AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

JAMBATAN AIR YANG PALING MENAKJUBKAN DI DUNIA

Berikut adalah Jambatan Air Paling Menakjubkan. Jambatan air ini disebut juga Navigasi Saluran Air merupakan struktur jambatan saluran air menakjubkan yang dapat dilalui, dibina di atas sungai, lembah, jalur kereta api atau jalan. Jambatan saluran air yang boleh dilayari dibezakan berdasarkan saiz, kapal kecil atau perahu, dan manusia yang  boleh melalui saluran air tersebut.

Jambatan Air Paling Menakjubkan

Magdeburg Water Bridge, Jerman

Jambatan menakjubkan yang paling popular adalah Magdeburg Water Bridge di Jerman. Jambatan air ini merupakan yang terpanjang dan paling menakjubkan di dunia. Saluran air sebelum ini telah digunakan untuk membekalkan air ke bandar sejak berabad-abad, umumnya saluran air tersebut tidak digunakan untuk lalu lintas sehingga abad ke-17 apabila sistem saluran yang moden mula muncul.

Magdeburg Water Bridge (Jerman: Kanalbrücke Magdeburg) adalah navigasi saluran air di Jerman, dibuka pada bulan Oktober 2003 dan sebahagian daripada Magdeburg persimpangan saluran air. Ia menyambung saluran Elbe-Havel ke saluran Mittelland, melintasi Sungai Elbe. Jambatan air ini penting untuk diketahui menjadi navigasi saluran air terpanjang di dunia, dengan panjang  sekitar 918 meter (3.012 kaki).



Aqueduct Ringvaart Haarlemmermeer, Belanda

The Ringvaart (dikenali  sebagai Ringvaart of the Polder Haarlemmermeer) adalah sebuah terusan di kawasan utara Belanda. The Ringvaart (ertinya dalam bahasa belanda "saluran cincin") adalah sebuah saluran melingkar mengelilingi polder Haarlemmermeer dan membentuk batas kota Haarlemmermeer. Ringvaart juga merupakan nama dari tambak yang bersempadan dengan saluran ini.


Ringvaart digunakan untuk lalu lintas kapal komersial dan rekreasi. Sebahagian dari itu merupakan sebahagian daripada laluan pelayaran dari Hollands Diep ke IJsselmeer, sesuai untuk kapal yang mempunyai tiang-tiang melebihi daripada 6 meter (20 kaki). Dibina pada tahun 1961, sehingga menjadi saluran air tertua di Belanda. Pada tahun 2006, pembinaan selesai maka wujudlah dua bahagian baru. Saluran air baru panjangnya 1.8 kilometer (1.1 batu).


Pont du Sart Aqueduct, Belgium


Pont du Sart Aqueduct adalah saluran air yang melayari Centrumkanaal (saluran di Belgium barat) serta persimpangan antara N55 dan jalan N535 berhampiran bandar Houdeng-Goegnies. Bangunan konkrit ini mempunyai panjang 498 meter (1,600 kaki) dan lebar 46 meter (150 kaki). Pont du Sart Aqueduct seberat 65,000 tan dan disokong oleh 28 ruang konkrit, dengan diameter tiga meter (10 kaki).


Briare Aqueduct, Perancis


Briare Aqueduct adalah  saluran Lateral à la Loire di atas Sungai Loire pada perjalanannya menuju Sungai Seine di Perancis. Saluran air ini menggantikan sungai dan menghadap Terusan Briare yang berbahaya pada musim  banjir. Antara tahun 1896 hingga 2003 ia adalah  saluran air terpanjang di dunia sehinggalah kepada pembukaan Magdeburg Water Bridge, Jerman. 


Sumber : Terjemah daripada http://www.aura-ilmu.com/2013/04/Jembatan-Air-Yang-Paling-Menakjubkan-Di-Dunia.html

0 comments:

Post a Comment

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR