AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

KE ARAH MEREALISASIKAN PENGURUSAN LEMBANGAN SUNGAI BERSEPADU DI ~ MALAYSIA


SUNGAI - SUATU ANUGERAH TUHAN!  

Malaysia mempunyai beberapa sungai yang paling cantik di dunia. Terdapat kira-kira 150 sistem sungai di Semenanjung Malaysia dan 50 lagi sistem sungai di Sabah dan Sarawak. Sejak permulaan tamadun, sungai telah memainkan peranan penting dan utama dalam membentuk dan mempengaruhi pembangunan negara dan budaya penduduknya.  Hampir-hampir semua bandar utama di Malaysia terletak di tepi sungai.  Penempatan terawal adalah bersebelahan dengan tebing sungai di hulu Sungai Perak dalam sebuah perkampungan kecil di Luat, Perak. Dapatan arkeologi juga telah mendedahkan bahawa masyarakat telah wujud di kawasan hulu Sungai Perak ini lebih daripada 30,000 tahun yang lalu. Jalan Penarikan pada awal abad kedua belas, juga dikenali sebagai Golden Chersonese, merupakan salah satu laluan perdagangan paling awal yang wujud di sepanjang sungai-sungai di semenanjung.  Kuala Lumpur telah didirikan di pertemuan (kuala) Sungai Klang dengan Sungai Gombak. Selain warisan bersejarah yang terkemuka ini, sungai-sungai di Malaysia juga telah menyediakan satu cara pengangkutan, membantu mewujudkan pelabuhan dan bandar, membuka daerah pedalaman, memberi kehidupan kepada penduduk tepi sungai, membawa para peneroka baru ke pendalaman, mengairi tanah, menjana kuasa hidro, dan mempengaruhi budaya dan tradisi manusia. Sungai-sungai di Malaysia, berkongsi beraneka jenis flora dan fauna, juga menawarkan peluang rekreasi yang sangat hebat.

PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR SUNGAI  


Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dipacu pula baru-baru ini oleh Wawasan 2020, Malaysia sedang berkembang dengan pantas daripada ekonomi yang berasaskan pertanian/komoditi mentah - balak, getah, timah dan minyak sawit ke dalam ekonomi perindustrian dan pembuatan. Pada masa ini, pembuatan dan pembinaan merupakan rangsangan utama terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Sektor perindustrian membentuk lebih kurang 46% KDNK sementara bahagian untuk sektor pertanian telah jatuh kepada sekitar 13%. Pertumbuhan pesat yang berterusan melalui pembangunan tanah, pembandaran dan pengindustrian sentiasa  memberikan kesan terhadap alam sekitar. Sungai tidak akan terlepas daripada kesan pembangunan sedemikian. Masalah yang biasanya dikaitkan dengan sungai ialah:

Kekurangan AirTerletak di kawasan tropika lembap, Malaysia lazimnya dikurniakan dengan curahan hujan yang agak banyak dalam 3000 mm setahun (kira-kira 990 juta m padu), dengan larian permukaan sekitar 57%. Walau bagaimanapun, taburan dan variasi musim, mengikut batas waktu dan ruang, menyebabkan sesetengah kawasan sekali sekala mengalami kekurangan air. Enam puluh peratus (60%) hujan jatuh di antara bulan November dengan bulan Januari setiap tahun. Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Malaysia kebelakangan ini, bersama-sama kejadian kemarau berkala yang berpanjangan telah membawa masalah ketidakseimbangan air kepada perhatian yang lebih berat, khususnya bagi pembangunan yang tertumpu di kawasan ‘tegasan air’. Terdapat lebih ramai manusia daripada bilangan yang dapat ditampung oleh lembangan sungai di beberapa kawasan. Krisis air tahun 1998 yang melanda Lembah Klang merupakan suatu contoh yang baik. Keperluan air semakin meningkat. Penggunaan air menjelang tahun 2020 diunjurkan akan bertambah daripada 15.5 BCM sekarang kepada lebih kurang 20 juta BCM.

  • Banjir

    Malaysia berada di dalam zon khatulistiwa dengan iklim yang dipengaruhi oleh monsun timur laut dan monsun barat daya yang bersilih ganti. Monsun timur laut berlaku dari pertengahan bulan November hingga bulan Mac dengan membawa hujan lebat dan banjir, melanda terutamanya di pantai timur Semenanjung Malaysia. Kawasan pantai barat agak terlindung daripada monsun barat daya oleh pulau Sumatera. Dianggarkan kira-kira 29 000 km. persegi atau 9% daripada jumlah keluasan tanah di negara ini terdedah kepada pembanjiran, menjejaskan kira-kira 2.7 juta orang. TKerosakan banjir tahunan purata dianggarkan kira-kira RMl00 juta pada tingkat harga tahun 1982 (Kajian Sumber Air Kebangsaan, 1982). Dengan kadar pengindustrian dan pembandaran yang begitu pantas, kejadian banjir kilat di kawasan bandar dan sepanjang lebuh raya juga sedang meningkat.
  • Pencemaran Sungai dan Air 

    Sungai di puncanya adalah tidak tercemar tetapi selepas kegunaan manusia, air menjadi keruh. Kemerosotan kualiti air sungai disinonimkan dengan pembangunan dan adalah akibat pencemaran daripada punca titik dan juga punca bukan titik.  Daripada data disusun oleh Jabatan Alam Sekitar, arah aliran keseluruhan menunjukkan kemerosotan yang perlahan namun tetap dari segi kualiti air sungai-sungai di seluruh negara.  Daripada 116 sungai dipantau, 42 dikadarkan sebagai bersih, 61 sedikit tercemar dan 13 tercemar. Dari segi pencemaran logam berat, 55 sungai telah didapati melebihi had maksimum 0.001 mg/l untuk kadmium, 44 sungai melebihi had besi sebanyak 1.00 mg/l, 36 sungai melebihi had plumbum 0.01 mg/l dan 24 sungai melebihi had raksa 0.0001 mg/l. Punca utama pencemaran air organik ialah kumbahan domestik dan industri, efluen dari kilang minyak sawit, kilang getah dan penternakan. Operasi perlombongan, perumahan dan pembinaan jalan, pembalakan dan pembersihan hutan adalah sebab-sebab utama kepekatan yang tinggi dalam enapan terampai di bahagian hilir sungai-sungai.  Di beberapa kawasan bandar dan perindustrian, pencemaran air organik telah mengakibatkan masalah alam sekitar dan menjejaskan kehidupan akuatik.  IDi Lembah Klang sahaja, dianggarkan 50-60 tan sisa dibuang ke dalam sistem sungai setiap hari.
  • River Sedimentation 

    Sungai-sungai Malaysia di bahagian yang lebih rendah dicirikan oleh beban kelodak yang berat terutamanya selepas hujan lebat.  Di kawasan bandar, ini adalah akibat langsung daripada pembersihan tanah yang meluas untuk projek-projek seperti perumahan, industri dan lebuh raya dan hakisan yang teruk selepas itu yang disebabkan oleh hujan lebat.  Kajian telah menunjukkan bahawa dalam kawasan yang diperbandarkan, 90% daripada beban enapan sungai berasal dari tanah yang dibuka untuk pembinaan. Di Lembah Klang, purata hakisan dianggarkan 2950 tan/km persegi/tahun untuk seluruh kawasan tadahan itu yakni kehilangan tanah kira-kira 3 mm setahun. Lebih kurang 1 juta meter padu kelodak dialihkan dari Sungai Klang setiap tahun. Di beberapa kawasan huluan sistem tadahan Sg. Batu, kadar hakisan yang teruk sehingga 50,000 tan/km persegi/tahun telah dianggarkan. Angka-angka ini adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan kadar untuk tadahan hutan yang tidak terganggu dengan hanya sekitar 100 tan/km persegi/tahun.

  • Setinggan


    Kehadiran setinggan di dalam rizab sungai memudaratkan sungai dengan pelbagai cara. TKawasan setinggan ini tidak disediakan dengan kumbahan dan kemudahan pelupusan sampah yang sesuai.  Oleh sebab itu, kebanyakan kumbahan dan air endapan keladak yang dijana di dalam kawasan itu mengalir terus ke dalam sungai. Lembah Klang sebagai contoh, menurut kajian yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan DBKL pada tahun 1997 dan 1998, dianggarkan penduduk setinggan yang terdapat di Lembah Kelang berjumlah kira-kira 300,000 orang dengan 130,000 tinggal di Wilayah Persekutuan dan 170,000 di Selangor. Daripada jumlah ini, dianggarkan antara 20,000-40,000 penduduk setinggan menduduki rizab sungai. Andaikan penggunaan purata sebanyak 150 l/seorang sehari, jumlah air endapan keladak dan kumbahan yang dijana oleh setinggan yang disalurkan terus ke dalam Sungai Kelang dianggarkan 4.5 juta liter sehari. Perkara yang sama berlaku terhadap pengurusan sisa pepejal di dalam kawasan setinggan. Lazimnya, perkara ini amat tidak terurus dan sampah biasanya dilupuskan di kawasan buang sampah di tebing sungai dan akhir masuk ke dalam sungai.

MENGEMBALIKAN ALAM SEMULA JADI KEPADA SUNGAI

Dalam menghambat pembangunan, tanah lembap ditebus guna untuk pertanian; hutan ditebang untuk perumahan, industri, atau lebuh raya baru; sungai dilencongkan atau dibendung untuk penjanaan kuasa hidro; dan banyak sungai digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk melupuskan sisa. Lama kelamaan kesan kumulatif tindakan sedemikian mula dirasai dengan kerosakan alam sekitar.  Alam semula jadi telah dianggap sebagai sesuatu yang kita boleh uruskan dan kawal dan penyelesaian ad hoc biasanya diambil untuk menangani isu setelah ia timbul. Sebagai contoh, air ribut sepatutnya disalurkan ke kawasan terbuka untuk membolehkan penyusupan semula jadi dan pengisian semula sungai secara perlahan-lahan, tetapi 'penyelesaian cepat' sekarang ini adalah bertujuan untuk melencongkan atau mengalihkan air melalui sistem perparitan yang disambungkan ke sungai yang berdekatan dengan cepat. Dalam melakukan demikian, masalah dari suatu tempat biasanya dipindahkan ke tempat lain. Untuk mencegah kemerosotan lanjut terhadap alam sekitar sungai, pendekatan yang lebih inovatif dan komprehensif diperlukan bertujuan untuk mengembalikan alam semula jadi kepada sungai. Untuk menjayakan ini, beberapa isu atau unsur penting mestilah diketengahkan sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1 di bawah ini:

Perundangan Malaysia Malaysia bukan sahaja kaya dengan air, malah juga kaya dengan undang-undang air. Terdapat lebih kurang 40 undang-undang Persekutuan yang berkaitan dengan tanah dan air. Apabila dijumlahkan undang-undang yang berkaitan, Malaysia mempunyai lebih daripada 100 undang yang berkaitan dengan air atau sungai. Undang-undang ini pada amnya mentadbir penggunaan dan bukannya perlindungan sumber. Maka, percanggahan dan pertindihan selalu timbul. Ada juga isu perbalahan antara bidang kuasa Persekutuan dengan Negeri yang perlu ditangani.  Oleh itu, timbul keperluan terhadap undang-undang air/sungai yang lebih komprehensif dan kontemporari dan proses ini diakui akan memakan masa yang lama.

Penguatkuasaan 

Undang-undang yang ada banyak lompang dan pertindihannya, terdapat juga banyak agensi dan jabatan yang terlibat dalam menangani fungsi bersektor yang berpecah-pecah. TKekurangan sumber untuk menjalankan penguatkuasaan adalah perkara biasa. Denda adalah tidak memadai dan kemahuan politik biasanya menghampakan.

Pihak Berkuasa Lembangan Sungai (RBA)
 

Seperti yang huraikan di awal tadi, undang-undang dan institusi yang berpecah-belah dan kekurangan bidang kuasa yang jelas telah menjadi halangan yang nyata kepada pembangunan dan pengurusan sumber yang mampan. TJelas kita memerlukan suatu institusi, seperti pihak berkuasa lembangan sungai (RBA-River Basin Authority) yang boleh menyepadukan dan menyelaras aktiviti di dalam lembangan sungai. Usaha ke arah tujuan ini telah pun dimulakan oleh Negeri Selangor dengan kelulusan rang undang-undang air yang kontemporari baru-baru ini yang menerima pakai konsep IRBM untuk pihak pengurusan sungai. Hasilnya, kebanyakan undang-undang yang berpecah-pecah dahulu juga telah dimansuhkan. Di bawah enakmen ini, Lembaga Urusan Air Selangor (LUAS) telah ditubuhkan, dan dipertanggungjawab untuk merancang dan mengawal atur pembangunan dan aktiviti tanah dan air dengan cara yang bersepadu di peringkat lembangan sungai. Dalam menguruskan sektor-sektor individu, keperluan untuk membezakan peranan pengawalaturan dan penyedia perkhidmatan adalah penting untuk keberkesanan dan kecekapan lebih besar. 

Pembersihan Kuratif 


Langkah-langkah kuratif yang termasuk pembersihan sungai secara fizikal dan menyediakan kerja rawatan kumbahan telah dilaksanakan dan akan terus dijalankan untuk memulihkan dan memelihara kualiti air sungai. Pada masa yang sama, kerja tebatan banjir juga telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, kadar pelaksanaan langkah-langkah sedemikian, yang ada kalanya tidak berkesudahan, selalunya ketinggalan di belakang kadar degradasi kualiti air sungai dan peningkatan dan takat kejadian banjir. Tidak perlu disebut lagi, langkah-langkah kuratif sedemikian adalah mahal dan memakan masa, tabung sektor awam yang terhad agak kurang mampu apabila mempertimbangkan keutamaan keperluan lain lebih terdesak untuk ditangani.


Pencegahan
 

Untuk penyelesaian yang mampan, objektif mestilah bercorak pencegahan, amat sejajar dengan pepatah "mencegah adalah lebih baik dari mengubati".  Pendekatan seumpama ini menghendaki penyingkiran punca dan sebab. Malah isu seperti hakisan boleh dikawal atau dielakkan. Setiap sungai mempunyai "keupayaan muatan" optimumnya dan untuk memenuhi permintaan di dalam keupayaan ini, masalah harus diketengahkan dan ditangani di sumber (atau kawalan sumber). Biasanya ini memerlukan tindakan kawal atur dan dengan demikian untuk memastikan penguatkuasaan, jika perlu, instrumen undang-undang yang sewajarnya. Langkah pencegahan adalah berkesan kos efektif dan menawarkan penyelesaian jangka masa panjang.


Perancangan


Perancangan pembangunan sepatutnya dibuat dengan cara yang holistik. Pelan Induk dan Pelan Pengezonan mestilah menerima pakai pendekatan bersepadu sebagai tambahan kepada tindakan proaktif dan preventif. Piawaian yang sewajarnya juga perlu ditetapkan untuk mengakuri amalan terbaik. Manual dan garis panduan yang menyeluruh juga perlu disediakan bagi menjamin kualiti dan kemudahan pelaksanaan. Manual Air Ribut Malaysia yang baru diperkenalkan adalah suatu contoh seumpamanya.


Penyertaan Orang Ramai  

Walaupun konsep ini masih baru di Malaysia, pendekatan penyertaan dan penglibatan semua pihak yang berkepentingan dalam keseluruhan kitaran projek/rancangan merupakan unsur penting untuk menjamin kejayaan dan kemapanan dalam jangka panjang.  Perkongsian yang kuat dan pintar adalah penting untuk mencipta penyelesaian menang-menang, dengan masyarakat dan pihak berkepentingan yang lain (sebagai warga korporat) menerima bahagian tanggungjawab masing-masing.  Mekanisme pengurusan penyertaan sedemikian memerlukan masa untuk membina kempen kesedaran awam dan rancangan pendidikan yang sesuai yang perlu siap diatur lebih awal. NGO boleh memainkan peranan yang mustahak dan juga peranan pemudah dalam rancangan sedemikian.


Kewangan

Kewangan ialah sumber yang sama genting bagi semua unsur-unsur yang disebutkan di atas. Air merupakan barang sosial dan juga ekonomi. Tambahan pula, ia juga merupakan barang orang ramai dan barang peribadi. Semua rancangan akan melibatkan kos dan faedah langsung dan tidak langsung. Instrumen kewangan, khususnya yang membolehkan pemulihan kos, menghendaki ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam semua proses dan urus niaga. Prinsip “pencemar/pengguna tanggung” pada masa ini digunakan dengan meluas di banyak negara dan adalah berkaitan juga untuk diterima pakai di Malaysia. Penswastaan bukanlah perkara baru di Malaysia. Ini merupakan suatu pilihan untuk dipertimbangkan bagi penyediaan perkhidmatan dalam pelaksanaan pembangunan dan rancangan pengendalian dan penyelenggaraan yang berulang.


PENGURUSAN LEMBANGAN SUNGAI BERSEPADU (IRBM)


Integrated River Basin Management (IRBM) is defined as "the coordinated management of resources in nPengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM-Integrated River Basin Management) ditakrifkan sebagai "pengurusan sumber terselaras dalam alam sekitar semula jadi (udara, air, tanah, flora, fauna) berdasarkan lembangan sungai sebagai satu unit geografi, dengan objektif menyeimbangkan keperluan manusia dengan keperluan memulihara sumber bagi menjamin kemapanannya". IRBM dipersiapkan ke arah menyepadukan dan menyelaraskan dasar, rancangan dan amalan. Ia mengetengahkan isu-isu yang berkaitan dengan air dan sungai. Ia memerlukan keupayaan profesional yang lebih baik dan keupayaan yang lebih dari segi kewangan, perundangan, pengurusan dan politik. Pada dasarnya, ini adalah berkenaan mengembalikan alam semula jadi kepada sungai dan melaksanakan segala unsur penting seperti yang digambarkan dalam Rajah 2.<

Rajah 2: Unsur penting dalam KESIMPULAN IRBM
Dengan pembandaran dan perindustrian yang pesat, masalah dan isu yang berkaitan dengan sungai dan persekitaran sungai dijangka akan menjadi bertambah buruk. Lembangan sungai mesti diuruskan dengan cara yang bersepadu dan holistik (IRBM). Perubahan institusi dan perundangan yang sepadan diperlukan, bersama-sama rangka kerja pentadbiran yang berkesan. Yang paling utama, kemahuan dan iltizam politik adalah amat penting bagi menjamin kejayaannya.

Sumber :http://www.water.gov.my/home/20?lang=my 

0 comments:

Post a Comment

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR