AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

KUALITI AIR TERBERSIH DI DUNIA



Christchurch adalah sebuah bandar yang terletak di pesisir timur Pulau Selatan di New Zealand dan merupakan bandar terbesar di pulau itu. Ia juga merupakan kawsan urban kedua terbesar di New Zealand selepas Auckland.
Bandar ini memperoleh namanya dari kolese katedral Christ Church di Universiti Oxford. Namanya dalam bahasa Maori adalah Otautahi. Nama Christchurch telah diilhamkan oleh John Robert Godley daripada Pertubuhan Canterbury dan dipersetujui pada mesyuarat pertama pertubuhan berkenaan pada 27 Mac 1848. Christchurch terletak pada 43°32' LS, 172°40' BT (-43.5333, 172.667).[1]
Pada tahun 2004, jumlah penduduknya seramai kira-kira 363 700 orang. Namun pada Jun 2010, jumlah populasi penduduk bandar raya ini telah berkembang dengan kira-kira 376,700 orang. Kini bandar raya Christchurch diurus tadbir oleh Majlis Bandaraya Christchurch.
Awalnya, nama bandar raya ini ditulis sebagai Christ Church, namun direkodkan sebagai Christchurch pada minit pengurusan jawatakuasa Pertubuhan Canterbury. Bandar raya ini digazetkan sebagai bandar raya oleh Piagam Diraja pada 31 Julai 1856, lantas menjadikannya sebagai bandar raya tertua di New Zealand.
Bandaraya Christchurch amat terkenal sebagai bandar raya yang membekalkan kualiti air minuman yang bersih, dan amat jernih serta tulen yang terbaik di dunia. Air minuman yang dibekalkan adalah amat bersih, disalur menggunakan saluran paip awam amat sesuai untuk tujuan minuman dan kegunaan domestik. Sumber air yang diperolehi juga datangnya dari air sungai dari kaki bukit Pergunungan Alps selatan. Uniknya sistem bekalan air di Christchurch ini tidak dirawat, airnya hanya ditapis secara semulajadi. Terdapat lebih 50 stesen pengepam yang mengepam air tulen bersih ini ke seluruh bandar raya.

0 comments:

Post a Comment

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR