malaysia. Tetapi di luar negara, perkhidmatan professional ini memang ada dan digunakan oleh orang ramai. Malah sampel air yang diambil boleh diposkan kepada makmal berkenaan untuk analisa.

Rujukan
http://www.saj.com.my/V2/ContentBM.php?menu_parent_id=2&content_id=87
http://www.kimia.gov.my/%20index.php?option=com_content&view=article&id=137

Sumber : http://dribnusina.blogspot.my/2016/03/proses-rawatan-air-dan-bekalan-air-ke.html

LOJI PEMBERSIHAN AIR

Proses Rawatan Air

1. Sumber Air Mentah
Sumber air mentah loji ini diperolehi dari Sungai Perak yang terletak berhampiran dengan loji. Air dari sungai dipam menggunakan empat pam selam yang setiap satu berkapasiti 1,110 m3 sejam. Air ini akan melalui beberapa peringkat proses rawatan sebelum dibekalkan kepada pengguna. 
Secara ringkasnya, proses rawatan air di loji ini adalah seperti berikut:

loji1

2. Saringan (Screening)
Air mentah akan melalui proses penyaringan di muka sauk (intake) untuk penapisan awal bagi mengasingkan bahan bahan fizikal seperti kayu, pasir, rumput rampai dll.

loji2
SUNGAI PERAK - SUMBER AIR MENTAH UNTUK LOJI PEMBERSIHAN AIR KAMPUNG SENIN

3. Pengudaraan (Aeration)
Air mentah dipam ke tangki pengudaraan (cascade aerator).  Di sini air didedahkan kepada atmosfera untuk meningkatkan kandungan oksigen dan juga akan menyingkirkan bau dan rasa pada air melalui proses pengoksidaan. Proses ini juga boleh mengoksida besi (feram) dan manganese terlarut kepada keadaan tidak larut dan mendak.

loji3
PENGUDARAAN

4.  Pengentalan (Flocculation)
Selepas pengudaraan, bahan kimia cecair tawas (liquid aluminium sulphate) didos ke dalam air mentah.Air seterusnya mengalir ke dua buah tangki pengentalan (flocculation). Tindakbalas kimia akan menyebabkan zarah zarah halus bercantum membentuk kentalan (floc) yang lebih besar dan berat.Aliran di tangki pengentalan adalah terkawal bagi memperolehi pengentalan yang optima. Kentalan yang terbentuk akan memerangkap bakteria dan warna yang terdapat pada air. Dos tawas yang digunakan perlu bertepatan untuk membentuk kentalan yang baik dan memudahkan proses pengenapan.

loji4
TANGKI FLOKULASI

5. Pengenapan (Sedimentation)
Air yang mengandungi kentalan (floc) akan mengalir kedalam tangki pengenapan.  Di sini kentalan kentalan yang telah bercantum menjadi besar dan berat akan mendap ke bawah tangki pemendapan (sedimentation tank) dan rnenghasilkan air yang jernih.

loji5
TANGKI PENGENAPAN

6. Penapisan (Filteration)
Seterusnya air akan mengalir ke tangki penapisan. Loji ini mempunyai 4 unit sistem 'rapid gravity sand filter' yang menggunakan pasir sungai sebagai bahan penapis.  Air akan melalui pasir penapis dimana kentalan yang halus akan terperangkap pada pasir penapis tersebut. Paip-paip di bawah pasir penapis ini akan menerima air jernih yang telah ditapis.  Untuk menjamin kualiti air, penapis pasir akan dicuci pada masa-masa tertentu. Proses pembasuhan (back wash) penapis di loji ini dikendalikan secara automatik.

loji6
TANGKI PENAPISAN

7. Pengklorinan (Chlorination)
Air yang telah ditapis akan mengalir ke tangki air bersih di mana klorin didoskan. Pengedosan klorin adalah untuk membunuh kuman serta mikroorganisma yang terdapat di dalam air agar air selamat diminum.

8. Penyesuaian pH (pH adjustment)
Kapor terhidrat (Hydrated lime) digunakan untuk memastikan nilai pH air bersih adalah di dalam julat yang dikehendaki. pH air menjadi rendah semasa proses pengentalan kerana penambahan tawas. Oleh itu kapor didos ke dalam air bertapis untuk menaikkan semula nilai pH ke tahap yang dikehendaki. Nilai pH yang bersesuaian diperlukan kerana jika ia berasid (rendah) ia akan menghakis paip bekalan air dan jika beralkali, ia akan membentuk mendapan pada sistem bekalan air.

9. Pemfluoridaan (Fluoridasi)
Bahan kimia 'sodium fluoride' juga didos dalam air bersih.  Fluorida didoskan untuk membantu menjaga kesihatan gigi pada kanak-kanak.

10. Tangki Air Bersih
Clean water will be stored in clean water tank before being distributed. Air yang bersih akan disimpan di dalam tangki air bersih sebelum diagihkan.

11. Pemantauan Kualiti Air (Water Quality Monitoring)
Makmal loji ini dilengkapkan dengan peralatan ujian kualiti air.  Ujian kualiti air dijalankan keatas contoh air mentah, air mendap dan air bersih. Contoh air diambil setiap dua jam dan diuji dimakmal loji untuk memastikan air yang dibekalkan adalah mematuhi nilai piawai seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kualiti air untuk parameter pH, kekeruhan, baki klorin dan fluorida dipantau secara terus dengan peralataan ujian 'online'.

loji7
ALAT UJIAN AIR 'ONLINE MONITORING WATER QUALITY'

12. Sistem Agihan Air
Dari tangki air bersih, air di pam ke Kolam Takungan Bandar Baru Seri Iskandar (kapasiti: 13.5 juta liter) yang terletak di kawasan tanah tinggi BBSl melalui paip air bergarispusat 750 mm sepanjang 9 kilometer. Dari kolam ini, bekalan air disalurkan ke sistem agihan air melalui paip bergarispusat 900 mm dan 700 mm. Kawasan bekalan bagi loji ini adalah meliputi keseluruhan kawasan Seri Iskandar termasuk UTP, UiTM, kawasan perindustrian BBSl, Felcra Nasaruddin, kawasan Bota Kanan, Lambor Kanan dan Pulau Tiga.

Sumber :http://www.lap.com.my/bm/index.php/komuniti1/perkhidmatan-khas/loji-pembersihan-air 

DI TAHAP MANA SISTEM PEMBENTUNGAN KITA ?

Loji Olahan Kumbahan Serantau IWK Bunus Jalan Chan Chin Mooi,

APABILA disebut perkhidmatan pembetungan dan pengurusan sisa kum­bahan, mungkin ra­mai di luar sana yang masih memandang remeh tentang kepentingan perkhidmatan pengurusan sisa kumbahan walaupun ia setanding perkhidmatan utiliti lain seperti bekalan air dan tenaga elektrik. Mungkin disebabkan tidak ramai yang mahu mengambil tahu ke mana sisa kumbahan yang dilepaskan dari rumah masing-masing sama ada diproses dan dirawat atau terus dihanyutkan ke laut untuk bersebati dengan alam.

Menyentuh mengenai pengurus­an sisa kumbahan dan penyediaan sistem pembetungan, pasti nama Indah Water Konsortium Sdn. Bhd, IWK terus terlintas di benak fikiran.
Selepas bertapak selama 20 tahun, IWK terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Di sebalik kos operasi yang tinggi, IWK tidak pernah mengeluh dan sentiasa membuktikan ia adalah yang terbaik bagi pengurusan sisa kumbahan dan penyediaan sistem pembetungan di negara ini.
IWK diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan pada tahun 2000 de­ngan model perniagaan yang bukan berasaskan keuntungan. Ini kerana, perkhidmatan pembetungan dan pengurusan sisa kumbahan sangat penting dalam memberikan kehidupan yang selesa kepada rakyat. Rakyat selaku pengguna tidak perlu memeningkan kepala untuk berfikir menguruskan sisa buangan dari kediaman mereka kerana semuanya diuruskan oleh IWK.
IWK adalah pihak yang menguruskan air kumbahan hasil aktiviti buang air kecil atau besar, mandian serta aktiviti harian yang lazim dilakukan di rumah. Kehidupan rakyat menjadi sangat mudah apabila sisa buangan terus disalur ke loji rawatan.
IWK kini menguruskan 6,183 loji rawatan kumbahan yang dihubungkan sekitar 16,969 kilometer saliran paip pembetungan. Di loji-loji rawat­an IWK ini, sisa kumbahan diproses dan dijernihkan sehingga menjadi air yang tidak mencemarkan alam sekitar sebelum dialirkan ke sungai. Peranan IWK cukup pen­ting bukan sahaja kepada kehidup­an rakyat tetapi juga melindungi alam sekitar dan bekalan air bersih. Semua kerja dilakukan IWK perlu menepati piawaian Jabatan Alam Sekitar dan ini bermakna, kerja dan proses membersihkan sisa kumbah­an pengguna bukan satu kerja mudah dan murah. Pelbagai teknologi terlibat di dalam proses berkenaan. Kos merawat sisa kumbahan sebenarnya lebih mahal daripada proses rawatan di loji air minuman.
Bayangkan, pelbagai rupa dan bau sisa kumbahan yang sampai di loji-loji terpaksa diproses menggunakan pelbagai kaedah sebelum lulus untuk pelepasan. Perkara ini sebenarnya yang tidak diketahui oleh sebahagian besar pengguna. Proses berkenaan menelan kos yang tinggi.
Jika diperhatikan, pertumbuhan kawasan kediaman baru di negara ini sungguh menggalakkan yang boleh dilihat sebagai penanda aras keadaan ekonomi negara yang baik. Peningkatan kawasan kediaman ini juga menandakan penduduk di Malaysia ini sedang berkembang. Perkara itu bagi IWK adalah sesuatu yang perlu diberi fokus kerana ia bermakna IWK perlu meningkatkan keupayaan loji-loji rawatannya. Tidak lain tidak bukan, memastikan kehidupan rakyat terus selesa.
Perolehan teknologi bagi IWK adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan walaupun ia melibatkan kos tinggi. Di kawasan bandar, Sistem Bersambung dan Tangki Septik Individu yang jumlahnya melebihi sejuta tangki digunakan. IWK berfungsi sebagai pihak yang bertanggungjawab merancang dan merasionalisasikan kemudahan-kemudahan pembetung­an awam supaya wujud satu sistem lebih sistematik dan moden dalam usaha melindungi kesihatan rakyat dan alam sekitar.
Sistem pengurusan sisa kumbahan diwujudkan menerusi rangkaian paip-paip pembetungan yang membawa sisa buangan dari kediam­an ke loji rawatan sekunder yang moden. Di atas kertas, usaha ini bukan perkara mudah dan murah. IWK memerlukan sokongan padu rakyat khusus­nya pengguna.
Usaha meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan sisa kumbahan adalah fokus berterusan IWK. Selepas 20 tahun, pastinya pelbagai perubah­an telah dibuat bagi memastikan ke­selesaan rakyat menerusi peningkatan pengurusan kumbahan domestik.
Pada masa depan, sistem olahan kumbahan akan berubah kepada loji-loji mekanikal seperti Pengudaraan Berlanjutan, EA, Parit Pengoksidaan, OD, Penyentuh Biologi Berputar, RBC, Reaktor Kelompok Penjujukan, SBR dan Penapis Cucuran. Ini adalah teknologi terkini yang lebih berkesan bagi pengurusan sisa kumbahan.
Dengan demikian, perkhidmatan yang disediakan IWK ini perlu dihargai. Bagaimanakah cara paling mudah menunjukkan penghargaan kita? Pas­tinya dengan menjelaskan bil perkhidmatan IWK yang kini paling murah jika dibandingkan dengan bil utiliti lain.
Kadar yang dikenakan sejak 20 tahun lalu tidak pernah dinaikkan iaitu 27 sen sehari atau RM6 hingga RM8 sebulan. Jika dibandingkan dengan usaha merawat sisa kumbahan, kos 27 sen sehari itu mungkin tidak lagi relevan. Itu tidak dicampur dengan perkhidmatan tambahan lain apabila berlaku masalah lain seperti paip pembetungan yang tersumbat disebabkan sikap segelintir yang membuang sampah sarap ke dalam aliran air kumbahan.
Kos penyelenggaraan juga adalah antara perkara yang membebankan IWK. Rangkaian paip pembetungan perlu dipastikan bersih daripada sampah sarap yang menyebabkan berlakunya limpahan air kumbahan. Dan, jika ia berlaku, pengguna yang pertama sekali akan merungut kerana masalah pencemaran dan bau. Adilkah kita terhadap IWK?
Baru-baru ini, Suruhanjaya Per­khid­matan Air Negara, SPAN menyelidik penstrukturan semula tarif perkhidmatan pembetungan kerana syarikat pembetungan nasional itu masih tidak memperoleh kos operasi disebabkan ada pengguna yang tidak menjelaskan bil perkhidmatan. Selain itu, IWK dinasihati mencari jalan terbaik supaya bil perkhidmatan dijelaskan sepenuhnya oleh pengguna. Gesaan itu dilihat sangat wajar jika dibandingkan perkhidmatan berkualiti disediakan IWK dan jumlah caj yang dikenakan yang sangat rendah.
Selain itu, IWK juga disaran mempercepatkan pelaksanaan penggabungan bil perkhidmatan pembetungan dan bil bekalan air. Ia sangat rasional kerana caj yang dikenakan bergantung kepada penggunaan air isi rumah. Air kumbahan ini yang dirawat dan diproses oleh IWK. Pada masa sekarang, bil dikenakan tidak menggambarkan penggunaan air isi rumah.
Penggunaan air sesebuah premis wajar dijadikan asas kepada caj perkhidmatan pembetungan yang disediakan IWK. Mana-mana pengguna yang tidak menjelaskan bil pembetungan akan mengalami gang­guan bekalan air kerana dipotong. Perkara itu sebenarnya termaktub di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air tetapi belum dilaksana kerana penggabungan bil pembetungan dan bil air masih belum direalisasikan.
Dianggarkan, setiap individu menggunakan 250 liter air bagi aktiviti hariannya di dalam sebuah rumah. Daripada jumlah itu, sebahagian besar dikeluarkan dalam bentuk air sisa yang disalurkan ke dalam sistem pembetungan diselenggara oleh IWK. Sifir mudah ini, membolehkan pengguna membayangkan betapa pentingnya tugas IWK memastikan keselesaan rakyat. Proses merawat pula bukan murah dan perlu menepati pelbagai piawaian.
Begitu besar cabaran yang dihadapi IWK. Sisa kumbahan tidak boleh dibuang sesuka hati tanpa rawatan kerana ia membahayakan kesihatan dan memberi kesan besar kepada alam sekitar serta sumber air. Selain bau busuk, ia juga mengandungi bakteria yang boleh mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit bawaan air.

Dalam pada itu, IWK juga sedang giat mengenal pasti dan merancang pembinaan loji berpusat yang lebih besar yang membolehkan penutupan loji-loji kecil yang dibina pemaju perumahan. Ia adalah satu kelegaan kepada penduduk yang saban hari berdepan bau kurang menyenangkan apabila kedudukan loji kumbahan terletak berhampiran kawasan penempatan penduduk. Ini adalah antara wawasan IWK yang perlu diberi pujian dalam menyediakan persekitaran yang bebas pencemaran.

Mungkin ada yang berhujah, ia adalah tugas IWK tetapi bagaimana pula dengan tanggungjawab menjelaskan bil selepas perkhidmatan terbaik diberikan oleh IWK?
Setakat ini , bil tertunggak pengguna perkhidmatan IWK mencecah ratusan juta. Jumlah kos operasi rawatan kumbahan sebenarnya melebihi jumlah pembayaran yang dibuat oleh pengguna menyebabkan kos operasi IWK lebih tinggi daripada pendapatan sepatutnya.
Bagi menangani isu pembayaran bil, IWK kini giat mempelbagaikan kaedah pembayaran bil antaranya menerusi pembayaran online dan pembayaran berkala menggunakan kad kredit. Berdasarkan fakta ini, tidak boleh tidak, IWK perlu menyemak semula kadar caj yang dikenakan selari dengan pertumbuhan ekonomi dan tuntutan semasa.

Memberi perkhidmatan kepada lebih 20 juta penduduk sebenarnya memerlukan penglibatan semua pihak kerana ia bukan satu tugas yang mudah. Pada peringkat isi rumah, komitmen menjelaskan bil perkhidmatan pembentungan sangat penting, Manakala, kerjasama agensi-agensi berkaitan dalam mendapatkan teknologi terkini bagi pengurusan sisa kumbahan juga perlu ditingkatkan. Semuanya bagi membolehkan generasi akan datang menikmati dan mewarisi persekitaran yang bersih selain melindungi sumber bekalan air. Dan, selepas 20 tahun, sistem pembetungan dan pengurusan sisa kumbahan di negara kita sebenarnya setanding negara maju.

IWK adalah antara syarikat pembetungan yang sentiasa menjadi rujukan pada peringkat antarabangsa apabila menyentuh soal pengurusan sisa kumbahan. IWK berjaya melaksanakan fungsinya sebagai syarikat pembetungan nasional.

- Sumber: http://m.utusan.com.my/rencana/di-tahap-mana-sistem-pembetungan-kita-1.35434#sthash.2ZXfd54B.dpuf

EVOLUSI RAWATAN KUMBAHAN

 
Evolusi Rawatan Kumbahan

Ketika masyarakat berpindah daripada budaya nomad ke pembinaan tapak-tapak kekal, kebimbangan mengenai penghapusan bahan buangan (pepejal dan air kumbahan) menjadi isu yang penting. Isu ini telah dihadapi dengan pelbagai cara dan pengetahuan mengenainya telah bertambah. Sewaktu masyarakat hidup sebagai pemburu dan pengumpul, pereputan dikendalikan dengan sampah sarap dan bahan buangan manusia secara semulajadi. Ketika bandar-bandar membangun, mekanisme-mekanisme lain adalah diperlukan untuk mengatasi isu bahan buangan ini. Kita perlu memahami bahawa "sehingga kini, sanitasi air kumbahan tertumpu kepada mengurangkan risiko kesihatan, terutamanya penyakit berjangkit. Baru-baru ini, skop isu-isu bahan buangan telah diperkembangkan dan ia melibatkan risiko-risiko kesihatan kronik dan kebimbangan persekitaran". (Burks & Minnis, 1994:1).

Rawatan Air Kumbahan Di Dalam Zaman Purba
> 3500 Sebelum Masihi (SM) Ke 500 Masihi (M)
Semasa tempoh Neolitik (10,000 SM), pergerakan puak nomad memberi perhatian keada bahan buangan yang dihasilkan daripada aktiviti-aktiviti manusia. Pergerakan nomad ini membenarkan bumi atau tanah untuk merawat bahan buangan tersebut. Di dalam zaman purba, budaya atau masyarakat telah membangunkan teknologi-teknologi rawatan bahan buangan. Ia dapat dibezakan berdasarkan budaya-budaya berbeza yang dibangunkan. Kota Ur, menjelang 3500 SM, mempunyai purata populasi sebanyak 65,000 orang setiap batu persegi (kepadatan populasi tinggi yang menghasilkan bahan bungan yang banyak). Penduduk bandar tersebut menghadapi masalah bahan buangan itu dengan menyapu bahan buangan tersebut ke jalan raya. Ini menyebabkan peninggian jalan raya dan memerlukan kedudukan pintu yang lebih tinggi. "Amalan-amalan ini sesuai untuk kampung-kampung kecil separa kekal dan tidak semestinya sesuai untuk persekitaran bandar" (Savas, 1977:11). Ia juga tidak sesuai untuk penggunaan kini. Kita boleh membandingkannya dengan bandaraya-bandaraya di Lembah Indus (kini dikenali sebagai Pakistan) daripada 2500 ke 1500 SM. Terdapat rumah-rumah yang mempunyai tandas pam air. Ia juga mempunyai sistem saliran yang direkabentuk dengan baik. Rumah-rumah juga mempunyai pelongsor sampah dan terdapat tong-tong sampah di sekitar bandar untuk penghapusan. Ini merupakan peningkatan yang tinggi di dalam rawatan bahan buangan. (Kahn, 2000:119; Savas, 1977:11).

Berbalik kepada budaya-budaya Mediterranean, kita dapat melihat pembangunan di dalam teknologi-teknologi rawatan bahan buangan. Secara purata, masyarakat di bandar Herakopolis di Mesir (SM 2100), merawat bahan buangan sama seperti penduduk di Ur, mereka membuang bahan buangan ke atas jalan raya. Walau bagaimanapun, "di dalam kuarters golongan elit dan kuat agama, terdapat usaha yang sengaja dibuat untuk memindahkan semua bahan buangan, organik atau bukan organik, ke lokasi-lokasi luar atau kawasan komunal, dan selalunya ia bermaksud sungai-sungai ". Terdapat juga ajaran-ajaran agama yang membincangkan masalah bahan buangan ini. Undang-undang Mosaic (SM 1300) menyatakan "memindahkan bahan buangan sendiri dan menanamnya di dalam tanah". Nehemiah pula menyatakan pembinaan semula di mana terdapat tempat pembuangan sampah untuk bandaraya tersebut. Talmud pula meminta jalan raya di Jerusalem dicuci setiap hari. (Savas, 1977:12).

Budaya Minoan di Pulau Crete di antara 1500-1700 SM mempunyai sistem pengurusan bahan buangan yang dibangunkan dengan baik. Mereka mempunyai sistem paip yang maju dan merekabentuk tempat-tempat pembuangan bahan buangan organik. Bandaraya Knossos, mempunyai laman dalam sepusat dengan bilik mandi yang diisi dan dikosongkan dengan menggunakan paip-paip tanah liat. Sistem paip adalah hampir sama dengan teknik-teknik yang digunakan sekarang. Mereka mempunyai tandas-tandas pam dengan tempat duduk kayu dan takungan di atas. "Penggalian menampakkan 4 jenis sistem saliran berasingan besar yang dikosongkan ke dalam pembetung besar yang dibina daripada batu." Kerabat Diraja Minoan merupakan kumpulan terakhir yang menggunakan tandas pam sehingga pembangunan semula teknologi tersebut pada tahun 1596. (Kahn, 2000: 119-120).

Tempat buangan sampah yang pertama telah dibangunkan oleh orang-orang Greek (Athens) lebih kurang 500 SM. Di dalam pembangunan pengurusan bahan buangan, Athens, di tahun 320 SM, telah meluluskan larangan edik yang pertama dalam penghapusan bahan buangan ke atas jalan raya. Di dalam pembangunan seterusnya, menjelang 300 SM, salah satu daripada tanggungjawab Greek adalah pembuangan bahan buangan. "Perbelanjaan [untuk pembuangan bahan buangan] didapati daripada levi-levi ke atas pemilik tanah. Sistem ini berjaya digunakan untuk lapan ratus tahun, sehingga pemecahan menyeluruh arahan sivik."(Savas, 1977:13). Di dalam penggunaan air, orang-orang Greek memahami perhubungan di antara kualiti air dan kesihatan awam menyeluruh. Kebimbangan ini juga dirasai oleh orang-orang Roman.

Amalan pengurusan rawatan bahan buangan bagi orang Roman merupakan amalan terbaik yang telah dibangunkan bagi tamadun sebelum abad ke-19. Malah, sistem-sistem pengurusan bahan buangan Roman ini adalah lebih baik daripada sistem-sistem di zaman pertengahan. Masyarakat Roman adalah maju secara teknologi. Kita dapat melihat buktinya di bangunan-bangunan, jalan raya dan akueduk mereka yang masih ada dan kadang-kadang masih digunakan. Kebimbangan orang-orang Roman tentang air telah digambarkan dengan baik di dalam akueduk mereka. Mereka membangunkannya untuk menyediakan air kepada bandar-bandar. Air digunakan untuk mandi, air pancut, kegunaan awam dan pam pembetung. Masyarakat Roman juga mementingkan pencarian bekalan-bekalan air yang baik dan juga air tulen, seperti yang ditekankan oleh jurutera dan pakar perubatan purba. (History of Technology Vol. II., 1956: 660-674).

Republik Roman yang awal juga menitikberatkan penyambungan bekalan air bandar, dan juga pembinaan akueduk. Menjelang 125 SM, bekalan air bagi bandar tersebut telah berganda untuk memenuhi perkembangan pesat (History of Technology Vol. II., 1956:670). Pembangunan akueduk-akuduk tersebut memerlukan kemahiran kejuruteraan. Kita perlu memahami bahawa akueduk yang dibina oleh orang-orang Roman adalah berbeza. Akueduk dibina di setiap empayar, dan kebanyakan sistemnya terletak di bawah tanah. Kita cuma melihat sebahagian kecil daripadanya. Masyarakat Roman menggunakan air untuk pelbagai kegunaan dan terutamanya di Rom, ia digunakan untuk mengepam pembetung. "Masyarakat Roman menggunakan alatan-alatan mengangkat air untuk menghantar hampir kesemua bahan buangannya ke Sungai Tiber melalui pembetung terbuka seawal abad keenam SM. Menjelang abad ketiga, pembetungan di Rom merupakan rangkaian bawah tanah berkubah yang dipanggil Cloaca Mixima" (Burks & Minnis, 1994:1). Projek-projek pembinaan ini disambung dan "menjelang abad keempat M, Rom mempunyai 11 bilik mandi awam, lebih daripada 1300 air pancut awam dan 856 bilik mandi persendirian. Mereka bukan sahaja mempunyai tandas-tandas pam-air persendirian, malah terdapat juga untuk kegunaan awam. Pada [C.E.], 315 Rom mempunyai 144 [tandas-tandas pam-air awam] " (Kahn, 2000:121).

Walaupun dengan kemajuan ini dan pengurusan bahan buangan, Rom masih merupakan bandar yang tidak sihat. Pembuangan kumbahan ke Sungai Tiber and penghapusan bahan buangan ke luar bandar, masih menyebabkan kebimbangan mengenai kesihatan. (Savas, 1977:14). Kejatuhan Rom, pada abad kelima M, menandakan berakhirnya pembangunan paip. (Burks & Minnis, 1994:2). Malahan, "dengan kejatuhan empayar [Roman], kekurangan kuasa pusat dan dana-dana awam yang mencukupi telah menyebabkan kemerosotan perkhidmatan-perkhidmatan awam. Organisasi mereka ditinggalkan kepada orang persendirian atau pihak berkuasa perbandaran. Hanya di beberapa pusat bandar yang masih mempunyai saki baki sistem-sistem Roman. " (History of Technology, Vol. II, 1956:689).

Rawatan Air Kumbahan Di Dalam Zaman Pertengahan
> 500 Masihi (M) To 1500 Masihi (M)
Kejatuhan Empayar Roman di barat telah menukarkan masyarakat bandar ke luar bandar. "Menjelang 500 [M], 'paip telah ditutup di sekitar Eropah; ia tidak akan dipasang semula untuk hampir seribu tahun: Teknologi sanitasi telah memasuki Zaman Kelam'" (Kahn, 2000:121). Terdapat pengurangan penduduk yang mendadak di Rom dan kebanyakan Eropah barat. Perubahan ini juga telah merubah rawatan bahan buangan. "Pengurangan kepadatan penduduk, dengan itu, kaedah-kaedah tradisional yang dijalankan bagi penghapusan bahan buangan adalah lebih berjaya. " (Savas, 1974:14). Tambahan pula, tanpa pemantauan pembetungan dan jalan raya, keadaan-keadaan yang bersih juga tidak akan mematuhi Piawaian Empayar Roman (History of Technology, Vol. II., 1956:689-690). Keruntuhan sanitasi ini membawa balik kaedah "luar rumah, parit terbuka dan bekas kebuk ...di semua lapisan masyarakat " (Kahn, 2000:122).

Kehilangan pengetahuan dan amalan-amalan kebersihan telah menyebabkan pelbagai masalah. Semasa zaman pertengahan, "amalan-amalan lama untuk mengasingkan air minuman dan bahan buangan manusia telah ditinggalkan, dan bahan buangan manusia boleh berpindah daripada lubang bahan buangan ke telaga. Wabak telah menular, tetapi perkaitan di antara najis dan penyakit tidak diambil kira." (Burks & Minnis, 1994:2). Di zaman pertengahan, penduduk membuang bahan buangan ke atas jalan raya. " Longkang-longkang terbuka di tengah jalan akan dipenuhi sampah, manakala air hujan yang turun daripada atap, tidak disalirkan dengan baik. Jalan raya juga jarang diturap dan dan selalunya lopak lumpur daripada bahan buangan khinzir atau binatang-binatang lain yang telah memasuki telaga-telaga dan tanah persendirian" (History of Technology Vol. II, 1956:690). Tabiat kehidupan luar bandar, yang mungkin tidak berbahaya kepada ladang, boleh atau telah dibuktikan boleh membawa maut di kawasan bandar-bandar membangun di Eropah semasa zaman pertengahan. Sepanjang era zaman pertengahan, bandar-bandar semakin membangun. Saiz bandar ditentukan oleh dinding-dinding; ini telah meningkatkan kepadatan populasi, dan dengan penduduk yang masih mengamalkan tabiat-tabiat kehidupan luar bandar, potensi untuk penyakit telah meningkat. Semasa tempoh ini, sungai-sungai di dua bandar utama Eropah, London dan Paris, telah menjadi pembetungan terbuka. (Savas, 1974:14 and Kahn, 2000:122-124).

Keadaan sanitasi di bandar-bandar mengakibatkan penyakit dan kematian yang menjadi-jadi di zaman pertengahan. Bahan buangan dan najis akan menjadi makanan untuk tikus-tikus yang akan membawa pepijat dan kutu-kutu yang berpenyakit kepada manusia. "Penyakit yang berkaitan dengan bahan buangan manusia telah mengakibatkan kematian beribu-ribu manusia di Zaman Pertengahan. Ini meliputi disentri, tifus (yang datang daripada sanitasi yang tidak baik dan boleh berjangkit) dan demam kepialu (daripada najis dan air kencing manusia) " (Kahn, 2000:124). Dengan pembangunan perbandaran, keadaan di bandar-bandar dan bandaraya-bandaraya zaman pertengahan adalah sangat lemah. Kebimbangan masyarakat Greek dan Roman mengenai air yang selamat juga telah dilupakan pada ketika itu. Begitu juga dengan teknologi-teknologinya.

Perubahan mula berlaku dengan berlalunya zaman pertengahan. Kebanyakan perubahan di dalam isu-isu air telah dipelopori oleh arahan-arahan keagamaan. "Berhampiran Dengan Milan, masyarakat Cistercian memperkenalkan penggunaan bahan buangan dan air kumbahan sebagai baja untuk ladang-ladang mereka pada kira-kira 1150 M (History of Technology Vol. II, 1956:681-690). Walaupun di masa yang tidak bersih dahulu, "kebanyakan gereja mempunyai air paip sebelum 1200 [M]. Sebagai contoh, biara Christchurch di Canterbury, mempunyai aliran air, tangki-tangki penulenan, saliran kumbahan daripada tandas-tandas dan biara ini selamat daripada Black Plague pada tahun 1349" (Kahn, 2000:122).

Menjelang akhir abad ke 12 dan permulaan abad ke-13, perubahan-perubahan mula berlaku. Berikutan kepada wabak yang berlaku pada abad ke-12, pengurusan bahan buangan diberi keutamaan. Pada tahun 1372, Edward the Third of England mengisytiharkan "pembuangan rushes, najis binatang, sampah sarap dan bahan-bahan lain yang kotor dan merbahaya ke [Thames] tidak akan dibenarkan lagi " (Savas, 1974:15). Berikutan itu, pada tahun 1388, satu akta Parlimen "melarang pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang-longkang, sungai-sungai dan perairan". Menjelang akhir abad ke-14, London mempunyai sistem pebangkai yang teratur (masyarakat akan mengutip binatang-binatang yang mati); tetapi "akhirnya, undang-undang dan pembangkaian cenderung untuk menjadi tidak berkesan. Ini bukan disebabkan oleh kejahilan tetapi pesalah-pesalah tidak dapat memikirkan alternatif-alternatif yang mencukupi kepada kaedah-kaedah penghapusan dan pengumpulan yang sedia ada. Tambahan pula, pendapat yang popular adalah menentang langkah-langkah tersebut, kecuali di kawasan-kawasan yang mempunyai tahap pencemaran yang tinggi" (Savas, 1974:15-16, History of Technology Vol. II, 1956:691).

Semasa zaman Pembaharuan, perhatian yang lebih telah diberikan kepada isu-isu kesihatan dan air. Penakung najis merupakan salah satu daripada pembangunan teknikal sebagai zaman pembaharuan. Ia merupakan penakung yang mudah, yang membenarkan pepejal untuk mendap dan cecair dan meresap ke tanah. Penakung-penakung ini perlu dibersihkan secara berjadual (Burks & Minnis, 1994:3). Menjelang akhir abad ke-15, terdapat perubahan-perubahan lain di dalam pengurusan bahan buangan yang memberi kesan kepada sanitasi. Henry the VI (England) menubuhkan Commission of Sewers, yang "disediakan untuk hukuman berat bagi pencemaran sungai-sungai dan membuat peruntukan khas untuk penghapusan bahan buangan bagi pembuat bir dan penyamak kulit binatang." Henry the VII mengharamkan rumah-rumah penyembelihan di bandar-bandar disebabkan oleh bahaya wabak kepada masyarakat (Savas, 1974:16). Menjelang akhir abad ke-15, terdapat kesedaran yang baru tentang peranan bahan buangan manusia dan binatang ke atas kesihatan manusia.

Rawatan Air Kumbahan di Zaman Moden: 500 M To 1900 M
Di permulaan zaman moden, masih terdapat perubahan kecil di dalam pemahaman dan penghapusan bahan buangan manusia. Bahan buangan masih dibuang ke dalam sungai-sungai dan sumber air masih tercemar. Amalan-amalan ini masih kekal sehingga Zaman Baru. Dengan pertambahan pembangunan di bandaraya-bandaraya, koloni-koloni perlu mengatasi isu bahan buangan. Pada tahun 1644, setelah 18 tahun menguasai Pulau Manhattan, "penduduk-penduduk diarahkan untuk mengambil bahan buangan ke luar kota", dan pada tahun 1648, satu undang-undang digubal untuk melarang khinzir-khinzir dan kambing-kambing daripada berkeliaran di jalan raya. (Savas, 1974:17-19). Perubahan besar di dalam rawatan air kumbahan mula berlaku pada abad ke-19.

Pada tahun 1860, Louis Moureas mencipta "tangki septik", tetapi, ia tidak dipanggil dengan nama ini sehingga 1895. Pada peringkat ini, tangki-tangki septik adalah besar dan digunakan untuk merawat kumbahan daripada komuniti-komuniti. "Tujuan utama penggunaan tangki ini adalah untuk menyingkirkan pepejal kasar sebelum dilepaskan ke sungai-sungai berdekatan." Di sini, kita dapat melihat pemahaman penyingkiran pepejal yang mungkin menyebabkan masalah kepada kesihatan awam. Walau bagaimanapun, satu masalah masih kekal: "efluen tidak dirawat dan menyebabkan pencemaran sungai " (Kahn, 2000:135-136). Pencemaran air tidak dapat diselesaikan dengan penggunaan tangki septik. Walaupun dengan pra-rawatan, teknologi pembuangan masih diperlukan.

Pada tahun 1868, Edward Frankland telah membangunkan teknologi penapis pasir cucuran. Beliau mencipta sistem yang meliputi silinder-silinder yang mempunyai ketinggian enam kaki dan kelebaran sepuluh inci dan setiap silinder diisi sama ada dengan pasir atau tanah. Kemudian, kumbahan disalirkan dengan dos–dos yang berbeza menerusi tangki-tangki yang berlainan Beliau mengira kebolehan media-media yang berbeza di dalam menulenkan air kumbahan. Malangnya, maklumat tidak mencukupi untuk dilaporkan pada masa itu. Stesen Eksperimen di Lawrence, Massachusetts, dibina pada 1887, oleh Massachusetts State Board of Health menumpukan kepada isu-isu penghapusan. "Pada tahun 1893, sebuah tapak pasir digunakan buat pertama kalinya di stesen tersebut untuk menuras efluen daripada tangki septik, mengurangkan kawasan-kawasan tanah yang diperlukan untuk penghapusan kumbahan. Kadar-kadar penerimaan tanah diperkenalkan untuk mengekalkan penuras pasir yang berkesan" (Burks & Minnis, 1994:3-5).

Apakah yang menyebabkan perubahan-perubahan ini? Penyakit – ia menyebabkan pembangunan penghapusan dan sistem paip. Kesengsaraan di abad ke-19 adalah kolera. Perbandaran bandar-bandar dan revolusi perindustrian dan juga peningkatan populasi telah meningkatkan bahan buangan manusia. Pada pertengahan abad ke-19, wabak kolera telah berlaku di seluruh dunia. Keadaan kolera adalah lebih teruk di kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk miskin, tetapi masyarakat mewah juga tidak imun (Kahn, 2000:123-125). Pakar perubatan England, John Snow menjumpai perkaitan di antara kolera dan air. Beliau mengesan wabak ini daripada puncanya di India dan laluannya ke Eropah. Snow mengesan pencemaran di telaga-telaga awam, yang dicemarkan oleh tandas di dalam wabak pada tahun 1854 di London. (Kahn, 2000:125, Burks & Minnis, 1994:2-4). Dengan itu, pembetung dicipta."Jurutera-jurutera Britain telah mengetuai pembinaan pembetung dan pengasingan bahan buangan daripada air minuman." (Kahn, 2000:125). Tetapi, ini hanya mengatasi isu sanitasi kepada sungai. Pencemaran sungai-sungai, terutamanya Thames di London, menunjukkan keperluan sistem kumbahan. Keperluan untuk mengatasi isu kesihatan di bandar-bandar utama telah menandakan abad ke-19 sebagai permulaan kepada sosialisme perbandaran (Savas, 1974:19-20). Contoh bagi usaha ini adalah bandaraya New York.

Kajian kes – Pembangunan Rawatan Air Kumbahan di Bandaraya New York
Bandaraya New York menyediakan kajian kes yang sangat baik di dalam pembangunan pengurusan air kumbahan. Pada abad ke-19, bandaraya New York merupakan bandar yang membangun, yang kekurangan infrastruktur untuk mengatasi air kumbahan. Pada awal abad tersebut, "masyarakat mendapat bekalan air daripada telaga-telaga, tangki dan bertanggungjawab untuk membuang bahan buangan." (Goldman, 1997:11). Bekalan air dan penghapusan bahan buangan merupakan hal-hal peribadi di bandaraya. Usaha bandaraya untuk menguruskan bahan buangan adalah tidak berkesan. Setiap rumah bertanggungjawab untuk penghapusan bahan buangan sendiri dan ini bermaksud pembinaan tandas. "Peraturan dimandatkan supaya tandas-tandas dibina daripada batu, mortar, batu-bata dan digali dengan kedalaman sekurang-kurangnya lima kaki." Tandas-tandas yang sudah siap perlu diperiksa. Walaupun dengan kod yang ketat, petisyen-petisyen untuk tandas-tandas kayu juga kadang-kadang diluluskan. Bandaraya hanya akan terlibat jika tandas-tandas ini mengancam kesihatan awam secara terang-terangan. Kebimbangan yang lain adalah tandas-tandas ini berfungsi untuk simpanan sementara bahan buangan, dan bukan simpanan kekal. (Goldman, 1997:19-21).

Pemahaman rawatan bahan kumbahan adalah terhad pada masa itu. "Kepercayaan yang pengaliran air akan menulenkan efluen dipegang secara meluas semasa pertengahan pertama abad ke-19. Dengan itu potensi untuk pencemaran air tidak menimbulkan kebimbangan mengenai akibatnya. " (Goldman, 1997:22). Dari semasa ke semasa, kita dapat melihat bahawa rawatan adalah untuk membuang efluen daripada tandas-tandas terus ke sungai. Rawatan bahan buangan di tapak ada turn naiknya. Tetapi, bandaraya tersebut mempunyai sistem pembetung. Sistem tersebut yang wujud pada awal abad ke-19, dibangunkan untuk mengendalikan air hujan. Penggunaan sistem-sistem pembetung ini adalah terhad disebabkan bekalan air yang terhad, yang mana air diperlukan untuk mengepam bahan buangan menerusi pembetungan. Sebelum tahun 1840, pembangunan pembetungan adalah terhad; dengan pengecualian beberapa kawasan masyarakat mewah, kebanyakan bandaraya telah bergelumang di dalam kelembapan. Air banjir membawa sampah sarap dan bahan buangan binatang menerusi jalan raya. "Pembetung-pembetung yang digunakan pada masa dahulu adalah parit-parit yang diletakkan di tengah-tengah bahagian tepi jalan raya. " Ini menyebabkan masalah kesihatan, kerana matahari akan memanaskan air dan mempercepatkan pereputan dan ini akan menghasilkan bru yang tidak sihat. (Goldman, 1997:40-45). Pada permulaan abad ke-19, rawatan bahan buangan di Bandaraya New York menunjukkan perubahan kecil berbanding dengan penghujung zaman pertengahan.

Dalam tempoh ini, pembetungan dijalankan daripada satu jalan ke jalan yang lain. Proses ini akan terhalang jika terdapat masyarakat yang menentang pembetungan. Pada masa itu, mereka yang menentang penggunaan pembetung "merasa takut yang pembetung-pembetung ini adalah tidak sihat dan menghasilkan bau-bau yang tidak menyenangkan". Sistem ini menghalang sebarang kemungkinan sebuah sistem bersepadu yang teratur. Tiada rekabentuk menyeluruh untuk bandaraya tersebut bagi penghapusan air hujan dan air kumbahan. (Goldman, 1997:44-46). Bekalan air yang terhad menyebabkan sistem penghapusan bahan buangan berasaskan-air tidak dapat dibuat. Walau bagaimanapun, dengan kehadiran akueduk Croton, air telah mengalahkan sistem-sistem pembetung sedia ada. Ini memerlukan perubahan pemikiran mengenai sistem penghapusan berasaskan air.

Menjelang akhir tahun 1860, pakar-pakar perubatan dan jurutera-jurutera merupakan sebahagian daripada pengurusan bandaraya secara sepenuh masa dan sepanjang tahun (Goldman, 1997:146). Perubahan ini memberi kesan yang besar kepada pembangunan isu-isu kesihatan awam dan juga pembetungan bandaraya. Jabatan Akueduk Croton telah menyediakan 39,000 kaki linear pembetung pada tahun 1865. Menjelang akhir dekad tersebut, jabatan tersebut telah menyediakan 271, 000 kaki linear pembetung lagi. Mereka telah menyalirkan bandaraya tersebut. "Setiap daerah dikendalikan sebagai sebuah entiti dan dirawat secara keseluruhan. Satu sistem penyekatan pembetung telah dirancang dan mengambil kira gred jalan raya dan jumlah kumbahan terlibat. Matlamatnya adalah untuk memastikan aliran yang lancar dan berterusan daripada paip-paip kecil ke paip-paip besar dan akhirnya ke tapak-tapak terhad untuk penghapusan ke sungai-sungai. " (Goldman, 1997:158).

Bandaraya telah meletakkan sumber ekonomi untuk membina pembetung-pembetung kepada jurutera-jurutera. Mereka telah membina satu sistem penghapusan air kumbahan yang menyeluruh. Tetapi, sehingga tahun 1880, projek itu masih tidak dapat disiapkan. Di beberapa kawasan masyarakat mewah, masalah-masalah masih wujud. "Pemilik harta telah membina longkang-longkang rumah tetapi tidak menyambungkannya kepada pembetung-pembetung. Ini menyebabkan kumbahan dilepaskan ke atas batu-batan di atas jalan raya. Pada masa yang lain, kandungan longkang-longkang tersebut dilepaskan ke saluran air bawah tanah. Selalunya, pemilik harta terdorong kepada ekonomi dan mengabaikan kepentingan keberkesanan dan kecekapan" (Goldman, 1997:162). Tugas untuk membangunkan pembetungan bagi New York memakan masa yang lama dan sukar. Matlamat untuk membentungkan bandaraya itu tercapai dengan dana-dana awam yang didesak oleh kebimbangan kesihatan awam.

Masalah-masalah rawatan dan penggunaan semula air kumbahan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kebimbangan masyarakat. Pembangunan loji-loji rawatan besar atau perbandaran, yang dianggap sebagai penyelesaian di pertengahan abad ke-19, bukan lagi dianggap sebagai jawapan. Kos untuk pembinaan loji-loji ini adalah terlalu tinggi dan kebanyakan majlis perbandaran tempatan tidak mampu untuk membinanya, dan kerajaan nasional tidak membantu untuk menaja pembinaan loji-loji tersebut. Ini terbukti di Environmental Protection Agency's Response to Congress On Use of Decentralized Wastewater Treatment Systems pada tahun 1997 (EPA 832-R-97-001b).

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR