AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

NASIHAT KESIHATAN UNTUK MENGELAKKAN KESAN PENYAKIT YANG MUNGKIN BERLAKU AKIBAT CATUAN AIR DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



Pada masa sekarang ini, beberapa tempat di Malaysia sedang mengalami catuan air. Catuan air ini dijangka akan memberi kesan kepada penjagaan kebersihan diri, keluarga, makanan, minuman, pakaian, peralatan, premis serta risiko penyakit. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia dalam menghadapi catuan air:
  1. Pastikan kebersihan diri, air digunakan dengan berhemah untuk membersihkan diri dari kekotoran. Pastikan, tangan dibasuh dengan menggunakan sabun atau sanitiser selepas menggunakan tandas, sebelum makan dan sebelum mengendalikan atau menyediakan makanan.
  2. Pastikan air disimpan dalam bekas yang bersih dan sentiasa bertutup untuk mengelakkan pencemaran luaran terutamanya jika air tersebut untuk tujuan penyediaan makanan dan minuman. Bekas bertutup juga bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.
  3. Masak makanan dengan sempurna pada suhu tinggi 80℃ untuk memastikan bakteria dihapuskan dan tidak menyebabkan keracunan makanan. Pastikan makanan berasaskan daging dimasak dengan sempurna (tiada tanda-tanda mentah).
  4. Pengendali makanan bertanggungjawab memastikan keselamatan makanan yang mereka jual atau hidangkan kepada pengguna. Sekiranya air catuan yang bersih tidak mencukupi, guna air berbungkus yang terdapat di pasaran sebagai pilihan kerana ia lebih selamat.
  5. Penggunaan air perigi untuk memasak makanan dan minuman adalah dilarang kecuali perigi tersebut telah dirawat dengan klorin serta terhindar dari punca pencemaran.
  6. Orang awam perlu sentiasa menjaga kesihatan diri dan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dengan segera sekiranya menghadapi masalah kesihatan.
  7. Orang awam juga diingatkan untuk mengambil tindakan mencegah pembiakan nyamuk aedes yang mungkin berlaku dalam air yang disimpan semasa catuan air. Pastikan tiada pembiakan nyamuk aedes di dalam bekas-bekas yang digunakan untuk menyimpan air :-

    • Sering memeriksa takungan air supaya tiada jentik-jentik. Jika ada, buang air tersebut dan bersihkan bekas.
    • Berus dan sental bekas seminggu sekali supaya telur nyamuk aedes tidak melekat pada bekas tersebut dan menjadi jentik-jentik.
    • Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik jika menyimpan air lebih dari 7 hari atau
    • Tutup rapat bekas-bekas tersebut.

0 comments:

Post a Comment

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR