Proses Rawatan Air
1. Sumber Air Mentah
Sumber air mentah loji ini diperolehi dari Sungai Perak yang terletak berhampiran dengan loji. Air dari sungai dipam menggunakan empat pam selam yang setiap satu berkapasiti 1,110 m3 sejam. Air ini akan melalui beberapa peringkat proses rawatan sebelum dibekalkan kepada pengguna.
Secara ringkasnya, proses rawatan air di loji ini adalah seperti berikut:
2. Saringan (Screening)
Air mentah akan melalui proses penyaringan di muka sauk (intake) untuk penapisan awal bagi mengasingkan bahan bahan fizikal seperti kayu, pasir, rumput rampai dll.
SUNGAI PERAK - SUMBER AIR MENTAH UNTUK LOJI PEMBERSIHAN AIR KAMPUNG SENIN
3. Pengudaraan (Aeration)
Air mentah dipam ke tangki pengudaraan (cascade aerator). Di sini air didedahkan kepada atmosfera untuk meningkatkan kandungan oksigen dan juga akan menyingkirkan bau dan rasa pada air melalui proses pengoksidaan. Proses ini juga boleh mengoksida besi (feram) dan manganese terlarut kepada keadaan tidak larut dan mendak.
PENGUDARAAN
4. Pengentalan (Flocculation)
Selepas pengudaraan, bahan kimia cecair tawas (liquid aluminium sulphate) didos ke dalam air mentah.Air seterusnya mengalir ke dua buah tangki pengentalan (flocculation). Tindakbalas kimia akan menyebabkan zarah zarah halus bercantum membentuk kentalan (floc) yang lebih besar dan berat.Aliran di tangki pengentalan adalah terkawal bagi memperolehi pengentalan yang optima. Kentalan yang terbentuk akan memerangkap bakteria dan warna yang terdapat pada air. Dos tawas yang digunakan perlu bertepatan untuk membentuk kentalan yang baik dan memudahkan proses pengenapan.
TANGKI FLOKULASI
5. Pengenapan (Sedimentation)
Air yang mengandungi kentalan (floc) akan mengalir kedalam tangki pengenapan. Di sini kentalan kentalan yang telah bercantum menjadi besar dan berat akan mendap ke bawah tangki pemendapan (sedimentation tank) dan rnenghasilkan air yang jernih.
TANGKI PENGENAPAN
6. Penapisan (Filteration)
Seterusnya air akan mengalir ke tangki penapisan. Loji ini mempunyai 4 unit sistem 'rapid gravity sand filter' yang menggunakan pasir sungai sebagai bahan penapis. Air akan melalui pasir penapis dimana kentalan yang halus akan terperangkap pada pasir penapis tersebut. Paip-paip di bawah pasir penapis ini akan menerima air jernih yang telah ditapis. Untuk menjamin kualiti air, penapis pasir akan dicuci pada masa-masa tertentu. Proses pembasuhan (back wash) penapis di loji ini dikendalikan secara automatik.
TANGKI PENAPISAN
7. Pengklorinan (Chlorination)
Air yang telah ditapis akan mengalir ke tangki air bersih di mana klorin didoskan. Pengedosan klorin adalah untuk membunuh kuman serta mikroorganisma yang terdapat di dalam air agar air selamat diminum.
8. Penyesuaian pH (pH adjustment)
Kapor terhidrat (Hydrated lime) digunakan untuk memastikan nilai pH air bersih adalah di dalam julat yang dikehendaki. pH air menjadi rendah semasa proses pengentalan kerana penambahan tawas. Oleh itu kapor didos ke dalam air bertapis untuk menaikkan semula nilai pH ke tahap yang dikehendaki. Nilai pH yang bersesuaian diperlukan kerana jika ia berasid (rendah) ia akan menghakis paip bekalan air dan jika beralkali, ia akan membentuk mendapan pada sistem bekalan air.
9. Pemfluoridaan (Fluoridasi)
Bahan kimia 'sodium fluoride' juga didos dalam air bersih. Fluorida didoskan untuk membantu menjaga kesihatan gigi pada kanak-kanak.
10. Tangki Air Bersih
Clean water will be stored in clean water tank before being distributed. Air yang bersih akan disimpan di dalam tangki air bersih sebelum diagihkan.
11. Pemantauan Kualiti Air (Water Quality Monitoring)
Makmal loji ini dilengkapkan dengan peralatan ujian kualiti air. Ujian kualiti air dijalankan keatas contoh air mentah, air mendap dan air bersih. Contoh air diambil setiap dua jam dan diuji dimakmal loji untuk memastikan air yang dibekalkan adalah mematuhi nilai piawai seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kualiti air untuk parameter pH, kekeruhan, baki klorin dan fluorida dipantau secara terus dengan peralataan ujian 'online'.
ALAT UJIAN AIR 'ONLINE MONITORING WATER QUALITY'
12. Sistem Agihan Air
Dari tangki air bersih, air di pam ke Kolam Takungan Bandar Baru Seri Iskandar (kapasiti: 13.5 juta liter) yang terletak di kawasan tanah tinggi BBSl melalui paip air bergarispusat 750 mm sepanjang 9 kilometer. Dari kolam ini, bekalan air disalurkan ke sistem agihan air melalui paip bergarispusat 900 mm dan 700 mm. Kawasan bekalan bagi loji ini adalah meliputi keseluruhan kawasan Seri Iskandar termasuk UTP, UiTM, kawasan perindustrian BBSl, Felcra Nasaruddin, kawasan Bota Kanan, Lambor Kanan dan Pulau Tiga.
Sumber :http://www.lap.com.my/bm/index.php/komuniti1/perkhidmatan-khas/loji-pembersihan-air
0 comments:
Post a Comment