AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

'PULAU HABA' DI KL MUNGKIN PENYEBAB HUJAN AIR BATU - PAKAR

Keadaan lembap dan fenomena wind updraft ke atas dan bawah menghasilkan titisan air dan akhirnya membentuk ketulan ais.

Hujan-Ais

KUALA LUMPUR: Cuaca panas melampau di Lembah Klang terutama di pusat bandar Kuala Lumpur menyebabkan wujud ‘pulau haba’ yang mungkin menjadi antara faktor berlaku hujan ribut petir air batu semalam, kata pakar cuaca.
Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Fredolin Tangang berkata proses pembangunan di KL yang pesat serta perubahan iklim menghasilkan fenomena hujan ribut luar biasa akibat haba berada dalam keadaan udara yang lembap.
“Keadaan lembap dan fenomena wind updraft atau pergolakan udara ke atas dan bawah menghasilkan titisan air dan akhirnya membentuk ketulan ais yang tidak mampu ditanggung oleh angin.
“Bila ketulan itu menjadi besar dan angin tidak boleh membawanya, ia akan turun menjadi ais dalam hujan seperti yang berlaku semalam,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai kejadian hujan air batu yang turun di beberapa kawasan di ibu negara yang turut disertai hujan lebat serta angin kencang sehingga berlaku kejadian pokok tumbang dan kesesakan lalu lintas.
Fredolin berkata hujan ribut luar biasa mungkin akan kerap berlaku selepas ini selaras dengan perubahan iklim dan peningkatan suhu yang semakin tinggi.
Tetapi konsep fenomena adalah sama iaitu apabila wujud kelembapan di udara dan suhu meningkat, hujan ribut petir akan lebih kerap berlaku,” katanya.
Fredolin mencadangkan supaya kajian terperinci yang mengkaji faktor cuaca tempatan dilakukan supaya pihak berkaitan dapat meramal keadaan cuaca di masa akan datang.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Beaufort, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar di Sabah serta Miri di Sarawak dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.
Manakala aktiviti ribut petir di perairan Johor, Pahang, Kudat di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan berterusan sehingga awal petang ini.
-BERNAMA- Jun 4, 2016

0 comments:

Post a Comment

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR