AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

EMPANGAN KENYIR DAN SEJARAHNYA


Gambar menunjukkan Empangan Kenyir beserta dengan Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud pada tahun 1989.


Sungai Terengganu pada asalnya sepanjang 65.5 km sebelum berpecah kepada cabang-cabang lain terutamanya cabang Sungai Kerbat, Sungai Terenggan, Sungai Jajin dan puluhan anak-anak sungai lain antaranya Sungai Cacing, Sungai Belimbing dan Sungai Perepek. Kawasan ini membentuk tadahan utama yang membekalkan aliran air Sungai Terengganu.

Sungai Terengganu dahulunya dalam dan deras airnya hasil daripada tadahan dan luruan air dari pelbagai anak sungai. Batang harinya tersekat di Jeram Kelemang, menghalang kapal dan perahu besar dari mudik terus ke hulu. Jeram Kelemang menjadi tempat peralihan dari perahu besar ke perahu kolek ke hulu, perahu setak, dan perahu jalur untuk terus ke kawasan hulu.

Menyedari potensi kawasan ini, kawasan ini telah dijadikan tasik jadian iaitu Tasik Kenyir, menenggelamkan seluas 38, 000 hektar, membentuk 340 buah pulau. Pembinaan empangan ini dimulakan pada tahun 1978 dan siap pada tahun 1986. Tinggi empangan adalah 150 meter daripada dasar asal sungai sehingga ke puncak. Banjir besar terakhir melanda lembangan Sungai Terengganu adalah pada tahun 1986.

Fungsi Empangan Kenyir dalam mengawal jumlah air di Sungai Terengganu amat besar. Sebelum pembinaan empangan berkenaan, banjir menghanyutkan harta benda di lembangan Sungai Terengganu dan hanyut sehingga ke pantai di sekitar muka kuala. Daripada haiwan ternakan, sehingga kepada perkakasan rumah, semuanya dihanyutkan dan terdampar di pantai sekitar Kuala Terengganu.

Temuramah dengan penduduk sekitar Ladang Mengabang menceritakan banjir membawa satu aktiviti sampingan bagi mereka pada zaman kanak-kanak, mencari perkakasan berharga dan yang dapat digunakan yang terdampar di Pantai Batu Buruk. Bukan sahaja barangan, bahkan binatang seperti ayam dan itik juga pernah didapati. Selain itu juga, pohon kayu yang hanyut juga membawa damar yang digunakan oleh mereka untuk sumber pembakaran.

Setelah berakhirnya musim banjir, laut akan membersihkan semula pantai, dan pantai kembali kepada keadaan asalnya. Sekiranya Empangan Kenyir tidak wujud, kita pasti akan menyaksikan lagi amukan air banjir musim tengkujuh daripada lembah hulu Sungai Terengganu, menenggelamkan kawasan tanah pamah Dataran Terengganu.

Bagaimanapun, Empangan Kenyir juga didakwa memberikan kesan terhadap muka bumi dan garis pantai di sekitar kuala sungai. Hakisan yang teruk melanda kawasan Pantai Teluk sehingga ke Tanjung Batu satu dalam lingkungan 2 dekad sebelum ini didakwa akibat kurangnya kuasa sungai melawan arus laut yang meluru masuk ke muka kuala, menghakis kawasan pantai dan merosakkan garis pantai asal.

Fungsi Empangan Kenyir dalam mengawal aliran sungai dan memberikan aset kepada Terengganu secara keseluruhannya tidak dapat dinafikan lagi dan binaan ini menjadi kebanggaan kepada warga Terengganu sebagai satu bukti kejayaan bahawa ketamadunan memberikan manafaat kepada manusia keseluruhannya

Sumber : http://ganutalgia.blogspot.my/2014/11/empangan-kenyir-sejarah-ringkas-serta.html

0 comments:

Post a Comment

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR