Air sumber utama dalam kehidupan manusia

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

Minum air secukupnya setiap hari

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

Gunakan air dengan bijak elakkan pembaziran

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

Air adalah hak manusia sejagat

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

Cintailah sungai kita...jauhi pencemaran

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2016.

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

PERTANDINGAN PENGGUNAAN 2016 SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

Pages

DI TAHAP MANA SISTEM PEMBENTUNGAN KITA ?

Loji Olahan Kumbahan Serantau IWK Bunus Jalan Chan Chin Mooi,

APABILA disebut perkhidmatan pembetungan dan pengurusan sisa kum­bahan, mungkin ra­mai di luar sana yang masih memandang remeh tentang kepentingan perkhidmatan pengurusan sisa kumbahan walaupun ia setanding perkhidmatan utiliti lain seperti bekalan air dan tenaga elektrik. Mungkin disebabkan tidak ramai yang mahu mengambil tahu ke mana sisa kumbahan yang dilepaskan dari rumah masing-masing sama ada diproses dan dirawat atau terus dihanyutkan ke laut untuk bersebati dengan alam.

Menyentuh mengenai pengurus­an sisa kumbahan dan penyediaan sistem pembetungan, pasti nama Indah Water Konsortium Sdn. Bhd, IWK terus terlintas di benak fikiran.
Selepas bertapak selama 20 tahun, IWK terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Di sebalik kos operasi yang tinggi, IWK tidak pernah mengeluh dan sentiasa membuktikan ia adalah yang terbaik bagi pengurusan sisa kumbahan dan penyediaan sistem pembetungan di negara ini.
IWK diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan pada tahun 2000 de­ngan model perniagaan yang bukan berasaskan keuntungan. Ini kerana, perkhidmatan pembetungan dan pengurusan sisa kumbahan sangat penting dalam memberikan kehidupan yang selesa kepada rakyat. Rakyat selaku pengguna tidak perlu memeningkan kepala untuk berfikir menguruskan sisa buangan dari kediaman mereka kerana semuanya diuruskan oleh IWK.
IWK adalah pihak yang menguruskan air kumbahan hasil aktiviti buang air kecil atau besar, mandian serta aktiviti harian yang lazim dilakukan di rumah. Kehidupan rakyat menjadi sangat mudah apabila sisa buangan terus disalur ke loji rawatan.
IWK kini menguruskan 6,183 loji rawatan kumbahan yang dihubungkan sekitar 16,969 kilometer saliran paip pembetungan. Di loji-loji rawat­an IWK ini, sisa kumbahan diproses dan dijernihkan sehingga menjadi air yang tidak mencemarkan alam sekitar sebelum dialirkan ke sungai. Peranan IWK cukup pen­ting bukan sahaja kepada kehidup­an rakyat tetapi juga melindungi alam sekitar dan bekalan air bersih. Semua kerja dilakukan IWK perlu menepati piawaian Jabatan Alam Sekitar dan ini bermakna, kerja dan proses membersihkan sisa kumbah­an pengguna bukan satu kerja mudah dan murah. Pelbagai teknologi terlibat di dalam proses berkenaan. Kos merawat sisa kumbahan sebenarnya lebih mahal daripada proses rawatan di loji air minuman.
Bayangkan, pelbagai rupa dan bau sisa kumbahan yang sampai di loji-loji terpaksa diproses menggunakan pelbagai kaedah sebelum lulus untuk pelepasan. Perkara ini sebenarnya yang tidak diketahui oleh sebahagian besar pengguna. Proses berkenaan menelan kos yang tinggi.
Jika diperhatikan, pertumbuhan kawasan kediaman baru di negara ini sungguh menggalakkan yang boleh dilihat sebagai penanda aras keadaan ekonomi negara yang baik. Peningkatan kawasan kediaman ini juga menandakan penduduk di Malaysia ini sedang berkembang. Perkara itu bagi IWK adalah sesuatu yang perlu diberi fokus kerana ia bermakna IWK perlu meningkatkan keupayaan loji-loji rawatannya. Tidak lain tidak bukan, memastikan kehidupan rakyat terus selesa.
Perolehan teknologi bagi IWK adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan walaupun ia melibatkan kos tinggi. Di kawasan bandar, Sistem Bersambung dan Tangki Septik Individu yang jumlahnya melebihi sejuta tangki digunakan. IWK berfungsi sebagai pihak yang bertanggungjawab merancang dan merasionalisasikan kemudahan-kemudahan pembetung­an awam supaya wujud satu sistem lebih sistematik dan moden dalam usaha melindungi kesihatan rakyat dan alam sekitar.
Sistem pengurusan sisa kumbahan diwujudkan menerusi rangkaian paip-paip pembetungan yang membawa sisa buangan dari kediam­an ke loji rawatan sekunder yang moden. Di atas kertas, usaha ini bukan perkara mudah dan murah. IWK memerlukan sokongan padu rakyat khusus­nya pengguna.
Usaha meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan sisa kumbahan adalah fokus berterusan IWK. Selepas 20 tahun, pastinya pelbagai perubah­an telah dibuat bagi memastikan ke­selesaan rakyat menerusi peningkatan pengurusan kumbahan domestik.
Pada masa depan, sistem olahan kumbahan akan berubah kepada loji-loji mekanikal seperti Pengudaraan Berlanjutan, EA, Parit Pengoksidaan, OD, Penyentuh Biologi Berputar, RBC, Reaktor Kelompok Penjujukan, SBR dan Penapis Cucuran. Ini adalah teknologi terkini yang lebih berkesan bagi pengurusan sisa kumbahan.
Dengan demikian, perkhidmatan yang disediakan IWK ini perlu dihargai. Bagaimanakah cara paling mudah menunjukkan penghargaan kita? Pas­tinya dengan menjelaskan bil perkhidmatan IWK yang kini paling murah jika dibandingkan dengan bil utiliti lain.
Kadar yang dikenakan sejak 20 tahun lalu tidak pernah dinaikkan iaitu 27 sen sehari atau RM6 hingga RM8 sebulan. Jika dibandingkan dengan usaha merawat sisa kumbahan, kos 27 sen sehari itu mungkin tidak lagi relevan. Itu tidak dicampur dengan perkhidmatan tambahan lain apabila berlaku masalah lain seperti paip pembetungan yang tersumbat disebabkan sikap segelintir yang membuang sampah sarap ke dalam aliran air kumbahan.
Kos penyelenggaraan juga adalah antara perkara yang membebankan IWK. Rangkaian paip pembetungan perlu dipastikan bersih daripada sampah sarap yang menyebabkan berlakunya limpahan air kumbahan. Dan, jika ia berlaku, pengguna yang pertama sekali akan merungut kerana masalah pencemaran dan bau. Adilkah kita terhadap IWK?
Baru-baru ini, Suruhanjaya Per­khid­matan Air Negara, SPAN menyelidik penstrukturan semula tarif perkhidmatan pembetungan kerana syarikat pembetungan nasional itu masih tidak memperoleh kos operasi disebabkan ada pengguna yang tidak menjelaskan bil perkhidmatan. Selain itu, IWK dinasihati mencari jalan terbaik supaya bil perkhidmatan dijelaskan sepenuhnya oleh pengguna. Gesaan itu dilihat sangat wajar jika dibandingkan perkhidmatan berkualiti disediakan IWK dan jumlah caj yang dikenakan yang sangat rendah.
Selain itu, IWK juga disaran mempercepatkan pelaksanaan penggabungan bil perkhidmatan pembetungan dan bil bekalan air. Ia sangat rasional kerana caj yang dikenakan bergantung kepada penggunaan air isi rumah. Air kumbahan ini yang dirawat dan diproses oleh IWK. Pada masa sekarang, bil dikenakan tidak menggambarkan penggunaan air isi rumah.
Penggunaan air sesebuah premis wajar dijadikan asas kepada caj perkhidmatan pembetungan yang disediakan IWK. Mana-mana pengguna yang tidak menjelaskan bil pembetungan akan mengalami gang­guan bekalan air kerana dipotong. Perkara itu sebenarnya termaktub di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air tetapi belum dilaksana kerana penggabungan bil pembetungan dan bil air masih belum direalisasikan.
Dianggarkan, setiap individu menggunakan 250 liter air bagi aktiviti hariannya di dalam sebuah rumah. Daripada jumlah itu, sebahagian besar dikeluarkan dalam bentuk air sisa yang disalurkan ke dalam sistem pembetungan diselenggara oleh IWK. Sifir mudah ini, membolehkan pengguna membayangkan betapa pentingnya tugas IWK memastikan keselesaan rakyat. Proses merawat pula bukan murah dan perlu menepati pelbagai piawaian.
Begitu besar cabaran yang dihadapi IWK. Sisa kumbahan tidak boleh dibuang sesuka hati tanpa rawatan kerana ia membahayakan kesihatan dan memberi kesan besar kepada alam sekitar serta sumber air. Selain bau busuk, ia juga mengandungi bakteria yang boleh mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit bawaan air.

Dalam pada itu, IWK juga sedang giat mengenal pasti dan merancang pembinaan loji berpusat yang lebih besar yang membolehkan penutupan loji-loji kecil yang dibina pemaju perumahan. Ia adalah satu kelegaan kepada penduduk yang saban hari berdepan bau kurang menyenangkan apabila kedudukan loji kumbahan terletak berhampiran kawasan penempatan penduduk. Ini adalah antara wawasan IWK yang perlu diberi pujian dalam menyediakan persekitaran yang bebas pencemaran.

Mungkin ada yang berhujah, ia adalah tugas IWK tetapi bagaimana pula dengan tanggungjawab menjelaskan bil selepas perkhidmatan terbaik diberikan oleh IWK?
Setakat ini , bil tertunggak pengguna perkhidmatan IWK mencecah ratusan juta. Jumlah kos operasi rawatan kumbahan sebenarnya melebihi jumlah pembayaran yang dibuat oleh pengguna menyebabkan kos operasi IWK lebih tinggi daripada pendapatan sepatutnya.
Bagi menangani isu pembayaran bil, IWK kini giat mempelbagaikan kaedah pembayaran bil antaranya menerusi pembayaran online dan pembayaran berkala menggunakan kad kredit. Berdasarkan fakta ini, tidak boleh tidak, IWK perlu menyemak semula kadar caj yang dikenakan selari dengan pertumbuhan ekonomi dan tuntutan semasa.

Memberi perkhidmatan kepada lebih 20 juta penduduk sebenarnya memerlukan penglibatan semua pihak kerana ia bukan satu tugas yang mudah. Pada peringkat isi rumah, komitmen menjelaskan bil perkhidmatan pembentungan sangat penting, Manakala, kerjasama agensi-agensi berkaitan dalam mendapatkan teknologi terkini bagi pengurusan sisa kumbahan juga perlu ditingkatkan. Semuanya bagi membolehkan generasi akan datang menikmati dan mewarisi persekitaran yang bersih selain melindungi sumber bekalan air. Dan, selepas 20 tahun, sistem pembetungan dan pengurusan sisa kumbahan di negara kita sebenarnya setanding negara maju.

IWK adalah antara syarikat pembetungan yang sentiasa menjadi rujukan pada peringkat antarabangsa apabila menyentuh soal pengurusan sisa kumbahan. IWK berjaya melaksanakan fungsinya sebagai syarikat pembetungan nasional.

- Sumber: http://m.utusan.com.my/rencana/di-tahap-mana-sistem-pembetungan-kita-1.35434#sthash.2ZXfd54B.dpuf

EVOLUSI RAWATAN KUMBAHAN

 
Evolusi Rawatan Kumbahan

Ketika masyarakat berpindah daripada budaya nomad ke pembinaan tapak-tapak kekal, kebimbangan mengenai penghapusan bahan buangan (pepejal dan air kumbahan) menjadi isu yang penting. Isu ini telah dihadapi dengan pelbagai cara dan pengetahuan mengenainya telah bertambah. Sewaktu masyarakat hidup sebagai pemburu dan pengumpul, pereputan dikendalikan dengan sampah sarap dan bahan buangan manusia secara semulajadi. Ketika bandar-bandar membangun, mekanisme-mekanisme lain adalah diperlukan untuk mengatasi isu bahan buangan ini. Kita perlu memahami bahawa "sehingga kini, sanitasi air kumbahan tertumpu kepada mengurangkan risiko kesihatan, terutamanya penyakit berjangkit. Baru-baru ini, skop isu-isu bahan buangan telah diperkembangkan dan ia melibatkan risiko-risiko kesihatan kronik dan kebimbangan persekitaran". (Burks & Minnis, 1994:1).

Rawatan Air Kumbahan Di Dalam Zaman Purba
> 3500 Sebelum Masihi (SM) Ke 500 Masihi (M)
Semasa tempoh Neolitik (10,000 SM), pergerakan puak nomad memberi perhatian keada bahan buangan yang dihasilkan daripada aktiviti-aktiviti manusia. Pergerakan nomad ini membenarkan bumi atau tanah untuk merawat bahan buangan tersebut. Di dalam zaman purba, budaya atau masyarakat telah membangunkan teknologi-teknologi rawatan bahan buangan. Ia dapat dibezakan berdasarkan budaya-budaya berbeza yang dibangunkan. Kota Ur, menjelang 3500 SM, mempunyai purata populasi sebanyak 65,000 orang setiap batu persegi (kepadatan populasi tinggi yang menghasilkan bahan bungan yang banyak). Penduduk bandar tersebut menghadapi masalah bahan buangan itu dengan menyapu bahan buangan tersebut ke jalan raya. Ini menyebabkan peninggian jalan raya dan memerlukan kedudukan pintu yang lebih tinggi. "Amalan-amalan ini sesuai untuk kampung-kampung kecil separa kekal dan tidak semestinya sesuai untuk persekitaran bandar" (Savas, 1977:11). Ia juga tidak sesuai untuk penggunaan kini. Kita boleh membandingkannya dengan bandaraya-bandaraya di Lembah Indus (kini dikenali sebagai Pakistan) daripada 2500 ke 1500 SM. Terdapat rumah-rumah yang mempunyai tandas pam air. Ia juga mempunyai sistem saliran yang direkabentuk dengan baik. Rumah-rumah juga mempunyai pelongsor sampah dan terdapat tong-tong sampah di sekitar bandar untuk penghapusan. Ini merupakan peningkatan yang tinggi di dalam rawatan bahan buangan. (Kahn, 2000:119; Savas, 1977:11).

Berbalik kepada budaya-budaya Mediterranean, kita dapat melihat pembangunan di dalam teknologi-teknologi rawatan bahan buangan. Secara purata, masyarakat di bandar Herakopolis di Mesir (SM 2100), merawat bahan buangan sama seperti penduduk di Ur, mereka membuang bahan buangan ke atas jalan raya. Walau bagaimanapun, "di dalam kuarters golongan elit dan kuat agama, terdapat usaha yang sengaja dibuat untuk memindahkan semua bahan buangan, organik atau bukan organik, ke lokasi-lokasi luar atau kawasan komunal, dan selalunya ia bermaksud sungai-sungai ". Terdapat juga ajaran-ajaran agama yang membincangkan masalah bahan buangan ini. Undang-undang Mosaic (SM 1300) menyatakan "memindahkan bahan buangan sendiri dan menanamnya di dalam tanah". Nehemiah pula menyatakan pembinaan semula di mana terdapat tempat pembuangan sampah untuk bandaraya tersebut. Talmud pula meminta jalan raya di Jerusalem dicuci setiap hari. (Savas, 1977:12).

Budaya Minoan di Pulau Crete di antara 1500-1700 SM mempunyai sistem pengurusan bahan buangan yang dibangunkan dengan baik. Mereka mempunyai sistem paip yang maju dan merekabentuk tempat-tempat pembuangan bahan buangan organik. Bandaraya Knossos, mempunyai laman dalam sepusat dengan bilik mandi yang diisi dan dikosongkan dengan menggunakan paip-paip tanah liat. Sistem paip adalah hampir sama dengan teknik-teknik yang digunakan sekarang. Mereka mempunyai tandas-tandas pam dengan tempat duduk kayu dan takungan di atas. "Penggalian menampakkan 4 jenis sistem saliran berasingan besar yang dikosongkan ke dalam pembetung besar yang dibina daripada batu." Kerabat Diraja Minoan merupakan kumpulan terakhir yang menggunakan tandas pam sehingga pembangunan semula teknologi tersebut pada tahun 1596. (Kahn, 2000: 119-120).

Tempat buangan sampah yang pertama telah dibangunkan oleh orang-orang Greek (Athens) lebih kurang 500 SM. Di dalam pembangunan pengurusan bahan buangan, Athens, di tahun 320 SM, telah meluluskan larangan edik yang pertama dalam penghapusan bahan buangan ke atas jalan raya. Di dalam pembangunan seterusnya, menjelang 300 SM, salah satu daripada tanggungjawab Greek adalah pembuangan bahan buangan. "Perbelanjaan [untuk pembuangan bahan buangan] didapati daripada levi-levi ke atas pemilik tanah. Sistem ini berjaya digunakan untuk lapan ratus tahun, sehingga pemecahan menyeluruh arahan sivik."(Savas, 1977:13). Di dalam penggunaan air, orang-orang Greek memahami perhubungan di antara kualiti air dan kesihatan awam menyeluruh. Kebimbangan ini juga dirasai oleh orang-orang Roman.

Amalan pengurusan rawatan bahan buangan bagi orang Roman merupakan amalan terbaik yang telah dibangunkan bagi tamadun sebelum abad ke-19. Malah, sistem-sistem pengurusan bahan buangan Roman ini adalah lebih baik daripada sistem-sistem di zaman pertengahan. Masyarakat Roman adalah maju secara teknologi. Kita dapat melihat buktinya di bangunan-bangunan, jalan raya dan akueduk mereka yang masih ada dan kadang-kadang masih digunakan. Kebimbangan orang-orang Roman tentang air telah digambarkan dengan baik di dalam akueduk mereka. Mereka membangunkannya untuk menyediakan air kepada bandar-bandar. Air digunakan untuk mandi, air pancut, kegunaan awam dan pam pembetung. Masyarakat Roman juga mementingkan pencarian bekalan-bekalan air yang baik dan juga air tulen, seperti yang ditekankan oleh jurutera dan pakar perubatan purba. (History of Technology Vol. II., 1956: 660-674).

Republik Roman yang awal juga menitikberatkan penyambungan bekalan air bandar, dan juga pembinaan akueduk. Menjelang 125 SM, bekalan air bagi bandar tersebut telah berganda untuk memenuhi perkembangan pesat (History of Technology Vol. II., 1956:670). Pembangunan akueduk-akuduk tersebut memerlukan kemahiran kejuruteraan. Kita perlu memahami bahawa akueduk yang dibina oleh orang-orang Roman adalah berbeza. Akueduk dibina di setiap empayar, dan kebanyakan sistemnya terletak di bawah tanah. Kita cuma melihat sebahagian kecil daripadanya. Masyarakat Roman menggunakan air untuk pelbagai kegunaan dan terutamanya di Rom, ia digunakan untuk mengepam pembetung. "Masyarakat Roman menggunakan alatan-alatan mengangkat air untuk menghantar hampir kesemua bahan buangannya ke Sungai Tiber melalui pembetung terbuka seawal abad keenam SM. Menjelang abad ketiga, pembetungan di Rom merupakan rangkaian bawah tanah berkubah yang dipanggil Cloaca Mixima" (Burks & Minnis, 1994:1). Projek-projek pembinaan ini disambung dan "menjelang abad keempat M, Rom mempunyai 11 bilik mandi awam, lebih daripada 1300 air pancut awam dan 856 bilik mandi persendirian. Mereka bukan sahaja mempunyai tandas-tandas pam-air persendirian, malah terdapat juga untuk kegunaan awam. Pada [C.E.], 315 Rom mempunyai 144 [tandas-tandas pam-air awam] " (Kahn, 2000:121).

Walaupun dengan kemajuan ini dan pengurusan bahan buangan, Rom masih merupakan bandar yang tidak sihat. Pembuangan kumbahan ke Sungai Tiber and penghapusan bahan buangan ke luar bandar, masih menyebabkan kebimbangan mengenai kesihatan. (Savas, 1977:14). Kejatuhan Rom, pada abad kelima M, menandakan berakhirnya pembangunan paip. (Burks & Minnis, 1994:2). Malahan, "dengan kejatuhan empayar [Roman], kekurangan kuasa pusat dan dana-dana awam yang mencukupi telah menyebabkan kemerosotan perkhidmatan-perkhidmatan awam. Organisasi mereka ditinggalkan kepada orang persendirian atau pihak berkuasa perbandaran. Hanya di beberapa pusat bandar yang masih mempunyai saki baki sistem-sistem Roman. " (History of Technology, Vol. II, 1956:689).

Rawatan Air Kumbahan Di Dalam Zaman Pertengahan
> 500 Masihi (M) To 1500 Masihi (M)
Kejatuhan Empayar Roman di barat telah menukarkan masyarakat bandar ke luar bandar. "Menjelang 500 [M], 'paip telah ditutup di sekitar Eropah; ia tidak akan dipasang semula untuk hampir seribu tahun: Teknologi sanitasi telah memasuki Zaman Kelam'" (Kahn, 2000:121). Terdapat pengurangan penduduk yang mendadak di Rom dan kebanyakan Eropah barat. Perubahan ini juga telah merubah rawatan bahan buangan. "Pengurangan kepadatan penduduk, dengan itu, kaedah-kaedah tradisional yang dijalankan bagi penghapusan bahan buangan adalah lebih berjaya. " (Savas, 1974:14). Tambahan pula, tanpa pemantauan pembetungan dan jalan raya, keadaan-keadaan yang bersih juga tidak akan mematuhi Piawaian Empayar Roman (History of Technology, Vol. II., 1956:689-690). Keruntuhan sanitasi ini membawa balik kaedah "luar rumah, parit terbuka dan bekas kebuk ...di semua lapisan masyarakat " (Kahn, 2000:122).

Kehilangan pengetahuan dan amalan-amalan kebersihan telah menyebabkan pelbagai masalah. Semasa zaman pertengahan, "amalan-amalan lama untuk mengasingkan air minuman dan bahan buangan manusia telah ditinggalkan, dan bahan buangan manusia boleh berpindah daripada lubang bahan buangan ke telaga. Wabak telah menular, tetapi perkaitan di antara najis dan penyakit tidak diambil kira." (Burks & Minnis, 1994:2). Di zaman pertengahan, penduduk membuang bahan buangan ke atas jalan raya. " Longkang-longkang terbuka di tengah jalan akan dipenuhi sampah, manakala air hujan yang turun daripada atap, tidak disalirkan dengan baik. Jalan raya juga jarang diturap dan dan selalunya lopak lumpur daripada bahan buangan khinzir atau binatang-binatang lain yang telah memasuki telaga-telaga dan tanah persendirian" (History of Technology Vol. II, 1956:690). Tabiat kehidupan luar bandar, yang mungkin tidak berbahaya kepada ladang, boleh atau telah dibuktikan boleh membawa maut di kawasan bandar-bandar membangun di Eropah semasa zaman pertengahan. Sepanjang era zaman pertengahan, bandar-bandar semakin membangun. Saiz bandar ditentukan oleh dinding-dinding; ini telah meningkatkan kepadatan populasi, dan dengan penduduk yang masih mengamalkan tabiat-tabiat kehidupan luar bandar, potensi untuk penyakit telah meningkat. Semasa tempoh ini, sungai-sungai di dua bandar utama Eropah, London dan Paris, telah menjadi pembetungan terbuka. (Savas, 1974:14 and Kahn, 2000:122-124).

Keadaan sanitasi di bandar-bandar mengakibatkan penyakit dan kematian yang menjadi-jadi di zaman pertengahan. Bahan buangan dan najis akan menjadi makanan untuk tikus-tikus yang akan membawa pepijat dan kutu-kutu yang berpenyakit kepada manusia. "Penyakit yang berkaitan dengan bahan buangan manusia telah mengakibatkan kematian beribu-ribu manusia di Zaman Pertengahan. Ini meliputi disentri, tifus (yang datang daripada sanitasi yang tidak baik dan boleh berjangkit) dan demam kepialu (daripada najis dan air kencing manusia) " (Kahn, 2000:124). Dengan pembangunan perbandaran, keadaan di bandar-bandar dan bandaraya-bandaraya zaman pertengahan adalah sangat lemah. Kebimbangan masyarakat Greek dan Roman mengenai air yang selamat juga telah dilupakan pada ketika itu. Begitu juga dengan teknologi-teknologinya.

Perubahan mula berlaku dengan berlalunya zaman pertengahan. Kebanyakan perubahan di dalam isu-isu air telah dipelopori oleh arahan-arahan keagamaan. "Berhampiran Dengan Milan, masyarakat Cistercian memperkenalkan penggunaan bahan buangan dan air kumbahan sebagai baja untuk ladang-ladang mereka pada kira-kira 1150 M (History of Technology Vol. II, 1956:681-690). Walaupun di masa yang tidak bersih dahulu, "kebanyakan gereja mempunyai air paip sebelum 1200 [M]. Sebagai contoh, biara Christchurch di Canterbury, mempunyai aliran air, tangki-tangki penulenan, saliran kumbahan daripada tandas-tandas dan biara ini selamat daripada Black Plague pada tahun 1349" (Kahn, 2000:122).

Menjelang akhir abad ke 12 dan permulaan abad ke-13, perubahan-perubahan mula berlaku. Berikutan kepada wabak yang berlaku pada abad ke-12, pengurusan bahan buangan diberi keutamaan. Pada tahun 1372, Edward the Third of England mengisytiharkan "pembuangan rushes, najis binatang, sampah sarap dan bahan-bahan lain yang kotor dan merbahaya ke [Thames] tidak akan dibenarkan lagi " (Savas, 1974:15). Berikutan itu, pada tahun 1388, satu akta Parlimen "melarang pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang-longkang, sungai-sungai dan perairan". Menjelang akhir abad ke-14, London mempunyai sistem pebangkai yang teratur (masyarakat akan mengutip binatang-binatang yang mati); tetapi "akhirnya, undang-undang dan pembangkaian cenderung untuk menjadi tidak berkesan. Ini bukan disebabkan oleh kejahilan tetapi pesalah-pesalah tidak dapat memikirkan alternatif-alternatif yang mencukupi kepada kaedah-kaedah penghapusan dan pengumpulan yang sedia ada. Tambahan pula, pendapat yang popular adalah menentang langkah-langkah tersebut, kecuali di kawasan-kawasan yang mempunyai tahap pencemaran yang tinggi" (Savas, 1974:15-16, History of Technology Vol. II, 1956:691).

Semasa zaman Pembaharuan, perhatian yang lebih telah diberikan kepada isu-isu kesihatan dan air. Penakung najis merupakan salah satu daripada pembangunan teknikal sebagai zaman pembaharuan. Ia merupakan penakung yang mudah, yang membenarkan pepejal untuk mendap dan cecair dan meresap ke tanah. Penakung-penakung ini perlu dibersihkan secara berjadual (Burks & Minnis, 1994:3). Menjelang akhir abad ke-15, terdapat perubahan-perubahan lain di dalam pengurusan bahan buangan yang memberi kesan kepada sanitasi. Henry the VI (England) menubuhkan Commission of Sewers, yang "disediakan untuk hukuman berat bagi pencemaran sungai-sungai dan membuat peruntukan khas untuk penghapusan bahan buangan bagi pembuat bir dan penyamak kulit binatang." Henry the VII mengharamkan rumah-rumah penyembelihan di bandar-bandar disebabkan oleh bahaya wabak kepada masyarakat (Savas, 1974:16). Menjelang akhir abad ke-15, terdapat kesedaran yang baru tentang peranan bahan buangan manusia dan binatang ke atas kesihatan manusia.

Rawatan Air Kumbahan di Zaman Moden: 500 M To 1900 M
Di permulaan zaman moden, masih terdapat perubahan kecil di dalam pemahaman dan penghapusan bahan buangan manusia. Bahan buangan masih dibuang ke dalam sungai-sungai dan sumber air masih tercemar. Amalan-amalan ini masih kekal sehingga Zaman Baru. Dengan pertambahan pembangunan di bandaraya-bandaraya, koloni-koloni perlu mengatasi isu bahan buangan. Pada tahun 1644, setelah 18 tahun menguasai Pulau Manhattan, "penduduk-penduduk diarahkan untuk mengambil bahan buangan ke luar kota", dan pada tahun 1648, satu undang-undang digubal untuk melarang khinzir-khinzir dan kambing-kambing daripada berkeliaran di jalan raya. (Savas, 1974:17-19). Perubahan besar di dalam rawatan air kumbahan mula berlaku pada abad ke-19.

Pada tahun 1860, Louis Moureas mencipta "tangki septik", tetapi, ia tidak dipanggil dengan nama ini sehingga 1895. Pada peringkat ini, tangki-tangki septik adalah besar dan digunakan untuk merawat kumbahan daripada komuniti-komuniti. "Tujuan utama penggunaan tangki ini adalah untuk menyingkirkan pepejal kasar sebelum dilepaskan ke sungai-sungai berdekatan." Di sini, kita dapat melihat pemahaman penyingkiran pepejal yang mungkin menyebabkan masalah kepada kesihatan awam. Walau bagaimanapun, satu masalah masih kekal: "efluen tidak dirawat dan menyebabkan pencemaran sungai " (Kahn, 2000:135-136). Pencemaran air tidak dapat diselesaikan dengan penggunaan tangki septik. Walaupun dengan pra-rawatan, teknologi pembuangan masih diperlukan.

Pada tahun 1868, Edward Frankland telah membangunkan teknologi penapis pasir cucuran. Beliau mencipta sistem yang meliputi silinder-silinder yang mempunyai ketinggian enam kaki dan kelebaran sepuluh inci dan setiap silinder diisi sama ada dengan pasir atau tanah. Kemudian, kumbahan disalirkan dengan dos–dos yang berbeza menerusi tangki-tangki yang berlainan Beliau mengira kebolehan media-media yang berbeza di dalam menulenkan air kumbahan. Malangnya, maklumat tidak mencukupi untuk dilaporkan pada masa itu. Stesen Eksperimen di Lawrence, Massachusetts, dibina pada 1887, oleh Massachusetts State Board of Health menumpukan kepada isu-isu penghapusan. "Pada tahun 1893, sebuah tapak pasir digunakan buat pertama kalinya di stesen tersebut untuk menuras efluen daripada tangki septik, mengurangkan kawasan-kawasan tanah yang diperlukan untuk penghapusan kumbahan. Kadar-kadar penerimaan tanah diperkenalkan untuk mengekalkan penuras pasir yang berkesan" (Burks & Minnis, 1994:3-5).

Apakah yang menyebabkan perubahan-perubahan ini? Penyakit – ia menyebabkan pembangunan penghapusan dan sistem paip. Kesengsaraan di abad ke-19 adalah kolera. Perbandaran bandar-bandar dan revolusi perindustrian dan juga peningkatan populasi telah meningkatkan bahan buangan manusia. Pada pertengahan abad ke-19, wabak kolera telah berlaku di seluruh dunia. Keadaan kolera adalah lebih teruk di kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk miskin, tetapi masyarakat mewah juga tidak imun (Kahn, 2000:123-125). Pakar perubatan England, John Snow menjumpai perkaitan di antara kolera dan air. Beliau mengesan wabak ini daripada puncanya di India dan laluannya ke Eropah. Snow mengesan pencemaran di telaga-telaga awam, yang dicemarkan oleh tandas di dalam wabak pada tahun 1854 di London. (Kahn, 2000:125, Burks & Minnis, 1994:2-4). Dengan itu, pembetung dicipta."Jurutera-jurutera Britain telah mengetuai pembinaan pembetung dan pengasingan bahan buangan daripada air minuman." (Kahn, 2000:125). Tetapi, ini hanya mengatasi isu sanitasi kepada sungai. Pencemaran sungai-sungai, terutamanya Thames di London, menunjukkan keperluan sistem kumbahan. Keperluan untuk mengatasi isu kesihatan di bandar-bandar utama telah menandakan abad ke-19 sebagai permulaan kepada sosialisme perbandaran (Savas, 1974:19-20). Contoh bagi usaha ini adalah bandaraya New York.

Kajian kes – Pembangunan Rawatan Air Kumbahan di Bandaraya New York
Bandaraya New York menyediakan kajian kes yang sangat baik di dalam pembangunan pengurusan air kumbahan. Pada abad ke-19, bandaraya New York merupakan bandar yang membangun, yang kekurangan infrastruktur untuk mengatasi air kumbahan. Pada awal abad tersebut, "masyarakat mendapat bekalan air daripada telaga-telaga, tangki dan bertanggungjawab untuk membuang bahan buangan." (Goldman, 1997:11). Bekalan air dan penghapusan bahan buangan merupakan hal-hal peribadi di bandaraya. Usaha bandaraya untuk menguruskan bahan buangan adalah tidak berkesan. Setiap rumah bertanggungjawab untuk penghapusan bahan buangan sendiri dan ini bermaksud pembinaan tandas. "Peraturan dimandatkan supaya tandas-tandas dibina daripada batu, mortar, batu-bata dan digali dengan kedalaman sekurang-kurangnya lima kaki." Tandas-tandas yang sudah siap perlu diperiksa. Walaupun dengan kod yang ketat, petisyen-petisyen untuk tandas-tandas kayu juga kadang-kadang diluluskan. Bandaraya hanya akan terlibat jika tandas-tandas ini mengancam kesihatan awam secara terang-terangan. Kebimbangan yang lain adalah tandas-tandas ini berfungsi untuk simpanan sementara bahan buangan, dan bukan simpanan kekal. (Goldman, 1997:19-21).

Pemahaman rawatan bahan kumbahan adalah terhad pada masa itu. "Kepercayaan yang pengaliran air akan menulenkan efluen dipegang secara meluas semasa pertengahan pertama abad ke-19. Dengan itu potensi untuk pencemaran air tidak menimbulkan kebimbangan mengenai akibatnya. " (Goldman, 1997:22). Dari semasa ke semasa, kita dapat melihat bahawa rawatan adalah untuk membuang efluen daripada tandas-tandas terus ke sungai. Rawatan bahan buangan di tapak ada turn naiknya. Tetapi, bandaraya tersebut mempunyai sistem pembetung. Sistem tersebut yang wujud pada awal abad ke-19, dibangunkan untuk mengendalikan air hujan. Penggunaan sistem-sistem pembetung ini adalah terhad disebabkan bekalan air yang terhad, yang mana air diperlukan untuk mengepam bahan buangan menerusi pembetungan. Sebelum tahun 1840, pembangunan pembetungan adalah terhad; dengan pengecualian beberapa kawasan masyarakat mewah, kebanyakan bandaraya telah bergelumang di dalam kelembapan. Air banjir membawa sampah sarap dan bahan buangan binatang menerusi jalan raya. "Pembetung-pembetung yang digunakan pada masa dahulu adalah parit-parit yang diletakkan di tengah-tengah bahagian tepi jalan raya. " Ini menyebabkan masalah kesihatan, kerana matahari akan memanaskan air dan mempercepatkan pereputan dan ini akan menghasilkan bru yang tidak sihat. (Goldman, 1997:40-45). Pada permulaan abad ke-19, rawatan bahan buangan di Bandaraya New York menunjukkan perubahan kecil berbanding dengan penghujung zaman pertengahan.

Dalam tempoh ini, pembetungan dijalankan daripada satu jalan ke jalan yang lain. Proses ini akan terhalang jika terdapat masyarakat yang menentang pembetungan. Pada masa itu, mereka yang menentang penggunaan pembetung "merasa takut yang pembetung-pembetung ini adalah tidak sihat dan menghasilkan bau-bau yang tidak menyenangkan". Sistem ini menghalang sebarang kemungkinan sebuah sistem bersepadu yang teratur. Tiada rekabentuk menyeluruh untuk bandaraya tersebut bagi penghapusan air hujan dan air kumbahan. (Goldman, 1997:44-46). Bekalan air yang terhad menyebabkan sistem penghapusan bahan buangan berasaskan-air tidak dapat dibuat. Walau bagaimanapun, dengan kehadiran akueduk Croton, air telah mengalahkan sistem-sistem pembetung sedia ada. Ini memerlukan perubahan pemikiran mengenai sistem penghapusan berasaskan air.

Menjelang akhir tahun 1860, pakar-pakar perubatan dan jurutera-jurutera merupakan sebahagian daripada pengurusan bandaraya secara sepenuh masa dan sepanjang tahun (Goldman, 1997:146). Perubahan ini memberi kesan yang besar kepada pembangunan isu-isu kesihatan awam dan juga pembetungan bandaraya. Jabatan Akueduk Croton telah menyediakan 39,000 kaki linear pembetung pada tahun 1865. Menjelang akhir dekad tersebut, jabatan tersebut telah menyediakan 271, 000 kaki linear pembetung lagi. Mereka telah menyalirkan bandaraya tersebut. "Setiap daerah dikendalikan sebagai sebuah entiti dan dirawat secara keseluruhan. Satu sistem penyekatan pembetung telah dirancang dan mengambil kira gred jalan raya dan jumlah kumbahan terlibat. Matlamatnya adalah untuk memastikan aliran yang lancar dan berterusan daripada paip-paip kecil ke paip-paip besar dan akhirnya ke tapak-tapak terhad untuk penghapusan ke sungai-sungai. " (Goldman, 1997:158).

Bandaraya telah meletakkan sumber ekonomi untuk membina pembetung-pembetung kepada jurutera-jurutera. Mereka telah membina satu sistem penghapusan air kumbahan yang menyeluruh. Tetapi, sehingga tahun 1880, projek itu masih tidak dapat disiapkan. Di beberapa kawasan masyarakat mewah, masalah-masalah masih wujud. "Pemilik harta telah membina longkang-longkang rumah tetapi tidak menyambungkannya kepada pembetung-pembetung. Ini menyebabkan kumbahan dilepaskan ke atas batu-batan di atas jalan raya. Pada masa yang lain, kandungan longkang-longkang tersebut dilepaskan ke saluran air bawah tanah. Selalunya, pemilik harta terdorong kepada ekonomi dan mengabaikan kepentingan keberkesanan dan kecekapan" (Goldman, 1997:162). Tugas untuk membangunkan pembetungan bagi New York memakan masa yang lama dan sukar. Matlamat untuk membentungkan bandaraya itu tercapai dengan dana-dana awam yang didesak oleh kebimbangan kesihatan awam.

Masalah-masalah rawatan dan penggunaan semula air kumbahan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kebimbangan masyarakat. Pembangunan loji-loji rawatan besar atau perbandaran, yang dianggap sebagai penyelesaian di pertengahan abad ke-19, bukan lagi dianggap sebagai jawapan. Kos untuk pembinaan loji-loji ini adalah terlalu tinggi dan kebanyakan majlis perbandaran tempatan tidak mampu untuk membinanya, dan kerajaan nasional tidak membantu untuk menaja pembinaan loji-loji tersebut. Ini terbukti di Environmental Protection Agency's Response to Congress On Use of Decentralized Wastewater Treatment Systems pada tahun 1997 (EPA 832-R-97-001b).

AMARAN TINDAKAN KEPADA AIR JAMPI KOMERSIAL

Amaran tindakan kepada air jampi komersial
KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak yang didapati menjual produk air jampi tanpa lesen dikeluarkan Kementerian Kesihatan secara komersial di negeri ini.

Pengarahnya, Dr Zainal Ariffin Omar berkata, produk air jampi dikategorikan sebagai air minuman berbungkus yang tertakluk kepada Peraturan 360B(1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 

Menurutnya, berdasarkan peraturan itu,  semua punca air minuman berbungkus bagi tujuan perdagangan atau perniagaan termasuk air jampi perlu dilesenkan sebelum dibotolkan dan dijual.

”Ia selaras dengan persetujuan di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya Kementerian Kesihatan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air jampi kerana ia di bawah bidang kuasa mereka,” katanya.

Beliau mengulas isu  ”Air Jampi Dijual Secara Berleluasa” yang dilaporkan akhbar Sinar Harian, 27 September lalu.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang serius terhadap isu penjualan sebahagian air jampi secara komersial di pasaran tempatan.

”Kita dapati pihak terlibat menggunakan pengaruh agama untuk  tarik pembeli sedangkan ia hanya air kosong sama,” katanya.

Pihaknya akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air jampi berdasarkan Seksyen 4 (1)(f), Akta Makanan 1983.”Kegagalan pihak terlibat mematuhi peraturan itu boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Kita minta semua pihak termasuk pengilang, pengedar dan penjual tidak menjual produk air minuman berbungkus yang tidak dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Menurutnya, mereka juga tidak boleh memaparkan akuan kesihatan tanpa kebenaran di bawah Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 pada label produk air itu.

Sumber : BERNAMA 9 Oktober 2015

KADAR AIR TANPA HASIL MASIH JAUH DARIPADA SASARAN


Span

KOTA BHARU - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) mendapati kadar air tanpa hasil (NRW) seluruh negara masih jauh daripada sasaran 25 peratus menjelang 2020.
    
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Ridhuan Ismail berkata, kadar NRW sedia ada perlu diturunkan bagi memastikan keupayaan sistem agihan dan pembekalan air kepada pengguna berada pada tahap maksimum.
    
"Sehingga Mac 2015, Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengalami kehilangan air yang dirawat dan tidak memberi pulangan hasil sebanyak 33.6 peratus. Kadar NRW Kelantan pula pada kadar 52.1 peratus bersamaan kerugian sebanyak 234 juta liter sehari," katanya.
    
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kontraktor Tukang Paip Kelantan 2015 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, hari ini.
    
Mohd Ridhuan berkata di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada usaha pengurangan kadar NRW peringkat nasional kepada 25 peratus.
    
Namun katanya, memandangkan pencapaian kadar NRW sedia ada masih jauh adalah penting semua pihak termasuk pembekal produk, kontraktor serta tukang paip, memahami dengan jelas tanggungjawab dan peranan masing-masing supaya isu NRW itu dapat diatasi.
    
Beliau berkata antara faktor utama berlakunya NRW adalah pengunaan produk yang tidak standard dan mutu kerja yang tidak mematuhi spesifikasi.
    
"Sehubungan itu Span mengadakan seminar ini sebagai langkah meningkatkan kecekapan dan kualiti kerja tukang paip sebagai pihak penting dalam rantaian industri pembinaan khususnya dalam industri bekalan air dan pembentungan," katanya.
    
Seminar siri ketiga anjuran Span melibatkan 200 peserta itu juga memberi penekanan kepada pematuhan terhadap Akta Industri Perkhidmatan Air (IPA) 2006 (Akta 655).
    
Span adalah sebuah badan kawal selia teknikal dan ekonomi yang berperanan mengawal selia perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembentungan di Semananjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

Sumber - Bernama 20 Oktober 2015

12 OPERATOR AIR METERAI MOU HADAPI KRISIS AIR

Air

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan 12 operator air di bawah seliaannya untuk kerjasama menghadapi krisis bekalan akibat bencana alam dan faktor luar jangka.

Ketua Pegawai Eksekutif Span Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata kerjasama itu dirancang selepas berlakunya krisis bekalan di beberapa negeri yang dilanda banjir besar pada hujung tahun lepas.

Melalui perjanjian itu, katanya, operator air yang terlibat dengan krisis bekalan di kawasan masing-masing boleh mengemukakan permohonan kepada Span untuk mendapatkan bantuan daripada operator air lain.

Span kemudian akan mengkaji kewajaran permohonan tersebut sebelum mendapatkan persetujuan daripada operator lain untuk membantu pihak yang terlibat, katanya.
"Kerjasama antara operator ketika krisis memang sudah dilakukan sebelum ini, tetapi operator minta SPAN buat perjanjian ini bagi memudahkan penyelarasan bantuan," katanya kepada pemberita selepas menandatangani MOU itu di sini.

Operator air yang terlibat ialah SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJH), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada), Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Jabatan Bekalan Air Labuan, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP), Lembaga Air Perak (LAP), Jabatan Kerja Raya Perlis, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu).

Mohd Ridhuan berkata, antara bantuan yang boleh dihulurkan operator terlibat adalah menyediakan tenaga kerja, peralatan dan jentera seperti jana kuasa mudah alih, lori tangki dan tangki statik mudah alih.

Katanya, operator juga akan menggerakkan misi bantuan dalam masa 24 jam jika diperlukan selain memberi khidmat nasihat dan kepakaran teknikal.

"Kos pula akan dibiayai oleh operator yang memberi bantuan dan bergantung juga dengan persefahaman antara mereka. Sesetengah operator mungkin mempunyai kemampuan yang lebih berbanding yang lain," katanya.

Beliau berkata, secara prinsipnya, adalah menjadi tanggungjawab operator terlibat untuk membantu mana-mana operator lain yang menghadapi musibah mengikut kemampuan termasuk meringankan beban kewangan. 

Sumber-Bernama 3 Novembar 2015

RAKYAT MALAYSIA MEMBAZIR DALAM PENGGUNAAN AIR

Gangguan air

KUCHING - Rakyat Malaysia membazir dalam penggunaan air berbanding penduduk di negara-negara lain termasuk di Amerika Syarikat dan Australia, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Menurut beliau, purata penggunaan air oleh rakyat di negara ini mencatat rekod sehingga 300 liter sehari bagi seorang individu, iaitu hampir dua kali ganda penanda aras yang disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berkata PBB melaporkan pada tahun 2010, jumlah keperluan air untuk seseorang individu adalah 165 liter sehari.
“Dalam tempoh setahun, lebihan air yang kita gunakan adalah sebanyak 50,000 mliter. Tanpa teragak-agak saya boleh katakan ini adalah satu pembaziran dan tidak menetapi hasrat kerajaan supaya rakyatnya menghayati gaya hidup hijau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah YaHijau Sarawak 2016 di SMK Santubong dekat sini hari ini.
Program anjuran bersama Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air (Kettha) dan Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) itu tertumpu kepada usaha mempromosi, meningkatkan kefahaman, pendedahan dan penghayatan meluas dalam memperkasakan amalan gaya hidup hijau dan aplikasi teknologi hijau dalam kalangan rakyat, khususnya di peringkat akar umbi.

Sambil berkata bahawa sumber air sangat penting dalam kehidupan harian manusia, Ongkili berkata 1.1 bilion manusia di dunia ini tidak mendapat akses kepada bekalan air yang bersih.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan berharap semua peringkat masyarakat dapat menghayati amalan pengurangan, guna semula, kitar semula kerana ia memberi impak sosial yang positif.

“Pertumbuhan hijau menjadi anjakan penting dalam mencorakkan perkembangan sosio-ekonomi negara serta melindungi persekitaran alam semula jadi dan biodiversiti negara,” katanya.

Katanya, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan dasar teknologi hijau negara secara holistik dan berterusan agar dapat memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara yang mampan.

Beliau juga mengumumkan kementerian akan menubuhkan pasukan Briged Hijau di SMK Santubong bagi memupuk sifat cintakan alam sekitar dan kehijauan, khususnya dalam kalangan pelajar dan genarasi muda.

Katanya, pejabat Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) akan turut ditubuhkan di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat. 

Sumber -Bernama 30 jANUARI 2016

KABINET LULUS MAJLIS KESELAMATAN AKTIVITI AIR

Abdul Rahman Dahlan

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini meluluskan penubuhan Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA), kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.


Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat prihatin dan melahirkan kerisauan tentang angka kematian yang semakin meningkat dan memberi tumpuan kepada kepentingan untuk menangani masalah tersebut.
"Dengan tertubuhnya majlis ini, diharapkan agar kadar lemas di air dapat dikurangkan apabila rakyat mulai sedar akan pentingnya keselamatan di air," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan purata kes kematian akibat lemas setahun bagi 2009 hingga 2013 adalah 596 kes, dan analisis data itu menunjukkan nisbah kematian akibat lemas berlaku dalam setahun adalah lebih kurang dua kematian setiap hari.

Statistik yang sama menunjukkan lokasi kejadian lemas tertinggi sepanjang tahun ialah di kawasan sungai atau tali air dengan purata sebanyak 57 peratus kes, diikuti lemas di pantai 25 peratus, dan tasik atau lombong dengan purata 12 peratus kes setiap tahun,
Golongan kanak-kanak dan remaja merupakan golongan paling ramai terlibat iaitu hampir 50 peratus daripada jumlah kematian sepanjang tahun tersebut.

MKAA akan dipengerusikan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahlinya terdiri daripada badan-badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, swasta serta anggota lain yang akan dilantik oleh majlis dari semasa ke semasa.
Majlis akan dibantu Jawatankuasa Eksekutif yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan disokong oleh sebuah jawatankuasa khas, katanya.

Abdul Rahman berkata MKAA juga akan mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membantu memperkemaskan aktiviti-aktiviti dan juga penguatkuasaan yang akan dijalankan.

"Penguatkuasaan dapat dijalankan bagi ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang telah termaktub. Apa lebih penting ialah melalui latihan yang lebih khusus dan pelbagai, aktiviti kesedaran dapat dijalankan," katanya.
Abdul Rahman berkata MKAA akan menjadi sebuah platform yang dapat membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan air dan mencari kaedah penyelesaian sesuai dalam menangani isu berkaitan keselamatan air.

Beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terletak di bawah kementeriannya akan turut memainkan peranan dalam memberi pendidikan dan mengadakan kempen kesedaran keselamatan di air kepada rakyat.

Katanya statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan Sarawak sebagai negeri mengalami kes lemas tertinggi bagi tempoh 2012 hingga 2015, iaitu sebanyak 218 kes, diikuti Selangor 142 kes dan Sabah 136 kes. 

Sumber- Bernama

PIAWAIAN PEMBOTOLAN AIR MINERAL


BERBEZA dengan air minuman yang dibotolkan dari mana-mana lokasi termasuk sumber seperti paip dan sebagainya, pembotolan air mineral sebenarnya melibatkan banyak proses.
Spritzer, jenama yang air mineral tempatan misalnya, sentiasa menetapkan standard yang tinggi dalam menghasilkan produk-produknya.
Sejak mula beroperasi pada tahun 1994, kilang Spritzer yang terletak di kawasan seluas 90 hektar di lereng berbukit di Ayer Kuning, Taiping itu mampu mengeluarkan purata 240 juta liter air mineral setiap tahun.
Pengurus Kanan Spritzer, Chong Mee Yoong memberitahu, operasi kilang terbabit kini bergantung sepenuhnya kepada tujuh punca air bawah tanah yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
Menurut Mee Yoong, sebelum punca-punca air terbabit dikenalpasti, Spritzer telah mendapatkan khidmat dua pakar geologi berpengalaman. Kedua-duanya akan memberi cadangan lokasi yang mempunyai sumber air mineral terbaik.
"Kita tidak sesekali menyedut air dari dasar bumi jika kandungan dan kualiti airnya tidak menepati piawaian yang ditetapkan.
"Apabila ahli geologi terbabit mengesahkan punca air berkenaan benar-benar berkualiti, barulah kita akan memulakan proses mengepam dan sebagainya," katanya dalam satu pertemuan bersama Kosmo! di kilang terbabit baru-baru ini.
Secara purata semua punca air bawah tanah berkenaan mempunyai kedalaman 121 meter dan air mineral yang dipam perlu melalui sekurang-kurangnya enam peringkat tapisan utama sebelum sedia dibotolkan.
Namun air yang dipam menggunakan peralatan khas itu perlu menjalani ujian sampel yang dijalankan setiap jam demi memastikan ia kekal berkualiti sepanjang masa.
"Memandangkan kilang ini beroperasi tanpa henti 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu, sampel air diambil sekerap mungkin.

PAKAR-PAKAR penyelidik Spritzer akan mengenal pasti unsur mikrobiologi dan kandungan mineral air.


"Pakar-pakar penyelidik Spritzer akan mengenal pasti unsur mikrobiologi dan kandungan mineralnya pada satu-satu masa," katanya.
Katanya, antara prosedur tapisan awal yang dijalankan sebelum air mineral terbabit dipam ke tangki takungan adalah pengoksidaan menggunakan ozon.
Air mineral terbabit kemudiannya ditapis menggunakan penapis berpasir, penapis karbon, penapis membran selain pembasmian kuman secara total sebelum proses pembotolan.
Ujarnya, air yang dipam dari dasar tanah kebiasaannya hanya perlu menunggu kurang satu jam sebelum ia dibotolkan.
"Kita cuba memastikan air yang dibotol benar-benar segar namun dalam proses ini, ia tertakluk kepada kapasiti pembotolan di kilang utama.
"Buat masa ini, kilang Spritzer di sini mampu membotolkan 18,000 unit air minuman bagi setiap jam dan selain itu, kita turut memeriksa secara rawak kualiti kandungan botol yang siap terisi dengan air mineral," katanya.
Apakah perbezaan air mineral, air minuman, osmosis berbalik (RO) dan air suling?
"Pertama, selain air mineral ia diperoleh dari sumber bukan bawah tanah bahkan ia berkemungkinan besar air paip atau sekadar air dirawat.
"Selain itu, air mineral secara semula jadinya mempunyai kandungan mineral pepejal yang sangat tinggi merangkumi vitamin, silikon, kalsium, potasium dan sodium yang kesemuanya sangat seimbang.
"Air minuman, RO atau air suling tidak mempunyai langsung unsur-unsur sedemikian dan mungkin ia hanya sekadar mampu menghilang dahaga," kata Mee Yoong.
AIR yang dipam dari dasar lazimnya perlu menunggu kurang satu jam sebelum dibotolkan.

Kandungan pepejal terlarut yang terdapat dalam produk Spritzer telah diperakui sekumpulan pakar dari Universiti of London mempunyai kandungan tinggi dan mampu menyahkan unsur aluminium yang terdapat dalam badan.


Mampu tahan lama
Dalam pada itu katanya, air mineral juga sebenarnya mampu bertahan bertahun-tahun berbanding air minuman, melebihi jangka hayat dua tahun yang dipamerkan pada setiap botol.
"Air mineral mampu bertahan dalam tempoh yang lama jika penutupnya tidak dibuka dan tidak terdedah kepada cahaya matahari. Jangka hayat yang tertera hanyalah formaliti seperti yang ditetapkan oleh pihak berwajib," katanya.
Semua pengilang yang mempunyai lesen membotolkan air mineral tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, ujarnya.
"Semua pemilik lesen mesti membotolkan produk masing-masing punca (air) selain wajib mengemukakan keputusan analisis air dari makmal yang diluluskan kepada kementerian terlibat.
"Ia termasuklah analisis mikrobiologi setiap tiga bulan, analisis kimia setiap enam bulan dan analisis radioaktif yang dilakukan setahun sekali," katanya.
Selain itu, syarat-syarat berkenaan turut mewajibkan pengilang air mineral menggunakan penutup botol berwarna kecuali putih.
Tambah Mee Yoong, tidak timbul isu gimik pemasaran dan sebagainya kerana setiap pemegang lesen sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan.
Malah label jenama air mineral yang hendak dipasarkan perlu dihantar kepada pihak terbabit untuk kelulusan.
Beliau bagaimanapun turut mengakui harga air mineral yang sedikit tinggi berbanding air minuman mahupun RO menyebabkan ramai memilih bukan air mineral.
SUMBER air osmosis berbalik lazimnya bukan berpunca daripada air bawah tanah.


"Secara umum, pengilang tidak menetapkan harga dan ia ditentukan oleh peruncit. Jika dilihat di pasaran ketika ini, harga air mineral hakikatnya tidak terlalu jauh beza dengan air minuman.
"Manfaat dan kebaikan yang terkandung dalam setiap botol air mineral merupakan jawapan kepada perbezaan harga ini," katanya.
Sebagai sebuah syarikat utama yang menguasai lebih 27 peratus pasaran air mineral tempatan, Spritzer sejak sedekad lalu telah mempelbagaikan produk-produknya.
Selain memperkenalkan air mineral berperisa Spritzer Tinge, syarikat terbabit turut membotolkan Sparkling Spritzer, minuman mineral yang dibotolkan bersama kandungan karbonat tanpa gula, pewarna dan perisa tambahan.
Sehingga kini, produk-produk air mineral Spritzer telah berjaya menembusi pasaran beberapa buah negara luar termasuklah Jepun, Australia, New Zealand dan Singapura.
Artikel Penuh:

SKALA PH AIR

SKALA PH AIR