AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

SALIRAN LONGKANG TAK EFISIEN PUNCA BANJIR KILAT


PENUNGGANG motosikal terpaksa menolak motornya untuk melintasi takungan air yang melimpah di Jalan Maarof, Bangsar, semalam. - Foto Hafiz Sohaimi
PUTRAJAYA: Sistem saliran longkang jalan tidak efisien sehingga menyebabkan aliran air tersekat menjadi antara faktor berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara semalam.

 Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata saiz pembetung dalam longkang yang kecil tidak dapat menampung kapasiti air sekali gus menyebabkannya melimpah kerana bacaan hujan di kawasan terbabit mencecah sehingga 140 milimeter (mm) semalam berbanding kebiasaan 70 mm. 

Selain itu, katanya kawasan banjir kilat itu juga berada di luar kawasan terowong SMART, justeru itu arah aliran air tidak menghala ke terowong berkenaan. "Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut memaklumkan ketika kejadian paras air Sungai Klang di ibu negara belum berada pada paras maksimum iaitu dengan lebihan kapasiti lebih satu meter. "Jadi sungai penuh bukan penyebab kepada banjir kilat yang berlaku semalam. 

Justeru, sebagai penyelesaian jangka pendek, sistem saliran sedia ada di kawasan yang terbabit perlu didalamkan dan kerja penyelenggaraan perlu dijalankan dengan lebih kerap. "Bagi penyelesaian jangka panjang sistem saliran di kawasan yang berkenaan perlu dinaik taraf oleh pihak yang berkaitan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Sebagai langkah awal, Wan Junaidi berkata, JPS di setiap negeri diberi masa seminggu untuk melengkapkan laporan mengenai sistem saliran longkang sebelum dibentangkan bagi merangka perancangan jangka pendek dan panjang mengatasi masalah banjir kilat. Semalam, ratusan kenderaan terperangkap dan banjir kilat yang melanda beberapa laluan di ibu negara susulan hujan lebat. 

Antara laluan yang terjejas teruk adalah di Jalan Semantan, Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta), Jalan Bangsar dan Jalan Pudu (hadapan Hospital Tung Shin), Jalan Pantai Dalam, Jalan Lingkungan Budi dan hadapan pintu masuk kampus Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. 

ANTARA kenderaan yang terperangkap dalam banjir kilat di Kuala Lumpur, semalam. - Foto ihsan pembaca

0 comments:

Post a Comment

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR