Agak sukar untuk menjaga kesihatan yang bagus dengan diuji berpuasa dengan cuaca yang panas terik. Tetapi stamina perlu tetap dijaga agar tidak dehidrasi atau jatuh sakit. Apakah cara yang terbaik untuk terus menjaga tubuh badan dengan keadaan tidak boleh makan dan minum? Ikuti tip untuk jaga kesihatan dengan melengkapkan tubuh badan dengan air yang cukup sepanjang berpuasa...
1. Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur
Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.
2. Minum Waktu Tidur
Peluang untuk minum ahnya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.
3. Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi
Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.
4. Elak Minum Banyak Ketika Berbuka
Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi puasa musim panas, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. membutuhkan asupan air lebih banyak saat makan sahur, dimana tubuh Anda selanjutnya tidak akan menerima asupan air untuk beberapa jam ke depan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah solusi yang tepat.
5. Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air
Tentu ramai yang sudah tahu bahawa kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah anda kebaikan daripada tindakan yang diamal? Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.
6. Bawa Air Ketika Keluar Malam
Sudat niat nak keluar malam macam pergi terawih atau cari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air.
Cadangan minum air ketika puasa:
1 gelas selepas berbuka dengan kurma
1 gelas selepas makan nasi
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas solat Terawikh
1 gelas setelah makan malam (kuih muih)
1 gelas sebelum tidur
1 gelas sebelum sahur
1 gelas selepas makan sahur
Ok, cara ini cukup 8 gelas air sehari walau anda berpuasa.
Nampak senang untuk lakukan, tetapi ramai yang tidak amalkan. Mungkin kerana tidak biasa dan kurang ambil tahu kesan tubuh badan yang kurang air. Jadi ramai yang abaikan. Ingat ya, sebelum jatuh sakit jangka masa panjang, lebih baik kita memilih jalan untuk menjaga kesihata
Sumber : http://www.mingguanwanita.my
0 comments:
Post a Comment