AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

MEMPROSES AIR BERSIH

Air yang keluar dari kepala paip di rumah tu asalnya tersangatlah kotor. Kalaulah kita tahu punca air yang diambil, mesti kita taknak minum walaupun air tu dah di masak. Ini adalah air yang diambil dari Sungai Selangor. Di Malaysia kebanyakkan air yang masuk ke logi rawatan warnanya lebih kurang macam ni la. Unit kekeruhan airdiukur dalam unit NTU. Bukan semua air boleh dirawat tau. Air yang boleh di rawat mestilah mempunyai NTU kurang dari 3000NTU. Kementerian kesihatan telah menetapkan air terawat mesti mempunyai bacaan NTU di bawah 5NTU. Itulah bacaan maksimum yang dibenarkan untuk air diagihkan ke rumah-rumah. Sesuatu yang membanggakan kita ialah air terawat dari Logi Rawatan Air Sg Selangor ni ialah 0.2 NTU. Bayangkanlah daripada 3000NTU air yang diperolehi di sungai nak dijadikan sehingga 0.2NTU. Prosesnya mestilah memakan belanja yang besar. Oleh itu mari kita tengok proses-proses yang terlibat.
Air yang diambil dari punca seperti sungai ini akan ditakung dan dibiarkan untuk menghilangkan bau, rasa, pengoksidaan serta mengasingkan iron dan manganase. Proses ini dinamakan Aerator.
Air ini kemudian akan dialirkan kepada 5 aliran. Dalam masa yang sama, bahan Lime (untuk mengawal PH ) dan alum (untuk pengogulan) dicampurkan. Proses ini adalah untuk memastikan keladak dan kotoran akan mendap. Bagi sesetengah logi yang berteknologi tinggi, penambahan microsand dan polimer digunakan bagi mempercepatkan lagi proses pemendakan. Cuba tengok gambar di bawah. Air yang keruh pada asalnya bertukar agak jernih dengan penambahan microsand (macam pasir). Lumpur yang berat akan mendap ke bawah, dan sampah-sampah ringan akan terapung. Buih-buih ni adalah sampah dan habuk yang ringan.
Selepas itu air yang bercampur pasir tadi akan ditapis. Penapis dibuat daripada pasir biasa setebal satu meter. Tak caya ke? percayalah! penapisnya adalah pasir biasa je.
Air bertapis kemudian akan dimasukkan ke dalam kawasan yang dinamakan Clear Water Tank. Di sini, air akan ditambah dengan lime untuk menstabilkan pH diantara 6.5-9pH.
 
Tengoklah air yang dihasilkan di sini. Air yang pada mulanya keruh bertukar menjadi jernih. Sangat teruja untuk mandi dan berenang-renang di dalamnya.
Air yang jernih ni akan ditambah dengan klorin dan florida. Klorin adalah bahan yang perlu untuk membunuh kuman dan bakteria manakala florida untuk menguatkan tulang dan gigi. Air yang telah dirawat akan disalurkan ke kolam takungan sebelum disalurkan ke seluruh penduduk Lembah Kelang, Selangor dan Putrajaya.
Sebenarnya ada proses yang lebih penting dalam rawatan air. Proses membuat ujikaji. Ujikaji dibuat di dalam makmal bagi menentukan berapa bahan yang saya sebutkan tadi macam alum, microsand, klorin, flourida diperlukan dalam proses rawatan tersebut. Simulasi juga digunakan di dalam makmal untuk mendapatkan formula bahan tersebut untuk setiap kali proses rawatan. Bukan semua proses rawatan boleh letak bahan yang sama banyak. Ia bergantung kepada kekeruhan air yang diperolehi di sungai. Gambar kat bawah ni adalah simulasi pemprosesan air di dalam makmal.
Proses ni saya pelajari semasa membuat lawatan di Logi Rawatan Air Sg Selangor tempoh hari. Sedikit ilmu dan pengalaman dalam pemprosesan air ni bagus juga kalau dapat dikongsi. Kalau ada adik-adik nak buat asigmen berkenaan dengan proses rawatan air boleh la guna. Semoga bermanafaat untuk semua.
Sumber : http://www.cikguhairul.com/cara-memproses-air-bersih/

1 comments:

  1. Sebab itu kita perlukan air filtration untuk kegunaan seharian.

    ReplyDelete

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR