APABILA disebut perkhidmatan pembetungan dan pengurusan sisa kumbahan, mungkin ramai di luar sana yang masih memandang remeh tentang kepentingan perkhidmatan pengurusan sisa kumbahan walaupun ia setanding perkhidmatan utiliti lain seperti bekalan air dan tenaga elektrik. Mungkin disebabkan tidak ramai yang mahu mengambil tahu ke mana sisa kumbahan yang dilepaskan dari rumah masing-masing sama ada diproses dan dirawat atau terus dihanyutkan...