Air sumber utama dalam kehidupan manusia

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

Minum air secukupnya setiap hari

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

Gunakan air dengan bijak elakkan pembaziran

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

Air adalah hak manusia sejagat

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

Cintailah sungai kita...jauhi pencemaran

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

PENCEMARAN AIR

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.
Image result for PENCEMARAN AIR  Image result for PENCEMARAN AIR


KESAN PENCEMARAN AIR
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian sepertidisentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.

LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR
Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang.Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.
Sumber : http://pencemaran-pencemaran.blogspot.my/2010/08/pencemaran-air.html

PROSES RAWATAN AIR BERSIH

Proses Rawatan Air Bersih
Rawatan Air
Rawatan air merupakan proses membuang bahan cemar daripada air mentah bagi menghasilkan air yang selamat untuk digunakan manusia dari segi kimia dan bakteriologikal. Air juga perlu diterima dari segi estetiknya, bebas dari kekeruhan yang nyata, bau dan warna yang tidak menyenangkan. Loji rawatankonvensional meliputi proses-proses berikut:

Penyaringan
Pada permulaan, serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan bendasing yang terapung akan diasingkan melalui proses saringan. Selepas disaring, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap ke dasar.

Pengudaraan
Air mentah yang dipam dicampur dengan udara di ruang pengudaraan. Proses pengudaraan menghasilkan oksigen dari atmosfera bagi pengoksidaan besi dan mangan terlarut kepada bentuk tidak larut bagi tujuan menyingkirkannya. Proses ini juga membantu membuang rasa dan bau yang tidak menyenangkan.

Koagulasi dan Flokulasi 
Koagulan, lazimnya tawas ditambah bagi membentuk partikel mikroskopik di dalam air. Ia kemudiannya diadun dengan lembut bagi membolehkan partikel kecil di dalam air berlaga dan bergabung bagi membentuk kentalan yang boleh mendap.

Sedimentasi
Kentalan dibenarkan mengalir melalui tangki sedimentasi seseragam yang mungkin untuk suatu tempoh yang cukup panjang untuk membolehkannya mendap. Air yang jernih akan dikumpulkan dari bahagian atas.
Bagi kentalan yang ringan, proses yang berbeza akan digunakan. Gelembung udara minit digunakan di dalam proses ini. Kentalan akan melekat pada gelembung udara dan terapung ke atas. Air jernih akan dikumpulkan dari dasar tangki. Proses ini dinamakan Pengapungan Udara Terlarut.

Penapisan
Air yang telah mendap akan melalui penapis yang memerangkap partikel halus dan bakteria. Air yang bersih kemudiannya akan memasuki tangki air jernih. Penapis akan dicuci menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui kombinasi adunan udara dan air bagi memastikan kelancaran operasi.

Disinfeksi / Pelarasan pH
Air di dalam tangki jernih akan diinfeksi bagi menghapuskan mikroorganisma yang kekal di dalam air selepas proses penapisan. Klorin bergas atau kompaun klorin lazimnya digunakan untuk tujuan pembasmian kuman. Paras pH diselaraskan menggunakan kapur atau abu soda.

Tangki Air Jernih
Air yang telah dirawat akan dikumpul dan disimpan di dalam tangki air jernih bagi tujuan pengagihan.

 
Pengagihan Air
  • Takungan perkhidmatan
  • Tangki Imbangan
  • Stesen Pengepaman
Pengagihan Bekalan Air

Dari tangki air jernih di loji rawatan air, air terawat dipam melalui sistem saluran yang panjang bagi mengimbangi takungan dengan ketinggian yang mencukupi untuk pengagihan menggunakan graviti ke takungan perkhidmatan di dalam pelbagai pusat permintaan. Sistem pengepaman kedua akan digunakan bagi kawasan yang tidak dapat memanfatkan graviti bagi tujuan pembekalan air.

Sumber :http://www.saj.com.my/ 

MEMPROSES AIR BERSIH

Air yang keluar dari kepala paip di rumah tu asalnya tersangatlah kotor. Kalaulah kita tahu punca air yang diambil, mesti kita taknak minum walaupun air tu dah di masak. Ini adalah air yang diambil dari Sungai Selangor. Di Malaysia kebanyakkan air yang masuk ke logi rawatan warnanya lebih kurang macam ni la. Unit kekeruhan airdiukur dalam unit NTU. Bukan semua air boleh dirawat tau. Air yang boleh di rawat mestilah mempunyai NTU kurang dari 3000NTU. Kementerian kesihatan telah menetapkan air terawat mesti mempunyai bacaan NTU di bawah 5NTU. Itulah bacaan maksimum yang dibenarkan untuk air diagihkan ke rumah-rumah. Sesuatu yang membanggakan kita ialah air terawat dari Logi Rawatan Air Sg Selangor ni ialah 0.2 NTU. Bayangkanlah daripada 3000NTU air yang diperolehi di sungai nak dijadikan sehingga 0.2NTU. Prosesnya mestilah memakan belanja yang besar. Oleh itu mari kita tengok proses-proses yang terlibat.
Air yang diambil dari punca seperti sungai ini akan ditakung dan dibiarkan untuk menghilangkan bau, rasa, pengoksidaan serta mengasingkan iron dan manganase. Proses ini dinamakan Aerator.
Air ini kemudian akan dialirkan kepada 5 aliran. Dalam masa yang sama, bahan Lime (untuk mengawal PH ) dan alum (untuk pengogulan) dicampurkan. Proses ini adalah untuk memastikan keladak dan kotoran akan mendap. Bagi sesetengah logi yang berteknologi tinggi, penambahan microsand dan polimer digunakan bagi mempercepatkan lagi proses pemendakan. Cuba tengok gambar di bawah. Air yang keruh pada asalnya bertukar agak jernih dengan penambahan microsand (macam pasir). Lumpur yang berat akan mendap ke bawah, dan sampah-sampah ringan akan terapung. Buih-buih ni adalah sampah dan habuk yang ringan.
Selepas itu air yang bercampur pasir tadi akan ditapis. Penapis dibuat daripada pasir biasa setebal satu meter. Tak caya ke? percayalah! penapisnya adalah pasir biasa je.
Air bertapis kemudian akan dimasukkan ke dalam kawasan yang dinamakan Clear Water Tank. Di sini, air akan ditambah dengan lime untuk menstabilkan pH diantara 6.5-9pH.
 
Tengoklah air yang dihasilkan di sini. Air yang pada mulanya keruh bertukar menjadi jernih. Sangat teruja untuk mandi dan berenang-renang di dalamnya.
Air yang jernih ni akan ditambah dengan klorin dan florida. Klorin adalah bahan yang perlu untuk membunuh kuman dan bakteria manakala florida untuk menguatkan tulang dan gigi. Air yang telah dirawat akan disalurkan ke kolam takungan sebelum disalurkan ke seluruh penduduk Lembah Kelang, Selangor dan Putrajaya.
Sebenarnya ada proses yang lebih penting dalam rawatan air. Proses membuat ujikaji. Ujikaji dibuat di dalam makmal bagi menentukan berapa bahan yang saya sebutkan tadi macam alum, microsand, klorin, flourida diperlukan dalam proses rawatan tersebut. Simulasi juga digunakan di dalam makmal untuk mendapatkan formula bahan tersebut untuk setiap kali proses rawatan. Bukan semua proses rawatan boleh letak bahan yang sama banyak. Ia bergantung kepada kekeruhan air yang diperolehi di sungai. Gambar kat bawah ni adalah simulasi pemprosesan air di dalam makmal.
Proses ni saya pelajari semasa membuat lawatan di Logi Rawatan Air Sg Selangor tempoh hari. Sedikit ilmu dan pengalaman dalam pemprosesan air ni bagus juga kalau dapat dikongsi. Kalau ada adik-adik nak buat asigmen berkenaan dengan proses rawatan air boleh la guna. Semoga bermanafaat untuk semua.
Sumber : http://www.cikguhairul.com/cara-memproses-air-bersih/

AIR SUAM VS AIR SEJUK - ANTARA PETUA DAN KEBAIKAN KESIHATAN

air suam untuk kesihatan Air Suam vs Air Sejuk   Antara Petua dan Kebaikan Kesihatan


Kenapa perlu minum air suam? Ramai yang menyangka tabiat minum air suam hanya petua atau cerita daripada ‘orang tua-tua’ sahaja. Tetapi, pengamal penjagaan kesihatan juga memang berpendapat bahawa minum air suam menyumbang kepada kehidupan dan kesihatan yang lebih baik. Jadi adakah mengamalkan meminum air suam hanyalah petua orang-orang tua?Adalah baik mengamalkan meminum air suam semasa perut kosong di waktu pagi…cuba amalkan



Kepentingan Air
 Meminum air yang secukupnya merupakan satu langkah penting untuk mengelakan berlakunya dehidrasi badan, satu langkah penting dalam kehidupan seharian untuk mencapai tahap kesihatan yang optimal. Jadi adalah penting untuk anda memastikan tubuh anda mendapatkan air yang secukupnya.
Mengamalkan meminum air diwaktu pagi pula dapat membantu anda meningkatkan metabolisma badan. Manakala mengamalkan meminum air yang secukup pada hari tersebut akan membantu mengimbangi metabolisma badan anda sebaik mungkin.
Jika anda mengamalkan meminum air yang secukup dan air yang diminum pula merupakan air suam, maka ia mempunyai beberapa kebaikan tambahan.
Artikel ini cuba melihat kebaikan mengamalkan meminum air suam, pastikan anda menghabiskannya – Air Suam vs Air Sejuk – Antara Petua dan Kebaikan Kesihatan.

Air Sejuk (Berais) 

“Minum air sejuk mungkin boleh beri kepuasan bagi menghilangkan dahaga. Penat berkerja atau selepas bersenam anda tentu akan meminum air sejuk untuk menghilangkan dahaga seharian.
Mereka yang minum air sejuk sebenarnya akan minum lebih banyak air kerana air sejuk rasanya lebih sedap dan lebih memuaskan.
Itu tidak dapat dinafikan, air sejuk sememangnya menjadi pilihan selepas waktu bersenam dan untuk menghilangkan dahaga. Namun adakah mengamalkan meminum air sejuk berais baik untuk badan? Apa pula kesan mengamalkan meminum air sejuk?
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh ahli sains dan pakar pemakanan. Amalan meminum air sejuk mempunyai beberapa keburukan, antaranya ialah:

Air Sejuk Sebenarnya Tidak Baik Untuk Kesihatan 

“Ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan.
“Kesukaran mencerna lemak dalam badan selanjutnya akan menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan. Ini sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.
Minum air sejuk atau yang mempunyai ketulan ais adalah tidak sebaik minum air biasa dari segi hidrasi badan.
Teorinya adalah, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.

Air Suam vs Air Sejuk – Mana Lebih Baik 

Ada pengkaji bidang perubatan yang mempunyai pandangan berbeza tentang sama ada minum air sejuk lebih baik daripada minum air suam terutama selepas melakukan senaman.
“Ada doktor yang menyarankan minum air biasa adalah lebih baik daripada minum air sejuk kerana badan terpaksa mengeluarkan tenaga lebih untuk memanaskan air sejuk ini ke tahap suhu badan, menyebabkan terjadinya kehilangan air dari badan.
“Tetapi ada juga doktor yang menyatakan bahawa selepas aktiviti senaman yang cergas, minum air sejuk akan mudah menyejukkan badan jika dibandingkan dengan air suam.
Bila air sejuk melalui sistem dalam badan, ia mengentalkan lelemak makanan yang baru atau sedang dimakan.
Ini menyebabkan penghadaman serta penyerapan makanan lebih sukar selain dari membuang apa yang tidak perlu dari badan.
Tetapi jika ditukar air sejuk kepada air suam atau panas (seperti teh atau kopi), air yang suam itu akan membantu mencairkan lelemak dalam makanan yang diambil dan memudahkan pencernaan.

Kebaikan Mengamalkan Air Suam 

Bangun pagi banyakkan meminum air suam. Itu antara pesanan orang-orang tua, seringkali didengari kita dahulu. Mengamalkan meminum air suam mempunyai beberapa kebaikan, antaranya ialah:
“Mengamalkan meminum air suam secara berterusan akan membantu membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta mengurangkan risiko salur darah tersumbat. Ini baik sekiranya anda sedang mengamalkan program perlangsingan badan atau semasa anda diet.
“Jika kita tukar air sejuk yang diminum dengan air suam seperti minuman teh, kopi atau herba, lemak dalam makanan akan kekal cair dan lebih mudah bagi serapan serta pengeluaran dari badan.
Kalau hendak bantu seseorang yang tengah demam panas, jangan guna air sejuk tetapi gunakanlah air yang agak suam.
Air suam baik untuk anak-anak yang demam di rumah. Beri anak anda air suam, kurangkan pengambilan air sejuk. Ini kerana air yang sejuk sebenarnya boleh merangsang dan menaikkan suhu badan. Jika mereka yang demam minum air sejuk, badan mereka akan jadi ‘kesejukan’. Jadi air suam adalah pilihan yang baik.
Minum air suam juga boleh menenang dan merelakskan badan. Selain itu air suam juga baik untuk kesihatan perut anda.

Kebaikan Air Suam – Apa Kata Anda 

Sebenarnya apa yang lebih penting di sini ialah anda mengamalkan meminum air yang secukupnya untuk badan anda, tidak kira sama ada anda mengamalkan meminum air sejuk atau air suam. Namun mengamalkan meminum air suam adalah lebih baik untuk tubah badan dan kesihatan anda. Ini kerana air suam mempunyai pelbagai faedah kesihatan yang amat diperlukan oleh anda.

Sumber : http://baca-blogspot.blogspot.my/2012/09/air-suam-vs-air-sejuk-antara-petua-dan.html

FUNGSI AIR BAGI TUBUH

Air merupakan sumber kehidupan pertama bagi manusia, selain haiwan dan tumbuhan tentunya. Banyak sekali manfaat yang  di berikan oleh air untuk tubuh manusia, diantara penjelasannya sebagai berikut :


Air Bekerja Dengan Ajaib
Bila Anda minum banyak air bersih dan jernih, maka hal tersebut akan membantu meningkatan kesihatan anda, di mana para pengkaji mendapati, makin hari makin banyak keuntungan dengan minum air dalam jumlah yang cukup bagi kesihatan, termasuk:


Pencernaan dan metabolisme yang lebih baik
Minum air dalam jumlah yang cukup menjadikan baik untuk pencernaan mahu pun metabolisme dapat bekerja pada kapasiti maksima.  Faktanya, penelitian terbaru dari University of Utah menyatakan bahawa kekurangan air dapat menyebabkan menurunnya metabolisme.



Memperbaiki kemampuan dan daya tahan tubuh
Anda akan mampu bekerja lebih keras/berat bila mendapatkan air yang cukup.  Sebagai tambahan, air dapat memperkuat daya tahan tubuh anda.  Kerana air dapat menaikkan simpanan glycogen, suatu bentuk dari karbohidrat yang tersimpan dalam otot dan digunakan sebagai energi saat anda bekerja.


Tahan lapar
Rasa lapar kadang merupakan penyamaran dari rasa haus.  Sewaktu anda mengalami dehidrasi (kekurangan air) anda mungkin merasa ingin makan padahal yang anda inginkan sebenarnya adalah air.  Anda juga dapat memanfaatkan kesan rasa kenyang dari minum air untuk mencegah makan berlebihan.


Mengurangi risiko terhadap beberapa macam penyakit
Para peneliti pada masa kini meyakini bahawa cairan atau tepatnya air dapat berperanan aktif dalam mengurangi risiko terhadap beberapa penyakit seperti: batu ginjal, kanser saluran kencing, kanser kandung kemih, dan kanser usus besar (colon).  Minum cukup air dapat pula menghindari sembelit.


Senjata ampuh melawan masuk angin atau pilek
Antibodi dalam lendir yang melapisi kerongkongan berfungsi untuk menjerat virus.  Daya tahan ini akan melemah apabila anda kekurangan air kerana akan menyebabkan lendir mengering.  Sebagai catatan banyak ahli kesihatan mencadangkan air sebagai sumber yang efektif untuk mengurangi batuk.


Pelembab wajah paling ampuh
Dengan minum banyak air membantu kulit anda tetap kenyal dan kejap serta mengurangi garis-garis dan kerut pada wajah.


Menangkal rasa letih akibat melakukan perjalanan
Udara panas dapat menyebabkan anda kekurangan air dan akan menimbulkan rasa letih pada saat dan setelah perjalanan.  Minumlah banyak air sebelum melakukan perjalanan dan satu gelas tiap jam perjalanan anda.


Mengatasi migrain/sakit kepala
Para peneliti menyatakan bahwa kekurangan air dapat mengakibatkan migrain/sakit kepala, jadi bila anda sering mengalami migrain adalah sangat penting untuk minum air dalam jumlah yang cukup.


Sedangkan Fungsi Air yang utama adalah :
  1. Membentuk sel-sel baru, memelihara dan mengganti sel-sel yang rosak.
  2. Melarutkan dan membawa nutrisi-nutrisi, oksigen dan hormon ke seluruh sel tubuh.
  3. Melarutkan dan mengeluarkan toksid dan racun dari dalam tubuh kita
  4. Membantu dalam metabolisme tubuh
  5. Peregang bagi sendi-sendi
  6. Menstabilkan suhu tubuh
Sumber : http://airkumalaysia.blogspot.my/

EMPANGAN TEMENGGOR DAN SEJARAHNYA

Image result for empangan temenggor  Image result for empangan temenggor
Pada hari ini dalam tahun 1979, KBDYMM Sultan Perak, Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah berkenan merasmikan projek Hidro Elektrik Temenggor ketika dalam siri lawatan ke daerah hulu Perak sempena perayaan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-55. Turut sama dalam upacara perasmian itu ialah Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh; Menteri Tenaga Telekom dan Pos, Encik Lep Moggie dan wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan.  Projek yang berharga RM 340 juta ini terletak di hulu Sungai Perak mengandungi sebuah empangan batu tambun setinggi 415 kaki.  Empangan ini dapat menyumbang sebanyak 348 MW dan menghasilkan tenaga sejumlah 900 juta unit setahun. Selain daripada mengeluarkan tenaga elektrik, empangan ini juga berfungsi menghindarkan berlakunya banjir akibat limpahan air Sungai Perak. Melalui projek ini juga, seramai 124 keluarga penduduk asal Kampung Temenggor yang merupakan satu kampung pedalaman serba kekurangan telah menikmati kehidupan yang lebih baik dalam rancangan perpindahan di Kampung Ganda Temenggor dengan memperoleh kemudahan yang diperlukan. Projek ini merupakan antara  usaha gigih Lembaga Letrik Negara (LLN) untuk membangunkan potensi hidro-elektrik di Malaysia Barat.

Sumber : Wikipedia

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR