AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

RAKYAT MALAYSIA GUNA AIR TERTINGGI DI ASIA

PROGRAM:Ongkili menyampaikan cek bagi Program Pembangunan Sudut Hijau kepada Pengetua SMK Santubong, Aishah Ahmad (dua kanan) dan turut kelihatan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (kiri), Dr Abdul Rahman (tiga kiri) dan Ketua Setiasusaha kementerian Datuk Loo Took Gee (kanan).

PROGRAM:Ongkili menyampaikan cek bagi Program Pembangunan Sudut Hijau kepada Pengetua SMK Santubong, Aishah Ahmad (dua kanan) dan turut kelihatan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (kiri), Dr Abdul Rahman (tiga kiri) dan Ketua Setiasusaha kementerian Datuk Loo Took Gee (kanan).

Penggunaan purata 300 liter air seorang sehari disifat agak membazir
Oleh Jessica Jawing //
SANTUBONG: Malaysia merupakan negara tertinggi di Asia menggunakan purata air sehari dengan 300 liter seorang individu, yang disifat agak membazir.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Panglima Maximus Ongkili berkata, ia hampir dua kali ganda penanda aras yang disyor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurutnya, di Amerika Syarikat hanya 170 liter bagi seseorang individu sementara Australia lagi rendah 150 liter bagi setiap individu dan jika dibanding dengan Malaysia, negara ini dua hingga tiga kali ganda penggunaan air setiap seorang.
“Bagaimanapun di Sarawak dan Sabah penggunaan air masih berkurangan dengan purata 200 liter sehari setiap individu berbanding beberapa negeri lain di Semenanjung.
“Antara negeri paling tinggi penggunaannya adalah di Pulau Pinang, Johor dan Selangor iaitu purata dari 260 hingga 300 liter sehari bagi setiap individu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jelajah YaHijau Sarawak dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi di SMK Santubong di sini, semalam.
Ongkili berkata, penggunaan air begitu tinggi itu harus dikurang kerana ia bukan sahaja mendatangan bebanan kepada individu (bayaran bil) tetapi menyebabkan sumber bekalan air berkurangan.
Jelasnya sumber air mahupun tenaga diguna sedia ada tidak akan berkekalan dan salah satu cara dengan memelihara sumber bagi memastikan sumber berterusan di masa akan datang.
“Sehubungan itu, apa penting kini memupuk nilai jimat cermat di kalangan generasi muda kita agar tidak membazir dalam penggunaan air mahupun tenaga.
“Untuk mendidik amalan hidup hijau bukan sahaja tentang menjaga alam sekitar tetapi memelihara sumber air dan tenaga untuk dikekalkan kepada warisan akan datang,” katanya.
Mengulas lanjut, Ongkili berkata pemeliharaan alam sekitar dan amalan hidup hijau bukan sahaja membantu gaya hidup lebih sihat bahkan juga mampu menjana pendapatan penduduk setempat.
Beliau memberi contoh di kawasan Pantai Damai khasnya Santubong, inisiatif kerajaan dan penduduk setempat yang terus mengekalkan alam semulajadi menjadikan ia sebagai tempat pelancongan dikenali.
“Kita dimaklum 70 peratus daripada ekonomi penduduk di sini adalah berasaskan sektor pelancongan yang mana ia adalah hasil daripada keindahan alam semulajadinya.
“Ia menarik pelabur sektor pelancongan datang yang sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk setempat,” katanya.
Sementara itu berhubung program Jelajah YaHijau anjuran Yayasan Hijau Malaysia dan kementeriannya, sebanyak 10 kawasan terlibat di negeri ini dalam tempoh tiga bulan jelajah diadakan.
Ia akan dilaksana di sekolah kawasan menyaksikan SMK Santubong sebagai permulaan bagi kawasan Santubong sementara sembilan kawasan lain adalah Lundu, Tapah, Betong, Ba’Kelalan, Kapit, Bintulu, Sungai Asap (Belaga), Song dan Tatau.
Pada majlis yang sama Ongkili turut mengumumkan SMK Santubong sebagai sekolah pertama yang ditubuhkan Briged Hijau, iaitu program melibatkan golongan belia sebagai sukarelawan yang akan bertindak sebagai pemangkin untuk membawa perubahan ke arah gaya hidup hijau di kalangan rakan sebaya serta dalam komuniti mereka.


0 comments:

Post a Comment

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR