AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

MASYARAKAT DAN PENCEMARAN AIR




ABSTRAK

 Masyarakat menganggap bahawa air yang ada di bumi ini adalah tidak terhad oleh itu masyarakat sering melakukan pembaziran yang keterlaluan dan tidak bertanggungjawab terhadap penggunaan air sehingga menyebabkan masalah bekalan air bersih negara semakin berkurangan. Kepesatan pembangunan dalam perindustrian negara ini juga menyebabkan permintaan air berada di tahap yang kritikal, semua perkara yang di lakukan mesti menggunakan air contohnya membasuh baju, memasak, mandi dan sebaginya jadi air di anggap bekalan harian yang amat penting dalam kehidupan manusia, air juga diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Air yang tercemar akan menyebabkan pelbagai kesan kepada manusia ini akan menyebabkan faktor lain sehingga mengakibatkan air di catu. Masalah air bukan baru sahaja berlaku tapi isu ini sering sahaja di perkatankan sedangkan punca masalah air ini adalah di sebabkan diri kita sendiri.


PENDAHULUAN Kebelakangan ini, masalah bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan di negara kita serius diperkatakan. Air, selain oksigen, merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayat. Selain itu juga amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pemudaratan kesihatan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut juga akan terjaga. Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air manusia mungkin kehausan dan mati dalam tempoh beberapa hari. Tanpa tanggujawab terhadap alam sekitar juga boleh memberikan kesan terhadap pencemaran air malah hidupan akuatik juga akan terancam. Air yang tercemar akan memberikan kesan kepada kesihatan manusia dan akan menyebabkan pelbagai kesan sampingan terhadap pembangunan negara.


CARA YANG BAIK UNTUK MENGATASI MASALAH KEKURANGAN AIR.
Mengekalkan kawasan tadahan hujan merupakan cara utama mengelakkan krisis bekalan air di negara kita. Penebangan kawasan hutan mestilah dielakkan lebih kurang 10 kilometer dari kawasan tadahan hujan. Perkara ini penting bagi menjaga kawasan tadahan air daripada musnah. Kawasan ini penting bagi membekalkan air bersih kepada kawasan empangan sebelum disalurkan ke rumah kediaman dan premis. Sehubungan itu, pencemaran sungai perlu ditangani segera. Pembangunan tanpa perancangan yang teliti turut mencemarkan sungai yang berdekatan. Begitu juga dengan pembuangan sampah yang dilakukan oleh masyarakat yang tidak prihatin tentang kebersihan. Kesannya, kita akan kekurangan bekalan air bersih bagi kegunaan domestik. Kerajaan perlu mengadakan catuan air ke kawasan-kawasan tertentu sebagai langkah berjaga-jaga. Catuan air boleh dilaksanakan berdasarkan bilangan jam dalam sehari mengikut kawasan tertentu. Tindakan ini perlu bagi mengelakkan pembaziran air selain menyedarkan masyarakat agar menghargai kepentingan air. Sikap berjimat-cermat perlu wujud dalam diri setiap individu bagi mengelakkan krisis air daripada berlaku. Masyarakat yang leka dengan nikmat Tuhan ini mungkin tidak menyangka bahawa suatu hari nanti kita akan mengalami musibah ini. Oleh hal yang demikian, sikap berjimat-cermat patut dipupuk sejak kecil lagi.


CIRI-CIRI PENCEMARAN AIR Air yang baik adalah air yang tidak tercemar secara berlebihan oleh zat-zat kimia atau mineral terutama oleh zat-zat atau mineral yang berbahaya bagi kesehatan. Terdapat beberapa punca bahawa air sungai telah tercemar adalah seperti berikut: I. Perubahan suhu air. Air yang panas apabila langsung dibuang ke lingkungan akan mengganggu kehidupan hewan air dan mikroorganisme lainnya. II. Perubahan pH atau konsentrasi ion Hidrogen. Air normal yang memenuhi syarat untuk suatu kehidupan mempunyai berkisar pH berkisar antara 6,5 – 7,5. III. Perubahan warna, bau dan rasa air. Air dalam keadaan normal dan bersih pada umumnya tidak akan berwarna. Timbulnya bau pada air lingkungan secara mutlak dapat dipakai sebagai salah satu tanda terjadinya pencemaran. Apabila air memiliki rasa berarti telah terjadi penambahan material pada air dan mengubah konsentrasi ion Hidrogen dan pH air. IV. Timbulnya endapan, koloidal, bahan terlarut. Bahan buangan yang berbentuk padat, sebelum sampai ke dasar sungai akan melayang di dalam air besama koloidal, sehingga menghalangi masuknya sinar matahari ke dalam lapisan air. Padahal sinar matahari sangat diperlukan oleh mikroorganisme untuk melakukan fotosintesis. V. Terdapat mikroorganisme. Mikroorganisme sangat berperan dalam proses degradasi bahan buangan dari limbah industri ataupun domestik. Bila bahan buangan yang harus didegradasi cukup banyak, maka mikroorganisme akan ikut berkembangbiak. VI. Meningkatnya radioaktivitas air lingkungan. Zat radioaktif dari berbagai kegiatan dapat menyebabkan berbagai macam kerusakan biologis apabila tidak ditangani dengan benar, baik efek langsung maupun efek tertunda.


KESAN PENCEMARAN kenaikan suhu air akan menimbulkan beberapa akibat sebagai berikut :
 • Jumlah oksigen terlarut di dalam air menurun
 • Kecepatan reaksi kimia meningkat
 • Kehidupan ikan dan hewan air lainnya terganggu
 • Jika batas suhu yang mematikan terlampaui, ikan dan hewan air lainnya mungkin akan mati

 3 FUNGSI AIR DALAM TUBUH MANUSIA
• Menguraikan dan membantu penyerapan nutrient makanan untuk dibekalkan kepada sel.
 • Pemangkin dalam proses metabolisme.
• Mengawal atur kepekatan darah.
 • Sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran antara sendi.
 • Mengangkut dan menyingkirkan toksin dan bahan buangan. • Mengawal atur suhu badan, tekanan darah dan PH tubuh.
• Mengurangkan tekanan dalam tubuh badan menyelaras ketidak seimbangan pada bahagian buah pinggang dan limpa yang disebabkan tekanan.
 • Melindungi kelembapan dan kekenyalan kulit serta melambatkan proses penuaan.

 KESAN KEKURANGAN AIR TERHADAP KESIHATAN
• Kehilangan ringan akan menyebabkan dahaga, nafas berbau, bibir merekah, sakit kepala, panas dan sembelit.
• Kehilangan serius akan menyebabkan dehidrasi, hilang tumpuan, punca pelbagai penyakit, gangguan mental, darah memekat, panas terasa pada bahagian dada.

 KESIMPULAN

Kesimpulannya, manusialah yang bertanggungjawab untuk menguruskan penggunaannya dengan baik. Semua pihak, terutama masyarakat perlu menyahut seruan kerajaan agar menjimatkan penggunaan air. Sikap menuding jari kepada orang lain tidak akan membawa apa-apa manfaat. Harapan negara kita untuk terus membekalkan bekalan air bersih kepada rakyat memerlukan sokongan semua pihak. Selain itu juga air merupakan keprluan harian yang sangat penting untuk manusia, ingat! Manusia boleh bertahan tanpa makan tapi manusia tak boleh bertahan tanpa air.














 Ke pautan video pencemaran air 4 http://www.youtube.com/watch?v=7El_xeeFGu0

0 comments:

Post a Comment

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR