AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

ADAKAH MINUM AIR BERSIH SATU KEPERLUAN ?

Air merupakan keperluan asas kepada semua kehidupan. Setiap hari manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan menggunakan air sebagai punca minuman. Air diminum secara langsung oleh manusia dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan pula menyerap air untuk membuat makanan. Air mencakupi 70% daripada keluasan bumi. Namun begitu jumlah air tawar adalah kecil. Kebanyakan air hanya boleh didapati di laut dan lautan yang luas terbentang.
2
Manusia memerlukan air untuk hidup. Air digunakan untuk minum, memasak, mencuci dan membersihkan diri. Tanpa air manusia boleh hidup hanya 7 hari mengikut purata suhu di Malaysia Air yang sampai ke rumah kita telah melalui 3 peringkat utama berikut;
1 – rawatan air di loji rawatan
2 – simpanan didalam tangki simpanan
3 – penyaliran melalui sistem perpaipan
tangkibesar
Paip tangki air
sistem-bekalan-air-paip-dirumah1


Sungai merupakan aliran air yang mengalir dari kawasan pergunungan ke kawasan yang lebih rendah. Air sungai berpunca dari hujan yang turun di kaki gunung atau bukit dan kemudian mengalir ke laut. Amat sukar untuk mendapatkan sungai yang bersih dan membekalkan sumber air kepada manusia. Oleh itu seharusnya sungai perlu dijaga untuk memastikan bekalan air bersih berpanjangan. Pada zaman dahulu kebanyakan sungai dijadikan alat perhubungan yang penting dan sumber protein. Setelah jalan raya dibina, sungai hanya berfungsi sebagai jalan perhubungan di kawasan pedalaman, sumber makanan dan sebagainya. Kemajuan yang dicapai telah memberi faedah yang cukup besar kepada manusia sendiri. Suatu ketika dahulu manusia terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan bekalan air dari sungai, kolam, perigi atau laut. Dengan perkembangan teknologi, memudahkan manusia untuk terus mendapat manfaat daripada kemajuan tersebut. Bekalan saluran paip merupakan salah satu kemudahan yang diperolehi daripada teknologi.
 Manusia hanya perlu memutarkan kepala paip untuk mendapatkan air. Bahkan di negara-negara yang beriklim sejuk sederhana, bekalan air panas turut disediakan untuk memudahkan manusia memanaskan badan. Air bukan sahaja diperolehi daripada sungai, tasik, kolam atau terusan, tetapi turut menggunakan air laut. Proses penutrealan telah dilakukan di negara-negara yang kekurangan air tawar untuk memenuhi permintaan. Selain itu terdapat juga beberapa buah negara menjalani proses pengitaran air kumbahan untuk digunakan semula. Teknologi ini mencakupi pelbagai aspek segi sumber bekalan, takungan, saluran paip dan proses pengitaran. Sekiranya tidak terdapat peningkatan dalam kejuruteraan, bekalan air tidak dapat disalurkan ke kawasan kediaman seperti hari ini.
Air merupakan zat yang paling penting dalam kehidupan selepas udara. Tiga per empat bahagian dari tubuh kita terdiri dari air dan tidak seorang pun mampu bertahan hidup lebih dari 4-5 hari tanpa minum air. Air banyak digunakan untuk memasak, mencuci, mandi dan membersihkan kotoran yang ada disekitar rumah. Air juga digunakan untuk keperluan industri, pertanian, pemadam kebakaran, tempat rekreasi dan banyak lagi. Penyakit-penyakit yang menyerang manusia juga disebarkan melalui air.
Badan manusia secara puratanya terdiri dari 70% air . Ia memainkan peranan penting di dalam kebanyakkan fungsi badan seperti mengangkut nutrien dan menyingkirkan sisa kimia daripada badan. Air penting untuk fungsi penghadaman, membuang sisa toksin dalam tubuh, penyerapan, peredaran dan perembesan serta memanfaatkan vitamin larut air. Air juga faktor utama pengekalan suhu badan normal.


air-dan-prosentasenya1


Air perlu diganti secara berterusan kerana kita kehilangan 250ml air melalui pernafasan. Kita perlu meminum air sekurang-kurangnya 3L sehari bagi mengganti keperluan air yang hilang. Malangnya kita biasanya minum air sekadar untuk menghilangkan rasa haus semata bukan untuk mencukupkan keperluan air yang hilang hasilnya kita akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang ditandai dengan simptom seperti kehausan, nafas berbau, bibir merekah, kapanasan badan, sembelit, dehidrasi, pening, kurang daya tumpuan, keletihan dan meningkatkan risiko jangkitan buah pinggang.

Soalnya selamatkan air minuman kita?


Mengikut statistik yang dijalankan kira-kira 1.1 billion orang diseluruh dunia tidak mendapat air yang benar-benar bersih daripada bahan pencemar dan selamat untuk diminum. Setiap tahun hampir 5 juta manusia mati akibat penyakit yang berpunca daripada pencemaran air.


air-tercemar


Banyak faktor yang menyebabkan air tercemar antaranya termasuklah pencemaran daripada paip yang sudah berkarat. Paip besi yang bergalvani mempunyai jangka hayat perkhidmatan kira-kira 30-50 tahun. Kos penggantiannya amat mahal dan sangat merumitkan untuk dijalankan. Meskipun kerajaan kita telah berusaha untuk melakukan pelbagai cara bagi menangani pencemaran air namun paip air yang telah terhakis itu amat sukar untuk dielakkan. Cuba kita bayangkan paip air yang dah berpuluh tahun itu sudah tentu mempunyai kandungan karat yang amat tinggi!

air-tercemar-siapa-yang-menanggung

Faktor pencemaran menyebabkan semakin banyak air di bumi ini hilang bentuk eksogennya. Bahan kimia seperti klorin, racun pertanian dan perindustrian, alkohol, gas beracun, bahan radioaktif dan bermacam lagi merupakan punca utama. Bila bilangan molekul air eksogen dalam badan semakin berkurangan air akan cenderung mengganggu tindak balas kimia dalam sel badan kita dan seterusnya mengakibatkan penyakit. Oleh itu kualiti air yang bersih amat penting kerana ia mempengaruhi tahap kesihatan kita.

tangki-kotor

Dengan minum air yang bebas dari bahan tercemar, kita dapat mencegah dari dijangkiti penyakit berbahaya. Oleh itu, Penapis air yang berkualiti sangat penting di setiap kediaman dan tempat kerja kita. Pilihlah penapis air yang sesuai dengan baget dan keperluan kita.
Sumber :http://www.qdw.com.my/adakah-minum-air-yang-bersih-itu-satu-keperluan/ 

0 comments:

Post a Comment

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR